Ini Cara Daftar di Portal MyFutureJobs PenjanaKerjaya Untuk Mencari Kerja Kosong

14/06/2020

Berita baik kepada penganggur dan graduan dan lepasan universiti. Kini pencarian kerja lebih mudah dengan MyFutureJobs. Portal ini adalah salah satu daripada Program Insentif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya.

PenjanaKerjaya adalah program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, akan bermula pada hari Isnin ini, 15 Jun 2020. 

Program ini dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia, PenjanaKerjaya bertujuan merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

PenjanaKerjaya ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, oleh itu, individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs www.myfuturejobs.gov.my. Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat PERKESO di seluruh negara di mana Kaunselor Kerjaya PERKESO bersedia untuk membantu.  

Panduan pendaftaran untuk pencari kerja boleh diakses di MyFutureJOBS.

Bagi Majikan pula, jika mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, boleh mendaftarkan profil mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai 15 Jun 2020. Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program ini, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar, bersama dengan elaun mobiliti untuk pekerja yang layak, yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka. Majikan hanya perlu memohon insentif untuk setiap pekerja yang diambil bekerja sekali sahaja dan pembayaran insentif pada bulan berikutnya (selama 6 bulan) akan dilakukan secara automatik.

Mulai 1 Julai 2020, jika perlu, majikan boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bagi latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran untuk pekerja mereka yang diambil melalui program ini. Program latihan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). 

Jika anda mempunyai persoalan lebih lanjut berkenaan program insentif pengambilan pekerja atau manfaat yang boleh diperolehi oleh majikan, anda boleh merujuk di sini ; Anda Majikan? Insentif RM600-RM1000 Di Bawah Program PenjanaKerjaya: Panduan dan Cara Mohon

Anda juga boleh hubungi nombor hotline di 03-8091 5300 (Isnin hingga Ahad) atau emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot