Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak

Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Bayaran sebanyak RM 600 akan diberikan kepada kakitangan awam yang layak pada 25 Januari 2021 nanti.
Kategori Penjawat Awam yang Layak
Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak. Pegwai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak tersebut merupakan:
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service (COS)
- Pegawai yang bercuti gaji penuh
- pegawai yang bercuti separuh gaji
- pegawai yang bercuti tanpa gaji
- pegawai yang dipinjamkan terrmasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
- Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 januari 2021 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
- guru interim
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
- pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
- Pesara kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 25 Januari 2020 akan dibayar sebanyak RM 300.00 oleh JPA manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.
- Pesara dan veteran seperti dalam perkara 10, yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 januari 2021 layak dibayar sebanyak RM 600.00
Kategori Penjawat Awam Tidak Layak
- Pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred jawatan utama/Gred khas.
- pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempah 1 januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
- Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 januari 2021.
- Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 januari 2021 hingga 25 januari 2021.
- pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.
- Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa tatatertib akan ditangguhkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021. Pegawai hanya layak dibayar sekiranya Pihak berkuasa tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.
Pegawai perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 25 Januari 2021 layak diberikan bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 sebanyak RM600. Bantuan ini akan dibayar pada 25 Januari 2021 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.