Anda harus tahu : (Terkini) PKP dilanjutkan selama dua minggu sehingga 28 April 2020

10/04/2020

Pada hari ini, 10 April 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan beliau telah mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan selama dua minggu iatu sehingga 28 April 2020.

Seperti yang kita jangkakan dalam artikel dahulu, terdapat kemungkinan besar bahawa PKP ini pasti akan dilanjutkan cuma kita tidak pasti berapa lama tempoh perlanjutan tersebut. lihat sini :Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan dilanjutka n Sehingga Jun?

Namun begitu, kita melihat perkembangan yang positif dalam usaha kita mengawal dan menangani wabak Covid-19 ini. Setakat ini, kes-kes positif COVID-19 adalah terkawal pada kadar 7%, iaitu di bawah benchmark 10% yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Kadar kematian akibat wabak ini juga adalah rendah, iaitu 1.6% berbanding 5.8% kadar kematian di peringkat dunia.

Setakat ini seramai 1,830 orang pesakit telah keluar dari hospital. Ini bermakna 43% pesakit COVID-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang, melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes. Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insyaAllah kita akan dapat mengawal wabak COVID-19 ini daripada menular.

Kita harus mengucapkan terima kasih kepada Para frontliner yang telah bekorban masa dan tenaga dalam usaha membendung wabak yang bahaya. Risiko yang mereka hadapi adalah sangat tinggi tetapi mereka tetap komited dalam melaksanakan tugas mereka. Tahniah juga kepada rakyat Malaysia yang sangat bertanggungjawab dan memberi kerjasama yang penuh sepanjang tempoh PKP ini. 

Ucapan terima kasih juga kepada para pekerja penghantar Makanan seperti Grabfood dan FoodPanda dan freelancer yang sedia mengambil risiko bagi membantu rakyat Malaysia mendapat makanan atau bekalan.

Ringkasan Ucapan Perdana Menteri adalah seperti yang berikut :

1. Terdapat kemungkinan PKP ini akan dilanjutkan beberapa bulan lagi dan sehingga penyebaran wabak ini berhenti 100%.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.

2. Persekolahan masih ditangguhkan dan Kementerian Pendidikan akan melaksanakan Home Based Learning sehingga PKP tamat tempoh.

Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah. Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka. 

3. Meningkatkan Kawalan Keselamatan Sempadan bagi mengelakkan penyebaran wabak melalui kemasukan warga asing yang mungkin membawa virus berkenaan.

4. Kita akan menjalani kehidupan dengan "the new normal" atau kebiasaan baharu. Contoh : berjabat tangan sebagai salam digantikan dengan salam tunduk badan seperti budaya Jepun.

5. beberapa sektor ekonomi yang terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat.

#kitajagakita #stayathome #bestborneocarrental


Dapatkan transkrip Teks ucapan Perdana Menteri pada 10 April 2020 di Pautan berikut : TEKS UCAPAN PM 10 APRIL 2020.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN DI SABAH

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot