PKP : Pelajar Universiti akhirnya dibenarkan pulang ke rumah bermula 27 April 2020

24/04/2020
sumber gambar : Bernama
sumber gambar : Bernama

Akhirnya keresahan dan kebimbangan ibu bapa dan pelajar universiti berakhir. Teka teki bilakah pelajar universiti boleh pulang ke rumah masing-masing terjawap apabila Menteri Kanan  (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semasa sidang media petang tadi (24 April 2020).

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memutuskan waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9.00 malam hingga 9.00 pagi bagi memastikan perjalanan terkawal.

Pergerakan pelajar akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja. Pelajar yang terlibat juga akan menjalani saringan gejala sebelum menaiki bas dan dibekalkan makanan serta topeng muka.

Setiap pelajar akan diambil dari kampus atau rumah sewa mereka dengan menggunakan bas dan dihantar terus ke balai polis atau pejabat daerah di kampung mereka dan seterusnya akan dihantar ke rumah masing-masing oleh agensi-agensi kerajaan di peringkat daerah bagi mengelakkan mereka pergi ke tempat-tempat lain.

Bagi pelajar yang berhasrat untuk pulang ke Sabah atau Sarawak pula,  penerbangan pulang ke negeri masing-masing akan disediakan kerajaan dan diterbangkan ke lapangan terbang yang terdekat dengan kampung mereka. Pelajar yang balik dari semenanjung harus mengikuti SOP kerajaan negeri dan akan menjalani kuarantin 14 hari terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah sendiri.

Namun begitu, bagi pelajar yang ingin balik ke kawasan dalam zon merah, ia tidak dibenarkan dan begitu juga sebaliknya jika pelajar tersebut berada di zon merah dan ingin pulang ke zon hijau, ia juga tidak dibenarkan.

53,000 pelajar atau 85 peratus pelajar IPT di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan terbabit dalam inisiatif itu manakala selebihnya memilih untuk kekal di kampus masing-masing. Pelajar yang memilih untuk terus berada di dalam kampus akan tetap disediakan makanan dan minuman.



MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!


IKUTI KAMI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami...

Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.

Trustpilot