Pembukaan Semula Sekolah 15 dan 22 Julai: Perkara Ibu Bapa Harus Tahu

02/07/2020

Kini, Malaysia sudah hampir menang ke atas virus Covid-19. Malaysia telah berjaya mengawal penyebaran virus berkenaan malah menjadi antara 5 negara yang terawal dan berjaya membendung penularan virus ini.

Pada 1 Julai 2020, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka semula secara berperingkat bermula 15 dan 22 julai 2020.

Bermula 15 Julai, pelajar tingkatan 6 semester 1, Tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dan murid tahun 5 hingga 6 akan memulakan persekolahan. Murid tahun 1 hingga 4 pula akan memulakan persekolahan pada 22 Julai 2020.

3 Model Pengoperasian Pembukaan Semula Sekolah

Terdapat 3 model operasi pembukaan semula sekolah iatu Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.

Apakah setiap model itu? jom saya terangkan.

Model Satu Sesi adalah bagi sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi, selepas mengambil kira penjarakan sosial. 

Model kedua iaitu Model Dua Sesi adalah bagi sekolah sedia ada yang sudah beroperasi secara dua sesi atau pun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.

Model ketiga iaitu Model Penggiliran adalah sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.

Pihak sekolah akan menentukan bentuk penggiliran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Contohnya, jika sekolah mempunyai ruang yang mencukupi, murid tingkatan empat akan turut hadir setiap hari. Keutamaan diberikan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan

Untuk model penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hybrid, iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.

Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.

PENTING: ketahui SOP persekolahan PKP Pemulihan juga.


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Bantuan Sara Hidup BSH 2020 fasa 3 telah mula diagihkan bermula 24 Julai 2020. Tahniah kepada semua penerima yang layak. Adakah anda tidak berjaya mendapat bantuan BSH berkenaan? jangan risau kerana Permohonan Rayuan BSH 2020 telah pun dibuka.