PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN B40 BAGI ANAK SABAH YANG BEKERJA DI SEMENANJUNG DITUTUP 3 MEI 2020

03/05/2020

Tidak dapat dinafikan bahawa wabak Covid-19 telah memberikan kesan dan keadaan yang sukar kepada rakyat Malaysia. Pendapatan terjejas disebabkan tidak dapat keluar untuk bekerja dan berniaga.

Seperti yang kita maklum, Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan bantuan khusus kepada rakyat Sabah. SABAH mengumumkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah membabitkan peruntukan RM670 juta bagi meringankan beban dan kesulitan dihadapi pelbagai lapisan masyarakat di negeri itu yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan 15 langkah yang telah dirangka dan dirangkumkan di bawah pakej itu membabitkan tiga kategori termasuk bantuan kepada petugas barisan hadapan serta bantuan kepada rakyat terjejas.

Mohd Shafie berkata, antara pakej diperkenalkan adalah bantuan khas tunai sebanyak RM500 seorang secara 'one-off' kepada setiap ketua isi rumah miskin dan ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih membabitkan peruntukan RM20 juta.

"Bantuan ini dijangka memberi faedah kepada seramai 22,456 ketua isi rumah miskin dan 15,747 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh Sabah," katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Bagi golongan B40 pula, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM80 juta untuk membantu golongan berkenaan termasuk anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung, pemandu-pemandu teksi, nelayan, 'porter' malim gunung, warga emas, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan ibu tunggal.

"Golongan B40 Sabah ini akan diberikan bantuan tunai secara 'one-off' sebanyak RM300 seorang, katanya.

Setakat pada 20 April 2020, SERAMAI 343,400 orang sudah menerima bantuan Covid-19 di seluruh Sabah sehingga Jumaat lalu membabitkan peruntukan RM65,241,900.(Harian Metro, 20 April 2020)

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, antara penerima bantuan itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40, penjaja dan peniaga kecil, pesakit Covid-19, petugas barisan hadapan dan masyarakat.

Kerajaan negeri Sabah telah memproses 14,414 permohonan rakyat Sabah di Semenanjung Malaysia untuk kategori B40 bagi insentif pembayaran secara sekali bayar (one-off ) RM300.00 yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, berkata pembayaran telah diproses Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur.

"Sebanyak 11,347 permohonan telah dibayar dan dikreditkan melalui akaun masing-masing dan 35 permohonan dibayar secara tunai.

"Sementara itu, 1,606 pemohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat B40 dan sebanyak 1,426 pemohonan sedang dalam proses disebabkan nombor akaun yang tidak lengkap dan tidak aktif.(Berita Harian, 19 April 2020)

Pada hari ini, dimaklumkan dalam laman web PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN COVID-19 KERAJAAN NEGERI SABAH: (https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/ ) bahawa permohonan Pakej Bantuan B40 bagi kategori Anak Sabah yang Bekerja di Semenanjung akan ditutup pada 3 Mei 2020 (Ahad) pada pukul 12.00 tengah hari.

Jika terdapat pertanyaan berkaitan bantuan ini, anda boleh merujuk Soalan-Soalan lazim berkaitan bantuan di sini ATAU menghubungi pusat Panggilan Bantuan B40 di sini.



ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.


TIPS PANDUAN BERCUTI

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.

Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

Trustpilot