GERAK MALAYSIA : Panduan Bagaimana untuk memohon pergerakan antara negeri 

26/04/2020


Pada 22 April 2020, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa terdapat sedikit kelonggaran semasa PKP ini. Antaranya adalah pergerakan antara negeri atau lebih tepat Mereka yang terperangkap di Kampung sebelum PKP dimulakan akan dibenarkan untuk kembali semula ke rumah masing-masing di bandar. 

Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke rumah di bandar boleh mula membuat permohonan melalui aplikasi GERAK MALAYSIA atau membuat permohonan di Balai Polis berdekatan dengan membuat temujanji terlebih dahulu,

Aplikasi GERAK MALAYSIA adalah aplikasi yang telah dibina oleh SKMM dan merupakan aplikasi yang boleh mengesan kedudukan anda (atau dipanggil pengesanan kontak), ini membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus dengan lebih berkesan.

Di sini kami akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan Aplikasi GERAK MALAYSIA.

Langkah Pertama 

Muat turun aplikasi GERAK Malaysia di 

  1. Google Play : Tekan sini : GERAK MALAYSIA (Bagi pengguna Android)
  2. Apstore, Tekan Sini : GERAK MALAYSIA (bagi pengguna Apple IOS)
  3. Install aplikasi sehingga selesai
  4. Klik Get started
  5. Anda perlu verify your mobile Number
  6. Masukkan Nombor telefon anda dan tunggu SMS pengesahan
  7. Masukkan 6 digit kod pengesahan 
  8. Sekarang anda isikan butir-butir maklumat anda di ruangan register
  9. Selesai mengisi maklumat yang diminta, klik continue
  10. Klik YES untuk membenarkan perkongsian lokasi telefon anda
  11. Klik ALLOW untuk membenarkan aplikasi gerak malaysia mengetahui lokasi telefon anda
  12. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
  13. setelah selesai, anda akan dikehendaki untuk menekan GENERATE QR CODE
  14. Terdapat 5 pilihan jenis pergerakan yang ada untuk dipilih iatu:

Aktiviti Kecemasan

Rawatan Perubatan

Aktiviti Perlu

Pembelian barang keperluan

Perjalanan antara negeri

15. bagi aktiviti empat yang pertama iatu Aktiviti Kecemasan, Rawatan Perubatan, Aktiviti Perlu, Pembelian barang keperluan, Anda akan diberikan satu QR code yang anda perlu tunjukkan kepada pihak berkuasa (di sekatan jalanraya)

16. Bagi perjalanan antara negeri, selepas anda tekan generate QR COde, anda akan menerima Notifikasi "Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda. "

Adakah ini bermaksud orang ramai balik kampung semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Minta Maaf ya, Hanya mereka yang terperangkap di Kampung sebelum PKP dimulakan yang akan dibenarkan untuk membuat perjalanan.

Untuk Perjalanan antara negeri, Pergerakan akan dimulakan pada 1 Mei hingga 3 Mei 2020 sahaja.

artikel berkaitan : PKP : Pulang ke ibu kota atau Bandar semula dibenarkan ? Perlu Daftar Aplikasi Gerak Malaysia

Sila rujuk SOP berikut semasa pergerakan perjalanan


IKUTI KAMI DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI


Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot