Proton Tawarkan Insentif Khas Kepada Pemandu E-Hailing RM500

11/05/2020

Syarikat Proton Holding Bhd hari ini telah menawarkan tawaran promosi kepada pemandu E-Hailing, Iatu beli kereta proton dan dapatkan kad hadiah Minyak Percuma daripada Petronas yang berharga RM500.

Syarikat Kereta Kebangsaan menyatakan bahawa pemberian insentif kepada pembeli kereta keranan lebih banyak orang Malaysia beralih kepada industri E-Hailing sebagai pendapatan sampingan.

Proton, dalam kenyataannya sabtu lalu, insentif ini juga adalah galakan kepada pembeli untuk menggunakan kenderaan berkenaan dalam E-Hailing.

Pembeli kenderaan baru seperti Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70 daripada pengedar sah, akan diberikan insentif berkenaan sama ada Card Bonus minyak Petronas atau menukarnya kepada harga rebat.

Pelanggan perlu memberikan salinan sah lesen PSV E-Hailing sebagai bukti dan mendaftarkan kenderaan berkenaan atas nama sendiri untuk layak mendapatkan insentif berkenaan.

Sebagai tambahan kepada insentif ini, Proton akan turut menawarkan rebat tambahan untuk model terpilih, antara RM300 hingga RM1500.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Disember 2020 dan turut terbuka kepada individu yang membuat pembelian untuk digunakan dalam E-hailing oleh pemandu yang lain.

Surat Pemakluman yang menyatakan tujuan pembelian bersama-sama dengan Nama penuh, No. IC pemandu E-hailing berkenaan dan salinan Lesen PSV E-hailing.

Tawaran ini adalah untuk memudahkan kumpulan susah untuk membuat pembelian kenderaan Proton untuk kegunaan E-Hailing. Oleh itu, jika pembeli adalah Isteri dan pemandu adalah suami, maka dokumen pengesahan akan diperlukan untuk membuat pembelian.

Ini adalah peluang yang baik bagi mereka yang ingin menambah pendapatan atau mencari pendapatan sementara jika telah kehilangan pekerjaan disebabkan Wabak Covid-19. Anda boleh meminta bantuan daripada saudara atau menggunakan nama isteri untuk membuat pembelian dengan syarat pembelian itu adalah tujuan untuk E-Hailing.

Untuk Maklumat lanjut anda boleh ke Laman Web Rasmi Proton Holding Bhd.

Adakah anda berada di Kota kinabalu dan berminat untuk menjadi Pemandu Grab atau E-Hailing, tetapi tiada kenderaan? Jom kami bantu anda! Hubungi kami di talian tertera.


Trustpilot