Penting : Pinjaman Mikro Kredit Prihatin BSN 0% faedah PKS, syarat dan maklumat tambahan

11/04/2020

Pada 6 april 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Khas Prihatin Tambahan khususnya untuk PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana) serta Mikro. 

Terdapat pelbagai Inisiatif yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu sektor perniagaan terus berdaya dalam menghadapi kesan ekonomi daripada wabak COVID-19 ini.  Anda boleh rujuk di sini untuk senarai bantuan atau inisiatif khas untuk PKS : Saya perlu tahu : Geran khas PRIHATIN Tambahan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana serta mikro).

Untuk Artikel hari ini, kami ingin mengongsikan kepada anda maklumat tambahan berkaitan dengan Pinjaman Mikro Prihatin BSN. Jika anda belum tahu, anda boleh membuat pembacaan di sini terlebih dahulu untuk mengetahuinya : Anda perlu Tahu : Bagaimana Memohon pembiayaan Mikro BSN 0% faedah  di bawah program geran khas PKS

Jika anda ingin membuat pinjaman Mikro Prihatin BSN tanpa faedah, ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh Pihak BSN. berikut merupakan maklumat tambahan yang anda perlu tahu.

1. Apakah produk ini? / What is this product about? 

BSN Micro Kredit Prihatin ialah skim pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan Mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19. Keistimewaan skim ini adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan. 

BSN Micro Kredit Prihatin is a micro loan scheme which is offered to micro enterprises whose businesses are impacted by COVID-19 outbreak. The privilege of the scheme is 6 months moratorium on monthly instalment.

2. Apa yang boleh saya perolehi dari produk ini? / What do I get from this product? 

  •  Amaun Pinjaman / Loan Amount : RM30,000 
  •  Tempoh Pinjaman : 5.5 tahun / Loan Tenure : 5.5 years 
  •  Kadar Faedah / Interest Rate : 0.00% 

Nota : Contoh di atas adalah untuk ilustrasi sahaja / Note : The above example is only for illustration 

3. Apakah tanggungjawab saya? What are my obligations? 

  •  Bayaran Ansuran Bulanan / Monthly Instalment : RM500 
  •  Bayaran Ansuran Bulanan Terakhir / Final Instalment : RM500 
  •  Jumlah Keseluruhan Pinjaman yang Perlu Dibayar / The Total Payment of The Loan : RM30,000 

Nota : Contoh di atas adalah untuk ilustrasi sahaja / Note : The above example is only for illustration 

4. Apakah bayaran lain yang perlu saya bayar? What other charges do I have to pay? 

i) Dua (2) bulan ansuran bulanan sebagai deposit sekuriti; dan / Two (2) months of monthly instalment as security deposit; and 

ii) Satu (1) bulan ansuran bulanan terdahulu / One (1) month of advance payment 

ii)Fi Guaman berkaitan dokumentasi pinjaman / Legal fees on loan documentation 

(Anda dikehendaki membayar semua fi guaman dan perbelanjaan sampingan berkaitan dengan kemudahan (tidak terhad kepada duti setem, penyediaan dan pendaftaran mana-mana dokumen sekuriti, penyerahan dan penarikan balik kaveat). Dokumentasi sekuriti bagi pinjaman akan dikendalikan oleh peguamcara panel Bank. / You are required to pay all legal fees and incidental expenses in related to the facility (including but not limited to the stamp duty, preparation and registration of any security documents and the lodgment and withdrawal of caveats). Security documentation for the loan is to be handled by solicitor under the bank's panel.) 

iv)Pelan Perlindungan Pinjaman Micro (pilihan) : / Micro Finance Premium Plan (optional)

Pelan 1 (RM21.20) x Tempoh Pinjaman / Plan 1 (RM21.20) x Loan Tenure 

Pelan 2 (RM74.20) x Tempoh Pinjaman / Plan 2 (RM74.20) x Loan Tenure 

v) Duti Setem untuk Surat Tawaran / Stamp Duty on Offer Letter (RM 10)

vi) Duti Setem untuk lain-lain Dokumen Sekuriti (jika ada) / Stamp Duty on other Security Document (if any)

vii) Reducing Term Assurance (RTA) (pilihan / optional) (Berbeza berdasarkan umur / tempoh / jumlah pinjaman) / (Vary based on the age / tenure / total loan


Nota : Terpakai untuk MP BSN Micro Kredit Prihatin sahaja./ Note : Applicable only to MP BSN Micro Kredit Prihatin. 

Nota / Note : 

i) Contoh di atas adalah untuk ilustrasi sahaja / The above example is only for illustration. 

ii) Semua bayaran adalah dengan sekali pembayaran sahaja dan akan ditolak dari amaun pinjaman. / All payments are one-off payment only and will be deducted from the loan amount.

5. Apakah implikasi sekiranya saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya? / What if I fail to fulfil my obligations? 

