Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
PKP Perlu Dikuatkuasakan Semula? Ini Jawaban Ismail Sabri

Dunia pada masa kini masih lagi berdepan dengan masalah Wabak Covid-19. Vaksin virus ini masih lagi belum dihasilkan menyebabkan hampir semua negara masih menunjukkan peningkatan kes. Malaysia tidak terkecuali dan menunjukkan peningkatan kes yang sangat ketara malah merekodkan kes harian tertinggi berbanding sebelum ini. Pada 3 Oktober 2020, Malaysia mencatatkan rekod tertinggi jangkitan Covid-19 iatu sebanyak 317 kes sehari.

Ramai rakyat Malaysia yang merasakan bahawa adalah lebih baik PKP dikuatkuasakan semula bagi membendung penularan virus ini menjadi lebih parah. Malaysia sebelum ini adalah antara negara yang cemerlang dalam mengawal penularan virus ini. Sehingga kini, ramai rakyat masih tertanya-tanya mengapa PKP masih lagi belum dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Pada kenyataan media Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menguatkuasakan PKP di seluruh Malaysia. Kes tertinggi hanya melibatkan beberapa negeri sahaja iatu negeri Kedah, Sabah dan Selangor. Kerajaan hanya akan menumpukan usaha pembendungan virus ini mengikut zon merah dan bukannya mengikut daerah atau seluruh negeri.
Ismail Sabri menambah lagi bahawa larangan rentas negeri tidak akan dilaksanakan. Rakyat Malaysia masih dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Namun begitu, mereka yang balik dari Sabah perlu menjalankan kuarantin kendiri dan melakukan swab test di Pintu ketibaan/ Masuk.
sumber berita : Sinar Harian
Ramai yang menyalahkan dan mempersoalkan mengapa Pilihanraya negeri Sabah masih diteruskan walaupun dalam keadaan wabak Covid-19 ini masih lagi berlaku. Kita harus faham bahawa Pilihanraya tersebut harus dilakukan kerana kerajaan harus dibentuk secepat mungkin. Proses pentadbiran negeri akan terkesan jika kerajaan tidak dibentuk. Kerajaan sementara atau caretaker tidak boleh membuat sebarang keputusan.
Apa yang kita dapat perhatikan, pematuhan SOP semasa kempen tersebut adalah agak lemah. Perhimpunan semasa kempen tidak mengikut SOP seperti jarak antara satu sama lain, dan pemakaian pelitup muka. Tiada SOP yang khusus untuk kempen. Contoh yang kita boleh ambil adalah kempen rumah ke rumah. Bagaimana jika dalam rumah tersebut terdapat individu yang mempunyai risiko jangkitan yang tinggi seperti kanak-kanak, orang tua dan mempunyai sejarah penyakit kronik? Seharusnya ia tidak dibenarkan kerana risiko yang amat besar. Ia ditambah lagi dengan pemakaian pelitup muka yang tidak betul dan penjagaan jarak yang sesuai.
Namun Blaming game tidak akan membawa kita ke mana-mana. Apa yang kita boleh lakukan adalah move forward dan sama-sama mengambil langkah pencegahan penularan Covid-19 ini.
Jika PKP dikuatkuasakan semula, kesannya terhadap ekonomi negara akan lebih teruk. Dalam tempoh PKP Pemulihan ini, kita melihat para peniaga kecil baharu mula untuk bernafas semula. Rakyat Malaysia tidak mampu untuk kehilangan pendapatan lagi. Moratorium pun telah berakhir pada bulan september, dan kita akan melihat jutaan rakyat Malaysia tidak akan mampu untuk membuat bayaran semula pinjaman.
Walaupun tanpa penguatkuasaan PKP semula, adalah sangat penting rakyat Malaysia mempunyai kesedaran kendiri dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha menyekat penularan Virus Covid-19 ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meminimumkan pergerakan sosial atau keluar dari rumah. Jika anda terpaksa keluar rumah, pastikan anda menjaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan diri. Kita amalkan norma baru ini sehingga kita menang!
Apakah pandangan anda? haruskah PKP ini dilaksanakan semula? anda boleh tuliskan respon anda di ruangan komen di bawah.
Jika anda terpaksa datang ke Sabah semasa dalam tempoh PKPP ini, mungkin anda perlu melihat senarai aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi membantu anda merancang pergerakan anda.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.