Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
GERAK MALAYSIA :Pulang ke ibu kota atau Bandar semula dibenarkan ? Perlu Daftar Aplikasi Gerak Malaysia
Siaran langsung sidang Media Menteri Kanan (Keselamatan) pada 22 April 2020 yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan orang ramai yang telah balik kampung pada awal PKP boleh kembali ke bandar. Mereka yang mahu pulang dari kampung ke ibu kota perlu mendaftarkan diri di aplikasi dalam talian Gerak Malaysia bermula 25 April ini.
Melalui tinjauan kami, aplikasi GERAK MALAYSIA sudah boleh dimuat turun di Google Playstore dan Appstore.
Namun begitu, keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas satu mei depan setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap permohonan akan diteliti dan hanya boleh bergerak selepas 1 Mei 2020.

Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit (masih ada yang tiada? tetapi kerja di bandar?), jangan bimbang, anda masih boleh memohon dengan menghubungi balai polis yang terdekat dan membuat temujanji terlebih dahulu dan hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri,
Pada awal pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan, ramai orang mengambil peluang untuk balik ke kampung. Mungkin ada yang menganggap tempoh PKP ini hanyalah dua minggu tetapi sudah berlarutan hingga 36 hari dan PKP fasa 3 akan berakhir pada 28 April 2020.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media berkenaan, beliau menerima banyak rintihan dan rungutan daripada orang ramai mengatakan baju di kampung sudah tidak mencukupi, risau dengan keadaan rumah mereka di bandar dan sebagainya.
Tambahan Pelajar di Universiti awam dan swasta mungkin akan dibenarkan untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing namun masih dalam peringkat perbincangan dengan kementerian pendidikan dan KKM dan agensi terlibat bagi merancang perjalanan yang terbaik dan mengelakkan kesesakan dan perjalanan beramai-ramai.
Ketahui cara menggunakan Aplikasi GERAK MALAYSIA : PKP : Panduan Bagaimana untuk memohon pergerakan antara negeri menggunakan aplikasi Gerak Malaysia
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI
ARTIKEL LAIN
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
TIPS DAN PANDUAN BERCUTI
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!