PENJANA: Bantuan Semasa PKPP Untuk PKS dan Mikro Yang Anda Perlu Tahu
Kerajaan telah mengumumkan Pelan jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai satu usaha untuk mengurangkan impak Wabak Covid-19 dalam ekonomi Negara.
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pelbagai Inisiatif yang telah diberikan bagi membolehkan ekonomi negara kembali rancak.
Sebelum ini, Perniagaan PKS dan mikro mendapat pelbagai bantuan seperti Geran Khas Prihatin bernilai RM3000 dan pinjaman Mikro BSN dan TEKUN tanpa faedah.
Bantuan Untuk PKS dan Mikro Dalam Pelan Ekonomi PENJANA
Dalam pelan ekonomi PENJANA, kebajikan PKS dan Mikro turut mendapat perhatian. PKS dan Mikro adalah nadi utama kepada aktiviti ekonomi negara. Kerajaan turut memberikan bantuan kepada PKS dan Mikro. Bantuan tersebut adalah seperti yang berikut:
Program Subsidi Upah Dilanjutkan.
Syarikat dapat manfaat daripada perlanjutan Program Subsidi Upah selama 3 bulan lagi. Program ini akan membantu syarikat dengan subsidi upah kepada pekerja sebanyak RM 600 bagi setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja bagi setiap syarikat yang layak. Ketahui cara mohon Subsidi Upah.
Pekerja dalam Sektor pelancongan dan Perniagaan, aktiviti dalam senarai yang dilarang serta bercuti tanpa gaji sepanjang PKPB lalu, majikan boleh memohon subsidi tersebut dengan syarat pekerja berkenaan telah menerima bayaran secara langsung.
Insentif Kepada Syarikat Yang Menawarkan Pekerjaan Kepada Penganggur dan Internship
Majikan akan diberikan insentif sebanyak RM600 sehingga RM1000 sebulan selama 6 bulan jika mereka memberikan atau mengambil penganggur atau internship sebagai pekerja. Majikan akan diberikan RM800 jika mengambil pengganggur berumur bawah 40 tahun, dan RM1000 jika mengambil pekerja OKU dan pengganggur berumur 40 tahun ke atas. Insentif RM 600 akan diberikan kepada majikan jika mengambil pekerja kepada lepasan sekolah dan graduan universiti.
Geran RM5000 kepada Pengusaha Taska
Kerajaan akan memberikan geran sebanyak RM5000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat KPWKM. Antara salah satu penilaian pemberian geran ini kepada taska adalah pematuhan kepada SOP operasi Taska.
Geran dan Pinjaman
Peruntukan sebanyak RM700 Juta akan diberikan kepada PKS dan Syarikat dalam bentuk geran dan pinjaman bagi menggalakkan PKS dan syarikat di peringkat pertengahan ke arah pendigitalan operasi.
Ini adalah termasuk RM100 juta geran padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama Syarikat telekomunikasi, RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman Mudah dan RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.
Terdapat banyak lagi pembiayaan atau pinjaman khas untuk PKS dan syarikat dalam Pelan Ekonomi PENJANA. Pembacaan lanjut di sini : Skim Pembiayaan untuk PKS, Mikro,Bumiputera,Kontraktor dan Pelancongan di bawah Pelan Ekonomi PENJANA
MyAssist MSME
Kerajaan juga akan menyediakan pusat sehenti yang mana akan menyediakan pelbagai khidmat nasihat kepada Perusahaan Mikro dan PKS bagi membantu dan menyokong mereka.