Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
PKP : (TERKINI) Permohonan Geran Khas RM 3000 untuk PKS akan dibuka 1 Mei 2020

Seperti yang kita telah sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
Ramai peniaga kecil tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu bagaimana cara permohonan atau cara pengagihannya. Sehingga kini, carian untuk cara permohonan Geran Khas RM 3000 untuk PKS masih lagi tinggi.
Pada perkongsian kami sebelum ini, Rujuk di sini : Anda Perlu Tahu : Geran Khas RM 3000 untuk PKS di bawah pakej Khas PRIHATIN tambahan
kami mengandaikan bahawa:
1. PKS akan dipilih oleh agensi kerajaan dan PKS tak perlu memohon.
2. PKS boleh memohon tetapi kemungkinan besar yang PKS yang telah tersenarai dalam kategori layak akan diluluskan.
Akhirnya Pada 21 April 2020, persoalan kita terjawap. PKS masih perlu memohon tetapi mungkin pemilihan PKS yang lulus adalah berdasarkan senarai PKS yang ada sedia ada dalam data LHDN. Sebelum ini ia dinyatakan bahawa hanya PKS yang berdaftar dengan LHDN sebelum 1 Januari 2020 dan mempunyai lesen berniaga (SSM dan Pihak berkuasa tempatan) yang akan layak.
Dalam Laporan Laksana Prihatin Kedua, YB Tengku Dato' Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa Permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap satu.
MAKLUMAT TERKINI : KINI GERAN KHAS PKS AKAN DIBUKA ESOK JAM 9.00 PAGI.
CARA MOHON DI SINI : Geran Khas Prihatin RM 3000 : (Terkini) panduan bagaimana mohon GKS secara dalam talian.

IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.