  • Denda lewat bayar sebanyak satu peratus (1%) akan dikenakan ke atas amaun yang tertunggak yang dikira mengikut bilangan hari tertunggak jika anda gagal atau lewat membuat bayaran di dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank. / If you fail to make payment of the amount due within the stipulated time, you shall be charged late payment penalty on the overdue amount at the rate of 1% per annum calculated on daily basis. 
  • Bank berhak membuat tolakan (set-off) atau memindahkan apa-apa jumlah yang terhutang pada satu atau mana-mana akaun anda di Bank untuk menyelesaikan obligasi dan liabiliti yang terhutang dan perlu dibayar oleh anda kepada Bank tertakluk kepada notis diberikan kepada anda dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tolakan (set-off) atau pindahan tersebut dilaksanakan. / The Bank may set-off or transfer any credit balance in your account maintained with the Bank against any outstanding amount in this loan account by giving seven (7) days prior notice before such set-off or transfer. 
  • Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya anda gagal untuk bertindak balas terhadap notis peringatan dan kos berhubung apa-apa tindakan undang-undang yang diambil oleh Bank terhadap anda akan ditanggung oleh anda - jika ada. / Legal action will be taken if you fail to respond to reminder notices and legal cost will be borne by you - if applicable. 
  • Tindakan undang-undang terhadap anda boleh memberi kesan kepada rekod kredit anda yang akan menyebabkan kemudahan kredit anda menjadi lebih sukar. / Legal action against you may affect your credit rating leading to credit being more difficult or expensive to you

6. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan sepenuhnya pinjaman sebelum tarikh matang? / What if I fully settle the loan before its maturity? 

  • Penjelasan awal dibenarkan pada bila-bila masa dengan mengemukakan notis secara bertulis kepada Bank. / Early settlement is allowable at any time by providing a written notice to the Bank. 
  • Bank berhak untuk mendebitkan ke dalam akaun pinjaman anda atas segala perbelanjaan yang telah didahulukan oleh Bank sekiranya pada masa penjelasan awal tersebut Bank masih belum mendapat balik kos awal (initial cost) bagi pinjaman ini. / Bank has the right to debit customer's loan account for any cost advanced by the Bank if the amount is yet to be recovered during early settlement.
7. Apakah risiko utama yang akan saya hadapi? / What are the major risks? 
  • Sekiranya pinjaman ditamatkan atau berlaku apa-apa perkara kemungkiran pinjaman, Bank mempunyai hak mutlak untuk mengeluarkan atau menebus (yang mana berkenaan) deposit sekuriti dan menggunakannya untuk mengurangkan ansuran tertunggak atau mana-mana jumlah terhutang lain. / If the loan is terminated or in event of default of the loan, the Bank reserves the right to issue or redeem (whichever is applicable) the security deposit and use it to reduce the outstanding instalment. 
  • Pihak Bank berhak untuk mengambil segala langkah yang wajar (termasuk tindakan undang-undang) ke atas anda / penjamin (jika ada) untuk mendapatkan semula hutang yang belum dijelaskan. / The Bank reserves the right to take all reasonable steps (including legal action) against you / the guarantor (if any) to recover the outstanding debt.
8. Adakah permohonan saya memerlukan penjamin atau cagaran? / Do I need a guarantor or collateral? 
  • Sandaran : Deposit sekuriti bersamaan dua (2) bulan ansuran bulanan / Pledging : Security deposit equivalent to two (2) months of monthly instalment 
  • Penjamin : Pihak Bank berhak untuk meminta anda menyediakan penjamin (sekiranya perlu). / Guarantor : The Bank reserves the right to request for a guarantor (if necessary). 
9. Adakah saya perlu mengambil Insurans? / Do I need any Insurance? 
Anda digalakkan untuk mengambil Perlindungan Insurans [Reducing Term Assurance (RTA)]. RTA yang diambil adalah berdasarkan amaun pinjaman dan akan dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh. Bayaran premium dikenakan hanya sekali kepada anda sebagai benefisiari dan akan ditolak dari amaun pinjaman semasa pembayaran dilakukan. / You are encouraged to subscribe to Reducing Term Assurance (RTA). The RTA is subject to the loan amount and will be paid in the event of death or total permanent disability. The premium amount is charged to you only once, where you stand as a beneficiary and shall be deducted from the loan amount during disbursement. 

10. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya? / What do I need to do if there are changes to my contact details? 
Adalah sangat penting untuk anda memaklumkan kepada Bank secara bertulis atau melalui emel jika terdapat sebarang perubahan dalam maklumat perhubungan anda. Ini bagi memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. / It is important that you inform us any changes in your contact details (in writing or email) to ensure that all correspondences reach you in the timely manner.

11. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan atau maklumat lanjut? / Where can I get assistance and redress? 
i)Jika anda mempunyai kesukaran membuat pembayaran, anda perlu menghubungi pihak Bank lebih awal untuk membincangkan alternatif pembayaran 

ii)Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan Perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma berkaitan pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penyusunan semula hutang untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di : 

Tingkat 8, Maju Junction Mall, 

1001, Jalan Sultan Ismail, 

 50250 Kuala Lumpur. 

Tel : 03-2616 7766 Emel / Email : enquiry@akpk.org.my


Diharapkan dengan perkongsian maklumat ini, ia dapat menjawap sedikit sebanyak persoalan yang anda hadapi berkaitan dengan pinjaman Micro Prihatin BSN 0% faedah. Maklumat yang lebih lanjut perkaitan pinjaman ini boleh merujuk ke website BSN  atau menghubungi senarai ejen BSN di kawasan anda. Dapatkan senarai Ejen BSN di sini. 

Jika nak cari kereta sewa dan pakej percutian yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.

Follow dan like page facebook @bestborneocarrental untuk perkongsian tips dan panduan bercuti terkini atau hubungi kami di talian 01110570862 dan email bestborneocarrental@gmail.com atau chat terus di webchat kami.


ARTIKEL LAIN

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot