PKPD dan PKPB di Sabah dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020

09/10/2020

Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.

Ini berikutan kawasan berkenaan masih lagi mempunyai kes baharu positif Covid-19. Berdasarkan penilaian risiko ini, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil keputusan untuk melanjutkan PKPD di kawasan tersebut bermula 10 sehingga 25 Oktober 2020.

Bagi kawasan PKPB yang melibatkan kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad datu, tempoh PKPB dilanjutkan sehingga 26 Oktober bagi membolehkan pihak KKM menjalankan ujian saringan bersasar.

Anggota dan aset keselamatan juga telah ditambah untuk memperkuatkan kawalan di Pantai Timur Sabah bagi mengekang kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari negara jiran.

Antara tindakan baru yang diperkenalkan di kawasan persisiran pantai ESSZONE bermula 11 Oktober ini, iatu pergerakan keluar bot kecil dari pulau di perairan ESSZONE ke tanah besar termasuk pergerakan bot di kawasan persisiran pantai bagi tujuan membeli makanan dan keperluan asas hanya dibenarkan mulai jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.

hanya bot nelayan dan bot membawa ikan di perairan ESSZONE yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan yang dibenarkan bermula 6 pagi hingga 6 petang (jeti yang dibenarkan sahaja).

Kebenaran ini tertakluk kepada permit yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah berkenaan manakala bagi semua kapa Non Conventional Ships (NCS) dari Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah, Malaysia bagi tujuan aktiviti Barter Trade dan Transhipment adalah tidak dibenarkan.

Jika kawasan lain seperti Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran masih menunjukkan kes baharu Covid-19 selepas tempoh PKPB berakhir pada 16 Oktober 2020, adalah tidak mustahil ia akan dilanjutkan. PKP sebelum ini mengambil masa hampir 3 -6 bulan untuk pulih sepenuhnya. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi membolehkan wabak Covid-19 ini dapat dibendung dengan cepat dan kehidupan kita dapat kembali seperti biasa. Disarankan agar anda mengurangkan pergerakan ke luar rumah walaupun anda tidak menunjukkan gejala jangkitan.

Sumber : Harian Metro

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.

Trustpilot