Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Pembukaan Semula Sekolah 2020: Perkara Yang Ibu Bapa Harus Tahu

Semasa dalam tempoh PKP dan PKPB, persekolahan di Malaysia telah terhenti termasuk institusi pengajian tinggi. Setiap sekolah di Malaysia telah ditutup bagi mengelakkan risiko jangkitan Virus Covid-19 kepada kanak-kanak, remaja dan belia.
Tempoh PKP dan PKPB hampir mencecah tiga bulan. Mungkin ramai ibu bapa yang bimbang dengan pembelajaran anak-anak. Tidak dinafikan terdapat usaha daripada pihak Kementerian Pendidikan malaysia untuk terus memastikan anak-anak dapat belajar dengan kaedah e-learning atau pembelajaran maya (virtual learning).
Beberapa negara lain sudah mula membuka semula sesi persekolahan selepas ditutup disebabkan wabak Covid-19 ini. Antara negara berkenaan adalah Vietnam, China, Denmark dan Jepun.
Usaha kerajaan dalam membendung wabak Covid-19 dilihat telah menunjukkan keputusan positif. Penyebaran virus ini dapat diperlahankan dan dikawal.
Pada 4 Jun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Garis panduan ini adalah rujukan kepada pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Sebagai Ibu Bapa, Apa Perkara Yang Saya Perlu Tahu?
Kita sebagai ibu bapa pasti sangat bimbang dan was-was untuk membenarkan anak-anak kembali ke sekolah. Kita masih lagi dalam tempoh PKPB dan vaksin untuk virus Covid-19 masih belum ditemui. Ini bermaksud risiko penularan semula virus ini sebenarnya masih wujud.
Namun dengan SOP yang betul dan pematuhan yang tinggi, risiko jangkitan virus ini akan lebih rendah. Sehubungan dengan itu, garis panduan ini telah diwujudkan.
Berdasarkan kepada garis panduan pembukaan semula persekolahan, Ibu bapa adalah bertanggungjawab seperti yang berikut:
- memastikan anak/anak jagaan dibekalkan dengan pelitup muka;
- mengingatkan anak/anak jagaan berkenaan penjarakan sosial dan kebersihan semasa di IPS;
- memantau tahap kesihatan anak/anak jagaan, dan memaklumkan kepada IPS sekiranya bergejala serta mendapatkan konsultasi kesihatan;
- Tidak menghantar anak/anak jagaan ke IPS sekiranya bergejala; dan
- mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh KKM, KPM dan pihak IPS.
Langkah Pencegahan Covid-19 oleh Pihak Sekolah
Pihak Sekolah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan murid-murid semasa berada di sekolah. Fokus utama dalam garis panduan ini adalah memastikan tahap kebersihan kawasan sekolah dalam keadaan yang maksimum. Antara tindakan yang akan diambil oleh pentadbir sekolah adalah:
- memastikan kawasan dan bangunan sekolah termasuk semua bilik PdP dibersihkan sebelum sesi persekolahan bermula dan pada setiap hari selepas tamat sesi persekolahan dengan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, butang lif, pengepam tandas, pelapik duduk tandas, susur tangan 8 di laluan pergerakan murid.
- menyediakan pelan perancangan susun atur bilik-bilik PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik khas dan lokasi-lokasi lain yang bersesuaian dan boleh berfungsi dengan baik untuk PdP.
- memastikan semua bilik PdP disusun atur mengikut arahan penjarakan sosial sebelum sekolah dibuka
- memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain. Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain;
- memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan;
- memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat;
- memastikan murid yang makan di dewan makan asrama
pada waktu rehat dalam makluman guru bertugas.
- menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, pejabat dan bilik guru

Keselamatan Murid, Guru dan Warga Sekolah
Dalam pekara ini, pentadbir perlu memastikan agar :
- Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah
- menyediakan hand Sanitizer atau air dan sabun di tempat yang bersesuaian.
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan dijalankan dalam dua bentuk iatu pengajaran di sekolah bagi mereka yang dibenarkan untuk hadir dan pengajaran secara e-learning atau pembelajaran maya bagi yang berada di rumah.
Pembukaan sekolah akan diumumkan sebelum dua minggu permulaan persekolahan. Pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 akan diutamakan. murid yang menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM digalakkan tinggal di asrama sekiranya kemudahan asrama mencukupi.
Untuk maklumat yang lebih jelas berkenaan Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah, Anda boleh pergi ke portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesimpulan
Kita tidak dapat menafikan bahawa pendidikan adalah sangat penting. Walaupun kita berada dalam situasi wabak Covid-19, Pembelajaran anak-anak harus diteruskan. Pembelajaran boleh dilakukan melalui pembelajaran di sekolah ataupun pembelajaran dalam talian. Namun setiap kaedah pembelajaran itu mempunyai kekangan tersendiri seperti kekurangan akses kepada kemudahan internet, komputer, telefon dan peranti lain. Pembelajaran di sekolah pula adalah terhad kerana limitasi ruang kerana perlu mematuhi SOP penjarakan sosial.
Jika persekolahan sudah dibuka semula, adalah penting kita sebagai ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak kita agar sentiasa mengekalkan jarak sosial yang selamat, penjagaan kebersihan dengan membasuh tangan dengan kerap, dan membekalkan mereka dengan pelitup muka dan hand sanitizer.
Diharapkan semua akan berjalan lancar dan anak-anak kita dapat meneruskan pembelajaran dengan baik dan selamat. Jika anda ada pandangan terhadap garis panduan pembukaan sekolah ini ataupun cadangan dan komen, anda boleh ke Best Borneo Media untuk perkongsian bersama.
INFO DAN PANDUAN LAIN
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.