Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
PKPB : PELAJAR-PELAJAR SABAH DARI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SARAWAK TIDAK PERLU KUARANTIN DI PUSAT KUARANTIN

Semasa tempoh PKP fasa pertama hingga ketiga, ramai pelajar universiti terkandas di IPTS. Para ibu bapa semakin gusar dan bimbang akan keadaan anak mereka yang terkurung agak lama iatu hampir sebulan lebih.
Pada penghujung PKP fasa 3, Pihak kerajaan telah memberikan lampu hijau dan membenarkan pelajar IPTA dan IPTS untuk kembali ke rumah masing- masing secara berperingkat bermula 27 April 2020.
PKP : Pelajar Universiti akhirnya dibenarkan pulang ke rumah bermula 27 April 2020
Mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Keselamatan dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pelajar berkenaan perlu menjalani 14 hari kuarantin selepas tiba di negeri masing-masing.
PKP : Pelajar dari Sabah dan Sarawak di semenanjung akan dihantar pulang jumaat ini
Namun kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan dalam kenyataan media yang disiarkan hari ini bahawa pelajar dari negeri sabah diberi pengecualian kuarantin di pusat-pusat kuarantin, kepada pelajar-pelajar Sabah yang datang dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ini termasuklah pelajar di bawah tajaan Biasiswa Yayasan Sabah.
Pelajar-pelajar ini hanya perlu menjalani kuarantin di rumah (home quarantine) masing-masing untuk tempoh 14 hari dan ibu bapa atau penjaga hendaklah bertanggungjawab mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Walau bagaimanapun pelajar-pelajar dari zon merah atau yang bergejala akan ditempatkan di Pusat Kuarantin untuk tempoh 14 hari, tertakluk kepada penilaian dan rekomendasi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah semasa ketibaan pelajar.

Penerimaan Rakyat sabah terhadap keputusan kerajaan sabah ini bercampur-campur. Ada sebahagian yang menyokong tindakan kerajaan kerana mereka melihat Pelajar ini sudah dikuarantin dan malah terkurung di tempat kediaman di Universiti selama 40 hari dan mereka melihat ia sudah memadai dan mencukupi.
Bagi pihak yang tidak menyokong pula, mereka merasa masih bimbang dan risau jika ada pelajar yang mungkin dijangkiti dan tidak menunjukkan apa-apa simptom jangkitan yang akhirnya akan menyebarkan kepada ahli keluarga pula. Kebimbangan mereka juga berasas sebab bukan kesemua pelajar universiti tinggal di kediaman universiti yang mana kawalan adalah sangat ketat dan pelajar tidak dapat keluar dengan bebas. Terdapat juga pelajar yang tinggal menyewa di luar kawasan universiti dan pemantauan pergerakan mereka mungkin sukar dilakukan.
Bagaimana dengan pandangan anda berkenaan keputusan kerajaan ini, wajar atau sebaliknya?
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
LAGI ARTIKEL MENARIK
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.