PKPB dilanjutkan 4 minggu sehingga 9 Jun 2020, Info Tambahan Yang Anda Harus Tahu

10/05/2020

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Malaysia akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi iatu sehingga 9 Jun 2020. Semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

Langkah ini diambil bagi memastikan kes Covid-19 di Malaysia terus terkawal dan tidak meningkat. Dalam PKPB ini, hampir keseruluhan sektor ekonomi telah dibuka. Ini bagi memastikan pemulihan dan kelangsungan ekonomi domestik negara. Hampir 6.64 Juta pekerja sudah kembali bekerja setakat ini.

Dalam Ucapan Perdana Menteri, terdapat beberapa maklumat tambahan yang anda perlu tahu.

KES COVID TERKAWAL

Kes-kes baharu COVID 19 kekal rendah dan terkawal. Kadar kesembuhan juga tinggi. Sehingga 9 haribulan Mei, seramai 4,929 atau 74.8 peratus pesakit telah sembuh. Malaysia berada di tangga ke empat daripada 105 buah negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

4 kawasan setakat ini yang masih berstatus merah iaitu: 

  1. Mukim Batu, Gombak, Selangor; 
  2. Zon Batu, Mukim Batu, Kuala Lumpur; 
  3. Zon Kampung Baharu, Mukim Bandar, Kuala Lumpur; dan 
  4. Mukim Pedas, Daerah Rembau, Negeri Sembilan 


Larangan pergerakan antara negeri masih berkuatkuasa 

perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan. ziarah Perayaan dibenarkan di kalangan jiran terdekat dan keluarga dengan syarat hanya dalam Negeri yang sama dan perkumpulan tidak melebihi 20 orang. 

Namun Pergerakan Rentas Negeri akan diberikan kelonggaran. Mohon melalui Gerak Malaysia atau datang ke balai polis berdekatan. Misalnya Negeri Semenanjung ingin balik ke Negeri Sabah.

SOP Solat Jemaah menunggu Perkenan YDPA

SOP Solat Jemaah akan diumumkan pada masa terdekat selepas mendapat perkenan oleh YDPA. SOP Rumah Ibadat Agama bukan Islam akan turut dibentuk. 

Rayuan BPN bagi yang TIDAK LAYAK dilanjutkan

Rayuan BPN dilanjutkan hingga 31 Mei 2020. Pemohon boleh datang ke Kaunter LHDN atau menghantar email bermula 11 Mei 2020. Setakat ini sebanyak 2.3 juta permohonan diluluskan untuk permohonan baru dan rayuan menjadikan 10.6 juta penerima BPN.

Semoga Perkongsian ini membantu anda. PKPB masih berlangsung, oleh itu, kekalkan penjagaan kesihatan dengan penjagaan jarak, Pakai Pelitup Muka bila berada di luar dan elakkan perhimpunan atau perkumpulan ramai orang.

Anda boleh rujuk Maklumat lanjut dalam TEKS UCAPAN PM 10 MEI 2020 atau menonton rakaman video ucapan Perdana Menteri 10 Mei 2020.



Trustpilot