Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
PKP 4 : hampir 90% Sektor Ekonomi Malaysia dibuka Semula bermula 4 Mei 2020, Senarai sektor tidak dibenarkan

Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.
Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan
SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan
diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan
wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini
berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang
awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan
perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar
kawalan.
Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.
Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara
berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang
yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang
dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut,
kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk
dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini.
Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh
badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab,
mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk
memulakan semula operasi.
Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.
SENARAI AKTIVITI/SEKTOR YANG DILARANG
1.Hiburan dan Riadah
- Panggung Wayang
- Pusat Karoake
- Taman Tema
- Muzium
- Busking
2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
- Perarakan Keagamaan
- Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
- Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
- Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
3. Persidangangan dan Pameran
- Pameran Kerjaya
- Pameran Perkahwinan
- Promosi dan Pakej Pelancongan
- Karnival Jualan
- Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4.Pendidikan.
- Sukan semasa sesi persekolahan
- Aktiviti kokurikulum bersemuka
- Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
- Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
- Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
- Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
- Kolam renang
- Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang
6. Aktiviti Sosial
- Kenduri - kendara
- Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
7. Pengangkutan
- Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
- Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
- Bazar Ramadan
- Bazar Hari Raya
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
- Terima pelawat
- Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
- Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
- Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
- Aktiviti Fitting Pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
- Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
- Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak
17. Pengurusan Perhutanan
- Ekopelancongan Hutan
- Latihan Perhutanan
18. Perlombongan Dan Pengkuarian
- Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
- Hari Bertemu Pelanggan
- Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
- Pesta makan buah-buahan
- Kursus/ Seminar
- Konvokesyen Institut Pertanian
- Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
- Aktiviti perikanan rekreasi
- Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium
21. Seni Kreatif
- Penggambaran filem
- Acara/Konsert/Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam
22. Kebudayaan Dan Kesenian
- Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
- Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café (Bagi Tujuan Buffet)
SENARAI AKTIVITI INI TIDAK DIBENARKAN BERDASARKAN JUSTIFIKASI YANG DIKELUARKAN OLEH KKM SEPERTI BERIKUT :
- SUKAR UNTUK MENGAWAL KEADAAN DI MANA TERDAPAT RAMAI ORANG PADA SATU-SATU MASA
- KEMUNGKINAN PENDEDAHAN KEPADA TITISAN PERNAFASAN
- SUKAR UNTUK MENGAWAL KEPERILAKUAN
- KEMUNGKINAN KONTAK RAPAT DALAM MASA PANJANG YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN
- KEBERADAAN DI DALAM RUANG RAPAT DAN TERTUTUP DALAM MASA YANG LAMA
MAKLUMAN MITI TERHADAP SYARIKAT BOLEH BEROPERASI
PENGISYTIHARAAN SYARIKAT BOLEH DI SINI :
NORMA BAHARU DALAM PERNIAGAAN & KEHIDUPAN
- Penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan
- Memakai face-mask; digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu
Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi
- Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand-sanitizer
- Menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan
- Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari
Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan:
- Memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan
- Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti symptom Covid-19 termasuk pemeriksaan suhu badan
- Di mana penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai
- Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19
- Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya terdapat kes yang disyaki timbul
Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan:
- Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola speak, dan kelab malam tidak dibenarkan
- Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan
- Majlis kenduri-kendara/ rumah terbuka/ aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan atau dihadkan dengan ketat
PERINGATAN PENTING
- Pembukaan semula ekonomi adalah hasil positif pematuhan PKP oleh Rakyat dan juga usaha barisan hadapan (frontliners) dalam memerangi Covid-19 yang berjaya meratakan lekuk penularan Covid-19. Namun, Kerajaan sedar kemungkinan penularan atau jangkitan semula sekiranya berlakunya ketidakpatuhan SOP ini.
- Oleh itu, Kerajaan akan menentukan tahap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau
Movement Control Order (MCO), berasaskan tahap penularan wabak Covid-19 yang boleh
membawa kepada beban yang berat ke atas sistem kesihatan.
- Kerajaan juga menggalakkan orang ramai memainkan peranan untuk memantau dan
memastikan pematuhan kepada SOP. Melalui aplikasi MySejahtera, orang ramai dan
perniagaan boleh membantu Kerajaan dalam merealisasikan usaha membuka semula ekonomi
ini
- Sekiranya terdapat keingkaran, orang ramai boleh menghubungi pegawai penguatkuasa yang berkenaan.
Sumber : MITI
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
Support us!! follow us at Facebook. #kitasupportkita #kitajagakita
MORE ARTIKEL
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Nepal sebut sahaja sudah terbayang kawasan pergunungan dan tempat dimana everest terletak. Siapa tak kenal gunung yg terkenal dalam kalangan pendaki dan bukan pendaki juga mengenali gunung itu. Justeru itu, ia terus menaikkan industri mendaki di nepal. Nepal merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan Himalaya. Dan Nepal juga tempat dimana 8...
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.