Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin akan dilanjutkan Sehingga Jun?

06/04/2020

Jika Perintah berkurung dilanjutkan sehingga bulan Jun, Adakah Anda sudah bersedia?

Saban hari, kita melihat pertambahan kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia. Pada masa kini, 4 April 2020, jumlah mangsa jangkitan sudah mencecah 1 juta orang dengan 50 ribu kematian. Di dalam Negara Malaysia pula, Kes jangkitan hampir mencecah 4 ribu dengan 54 kematian. Pada 1 April 2020, Negara Australia telah mengumumkan bahawa perintah berkurung akan dilanjutkan selama 90 hari iatu sehingga bulan Jun 2020. Lihat berita di sini :

Jika kita melihat kepada statistik jangkitan covid 19 di Australia, perbezaan dengan statistik Negara Malaysia tidak jauh berbeza. Pada hari ini, Di Australia, jumlah kes jangkitan adalah 5330 kes dengan 28 kematian. (statistic 4 April 2020)

Jepun Pula akan mengumumkan darurat bagi tempoh 6 bulan. Rujukan di sini. https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-japan/japan-pm-to-declare-state-of-emergency-of-up-to-6-months-media-idUSKBN21N0ZS 


Adakah Negara Malaysia akan mengikut langkah yang diambil oleh Australia dan jepun? Kemungkinannya agak tinggi. Jika keluk kumulatif kes jangkitan Covid-19 ini tidak menurun sehingga sampai tempoh perintah berkurung Negara Malaysia iatu 14 April 2020, maka amatlah tinggi kemungkinan berlakunya perlanjutan tempoh kawalan pergerakan. Jika pun ia dilanjutkan, Antara kemungkinan yang lain adalah Kawalan pergerakan hanya akan dilaksanakan dalam kawasan yang masih mempunyai kes jangkitan covid-19 ini. Langkah ini diperlukan agar ekonomi domestic dan perniagaan kecil dan sederhana dapat mengambil nafas iatu beroperasi semula. Walaupun perintah kawalan pergerakan ditiadakan dalam beberapa kawasan, namun mungkin dihadkan masa untuk beberapa tempoh masa sahaja, contohnya dari jam 7 pagi hingga 5 petang sahaja. Ini adalah kemungkinan yang akan berlaku. Besar kemungkinan Pengumuman akan dibuat o pada atau selepas 10 April nanti berkaitan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan ini dilanjutkan atau tidak.

Terdapat survey yang dijalankan oleh MKN bagi mengetahui jika rakyat Malaysia bersetuju dan bersedia jika perintah kawalan pergerakan itu dilanjutkan. Sebanyak 200,047 peserta yang menyertai undian ini dan hampir 84% adalah bersetuju dan bersedia jika PKP ini dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Berdasarkan kepada statistik itu, kadar pematuhan perintah kawalan pergerakan hanya 83% sahaja. Sebanyak 96% bersetuju agar penguatkuasaan Perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dengan lebih tegas.

Terdapat juga kes kluster baru iatu berpunca dari lawatan suspek ke  Itali yang mana mungkin telah menyebabkan penyebaran dan memerlukan tempoh masa untuk mengesan punca dan rantaian penyebaran wabak berkenaan. 

Kita juga sedia maklum bahawa Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi kesusahan pada waktu wabak ini. Antara pakej bantuan adalah bantuan one off RM 1600 bagi golongan M40 ke bawah. Pembacaan berkaitan : https://www.treasury.gov.my/pdf/Bantuan-Prihatin-Nasional.pdf

Salah satu yang menarik perhatian adalah Moratorium pembayaran pinjaman di Bank selama 6 bulan. Mengapa moratorium itu adalah selama 6 bulan? Dan bukannya hanya 2-3 bulan ? Adakah ini satu tanda perlanjutan perintah Kawalan Pergerakan?

Wabak Covid19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kebajikan rakyat, tetapi pada masa ini, covid19 juga telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia. Ekonomi dunia sekarang dijangka akan mengalami recession. Aktiviti ekonomi dunia terjejas menyebabkan pendapatan sesebuah Negara akan berkurangan. Bank Negara Malaysia telah mengunjurkan bahawa ekonomi Malaysia antara -2.0 hingga 0.5 peratus. Berita Harian : https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/04/672385/covid-19-bank-negara-unjur-ekonomi-malaysia-antara-20-hingga-05

Dengan Moratorium ini, Rakyat Malaysia akan mempunyai lebihan wang tunai dan mempunyai kuasa belanja. Dengan adanya aktiviti perbelanjaan ini, ia akan dapat membantu ekonomi Domestik dapat bertahan dan kembali pulih secara perlahan-lahan.

Kenyataan Media KKM menyatakan bahawa Pelan Penamatan PKP perlulah " berperingkat" dan ke arah kebiasaan baru. Penilaian penamatan akan dilihat setiap dua minggu dan kemudian dua minggu lagi.

walaupun PKP sudah tamat nanti, tetapi kita harus terus mengamalkan penjarakan sosial 1 meter dan pemakaian mask. Ini kerana selagi vaksin belum ditemui, kita masih mempunyai risiko untuk dijangkiti. Langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengurangkan penyebaran yang serius. M

Menurut beliau lagi, Kawalan Pergerakan akan bergantung kepada keadaan dan ,mungkin berlanjutan antara tiga hingga enam bulan. selepas ini mungkin tiada lagi perhimpunan awam, dan rakyat harus sentiasa mengamalkan kebersihan diri iatu kerjap membasuh tangan dan terus tetap di rumah jika tiada urusan ke tempat awam. (seperti yang disiarkan dalam Malaysiakini (KKM : pelan penamatan PKP perlu secara 'bertahap' ke arah " kebiasaan baru", 20 April 2020)

Jika benar Perintah kawalan ini dilanjutkan, Apakah kita sudah bersedia dan apakah langkah-langkah yang patut kita ambil ?

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen untuk kebaikan kita bersama.


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.


TIPS DAN PANDUAN BERCUTI

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot