Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
PKPB : Akan Disambung atau Tidak?

Pada 5 Jun 2020, ramai rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan beliau mengambil masa hampir sejam dan bermula pada jam 3.00 petang.
Kita telah mendengar Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek iatu PENJANA. Selain daripada itu, Pasti anda antara mereka yang ternanti-nanti menunggu pengumuman Perdana Menteri berkenaan dengan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kami pun turut menantikan.
Namun agak mengejutkan Perdana Menteri tidak menyentuh pun berkenaan dengan perlanjutan PKPB ini. Ia menjadi persoalan dan pertanyaan di kalangan rakyat Malaysia, kerana mereka tidak pasti adakah PKPB ini akan dilanjutkan atau bagaimana? PKPB ini akan berakhir pada 9 Jun 2020 iatu 3 hari lagi.
Menurut firasat kami, PKPB ini akan terus dilanjutkan tetapi dengan pertambahan beberapa kelonggaran aktiviti.
PKPB ini perlu diteruskan bagi memupuk norma baru di kalangan rakyat. Walaupun kita melihat pematuhan SOP penjarakan sosial ini sangat tinggi di Malaysia, namun masih terdapat segelintir yang tidak peduli atau tidak mematuhinya. Antara norma baru yang perlu diamalkan adalah pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial 1 meter dan penjagaan kebersihan yang tinggi.
Berkenaan dengan pengumuman PKPB ini, terdapat dua kemungkinan, iatu pengumuman mungkin dilakukan semasa ucapan Perdana Menteri sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong pada 8 Jun 2020. Kemungkinan kedua adalah pengumuman akan dilakukan oleh Pihak Majlis Keselamatan Negara.
Ini hanyalah pandangan kami semata-mata dan mungkin tidak tepat. Kita hanya mampu menunggu dengan sabar. Kami percaya bahawa pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan PKPB ini akan dilakukan sebelum 9 Jun 2020.
Jom ikuti kami di Telegram Best Borneo Media untuk info terkini dan berguna.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.