Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) : Tarikh Keputusan Semakan

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia Golongan B40 dan M40. Bantuan yang diberikan ini adalah salah satu pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan untuk merangsang aktiviti ekonomi domestik.
Adakah anda salah satu daripada pemohon BPN? Jika anda sudah menerima bantuan berkenaan, gunakanlah dengan sebaik-baik di masa yang sukar ini. Namun ada juga yang mendapat statut TIDAK LULUS BPN. Oleh yang demikian, Kerajaan telah membuka ruang untuk mereka membuat permohonan rayuan BPN bagi mereka yang layak tetapi mendapat status TIDAK LULUS.
Anda boleh membuat pembacaan lanjut jika ingin mengetahui tentang Bantuan Prihatin Nasional : (TERKINI) Panduan Semakan status BPN, Pembayaran dan permohonan serta rayuan.
Tarikh Keputusan Rayuan BPN
Pada hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam laporan LAKSANA ke-8 menyatakan bahawa keputusan Rayuan BPN akan diketahui pada pertengahan bulan Jun dan akan diumumkan kelak.
Setakat ini, sebanyak 10.6 juta penerima pembayaran BPN telah diluluskan dengan 10.04 juta orang telah menerima pembayaran BPN sebanyak RM 10.78 bilion atau 96.7 % setakat 5 Jun 2020.
Bagi baki penerima yang lulus yang belum mendapatkan bantuan berkenaan, mereka boleh membuat penunaian bantuan berkenaan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional sebelum 31 Disember 2020.
Bantuan Khas Pemandu Pelancong
Kerajaan tidak ingin siapa-siapa pun terlepas pandang untuk menerima bantuan kerajaan. Kerajaan turut memandang dan prihatin terhadap pemandu pelancong yang mana adalah golongan yang turut terjejas teruk disebabkan wabak Covid-19. Segala aktiviti pelancongan dihentikan menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.
Kerajaan telah memberikan bantuan khas pemandu pelancong sebanyak RM 600. Setakat ini pembayaran yang masih belum diserahkan kepada 1,868 orang daripada jumlah keseruluhan 8,323 orang pemandu pelancong yang lulus untuk menerima bayaran bantuan khas ini. Mereka yang belum menerima bantuan berkenaan boleh pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk menunaikan bantuan berkenaan.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.