PKPB Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan: Senarai Perkhidmatan Perlu (Essential) yang dibenarkan beroperasi

06/10/2020

Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar Menteri Keselamatan pada 5 Oktober 2020, Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah diisytiharkan sebagai zon merah dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan bermula pada 12.01 tengah malam, 07 Oktober 2020.

Anda boleh merujuk maklumat lanjut SOP berkaitan di sini : Terkini: PKPB dilaksanakan di Daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan bermula 7 Oktober 2020, SOP yang anda perlu tahu

Ramai para peniaga atau syarikat yang tertanya-tanya apakah perkhidmatan perlu (essential) yang dibenarkan untuk beroperasi semasa dalam tempoh PKPB. berikut merupakan senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan untuk beroperasi.

  1. Perbankan dan kewangan 
  2. Elektrik dan tenaga 
  3. Bomba 
  4. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi 
  5. Pos 
  6. Penjara 
  7. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir 
  8. Jagaan kesihatan dan perubatan 
  9. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam 
  10. Pembentungan 
  11. Komunikasi radio termasuk penyiaran dan televisyen 
  12. Telekomunikasi 
  13. Pengangkutan melalui darat, air atau udara 
  14. Air 
  15.  E-dagang 
  16. Pertahanan dan keselamatan 
  17. Pembekalan makanan 
  18. Hidupan liar 
  19. Imigresen
  20. Kastam
  21. Hotel dan Penginapan 
  22. Teknologi Maklumat termasuk penyimpanan data di cloud (cloud storage and service), perisian data dan memori 
  23. Elektrikal dan elektronik termasuk semikonduktor 
  24. Apa - apa perkhidmatan, kerja atau industri sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawalselia perkhidmatan, kerja atau industri itu.


Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot