Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
PKPB Seluruh Negeri Sabah bermula 13 Oktober Sehingga 26 Oktober 2020, Apakah yang Anda Perlu Tahu

Pada hari ini, 12 Oktober 2020, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB dilaksanakan di seluruh Sabah selepas mendengar pembentangan dan pengesahan Kementerian Kesihatan (KKM), wakil kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berhubung peningkatan kes positif di negeri itu. sebelum ini hanya beberapa daerah yang dikenakan PKPB seperti di Tawau, Kunak, Semporna dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan turut dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.
Langkah ini dilihat adalah tepat kerana kes jangkitan Covid-19 di negeri sabah masih terus meningkat. jika kita melihat kepada graf jangkitan Covid-19 di Malaysia, kita melihat peningkatan yang amat ketara.


Mungkin ramai yang masih tidak faham apakah PKPB dan apa aktiviti yang dibolehkan dan tidak dibenarkan. Kami mengongsikan panduan bagi memudahkan pemahaman anda. Sebelum itu, mari kita ketahui apakah perbezaan antara PKPD, PKPB dan PKPDB.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD adalah bermaksud "total lockdown" di mana tiada pergerakan dibenarkan sama sekali. Ia akan dilaksanakan secara menyeluruh jika terdapat penularan kes berselerak.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB pula adalah fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan dengan majlis sosial. Sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tetapi mengikut keperluan sahaja.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) pula adalah "total Lockdown" di lokasi terpilih disebabkan penularan kes yang tertumpu seperti di kawasan kampung, asrama dan sebagainya.

So apakah aktiviti yang diperbolehkan dan tidak dibenarkan semasa tempoh PKPB ini? adakah berbeza daripada arahan sebelumnya?
SOP semasa PKPB adalah sama dengan yang telah dikuatkuasakan sebelum ini. Antara SOP PKPB yang anda perlu tahu adalah seperti yang berikut;
- Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
- Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
- Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
- Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
- Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
- Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
- Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat yang akan dikeluarkan oleh MKN.
- Pasar Borong, Pasar harian (6.00 pagi - 2.00 petang).
- Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6.00 pagi - 6.00 petang)
- Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6.00 pagi - 6.00 petang). Terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.
- Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6.00 pagi - 6.00 petang)
- Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6.00 pagi - 8.00 malam).
- Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
- Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6.00 pagi hingga 6.00 petang)
- Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.
- Sektor perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan.
- Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk IKS yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Terdapat juga beberapa kawasan di Sabah yang telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD) iatu di Tawau, Kunak, Semporna dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu. Sidang Media hari ini bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Umas yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober 2020 yang melibatkan 800 buah rumah dengan seramai 17,549 penduduk. Semua penduduk dalam kawasan PKPD dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:
- Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.
- Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
- Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.
- KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
- Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
- PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terlibat.
Senarai lanjut SOP akan diumumkan MKN dalam masa terdekat. boleh rujuk di sini : SOP PKP Pemulihan MKN
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.