Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Pasca Covid-19 : Sudah tiba masanya Pekerja Asing dikurangkan, utamakan rakyat Malaysia

Wabak Covid-19 dilihat memberikan kesan mudarat ekonomi yang sangat ketara kepada negara. Wabak ini menyebabkan aktiviti ekonomi negara terhenti. Banyak industri yang tidak dapat beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Banyak Perniagaan terutama PKS yang terjejas aliran tunai dan terpaksa membuat langkah-langkah drastik seperti pengurangan pekerja, pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji.
Wabak Covid-19 di Malaysia mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Kita dapat melihat perkembangan positif dalam usaha kerajaan untuk membendung penyebaran virus ini. Namun terdapat persoalan lain yang difikirkan oleh rakyat Malaysia. Apakah Peluang Pekerjaan untuk rakyat Malaysia selepas wabak Covid-19 nanti?
Berdasarkan Data Tenaga Buruh di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga Mei 2019 menunjukkan bahawa seramai 15.12 juta rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai bekerja iaitu peningkatan 1.8% jika dibandingkan dengan tahun 2018.
Sekiranya kita mengambil peratusan peningkatan yang hampir sama dan lebih sedikit untuk tahun 2020 (sehingga Mac 2020) maka bilangan rakyat Malaysia yang bekerja adalah berkemungkinan dalam lingkungan sekitar 15.3 ke 15.5 juta.Manakala berdasarkan data bilangan pekerja asing yang bekerja secara sah di Malaysia juga menunjukkan peningkatan iaitu daripada 1.57 juta pekerja asing pada tahun 2011 meningkat kepada melebihi 2 juta pada tahun 2019 (sehingga Jun 2019).
Bagaimana pula dengan pekerja asing yang bekerja secara tidak sah? Tentu sekali angkanya jauh dan berkali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan angka pekerja asing yang bekerja secara sah.
Tentu sekali pada ketika ini bilangan pekerja asing yang sah dan tidak sah di Malaysia telah mengatasi bilangan masyarakat India di Malaysia yang merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan sedang mengejar rapat bilangan masyarakat Cina di Malaysia.
Tentu sekali rakyat bertanya bagaimana perkara ini boleh dibenarkan berlaku di Malaysia dengan bilangan pekerja asing yang luar biasa bilangannya di Malaysia dan menguasai pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) antaranya di sektor pembinaan dan peladangan sehingga meneruskan penguasaan mereka dalam pekerjaan yang ringan antaranya seperti Juru Wang di Stesyen Minyak, Kedai Runcit dan Serbaneka serta Pengawal Keselamatan di Pasar Raya dan agensi yang terlibat.
Bukan itu sahaja, bahkan warga asing juga telah berniaga secara terbuka dan ianya telah menjejaskan pendapatan perniagaan rakyat Malaysia.
Namun perkara yang telah berlaku sebelum ini tidak dapat dielakkan namun kita perlu mempelajari pengalaman sebelum ini dan belajar daripada kesilapan yang lalu serta memperbetulkan kesilapan tersebut dengan langkah ke hadapan yang tepat untuk masa depan rakyat Malaysia.
Rentetan daripada itu, apabila berlakunya pandemik COVID-19, sebagaimana yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin berkenaan keperluan untuk mempertingkatkan kawalan di sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus dan ianya disambut pula dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah agar kawalan keselamatan sempadan diperketatkan dan menjadi salah satu kriteria yang perlu dipatuhi sebelum kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta ianya wajib diteruskan pada masa akan datang untuk menjaga kedaulatan negara daripada dimasuki oleh warga asing secara tidak sah.
Namun selepas berlakunya pandemik COVID-19, maka statistik dan perangkaan warga Malaysia yang berkerja sebagaimana huraian di atas telah berkurangan secara signifikan dengan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan dan punca pencarian disebabkan oleh syarikat telah mula mengurangkan atau menutup operasi perniagaan.
Unjuran yang diperolehi daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada ketika ini juga menunjukkan 2.4 juta rakyat Malaysia berkemungkinan kehilangan pekerjaan pasca COVID-19 disebabkan oleh penutupan atau pengurangan pengoperasian industri termasuk sebahagiannya daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pengucupan ekonomi Malaysia dan dunia.
Keadaan akan menjadi lebih parah jika ditambah graduan yang akan bergraduat tahun ini seramai ratusan ribu yang melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta lulusan SPM dan STPM yang ingin terus berkerja. Sekiranya ditambah semua kategori ini maka berkemungkinan bilangannya boleh mencecah antara 3 ke 4 juta rakyat Malaysia yang perlu mencari pekerjaan pasca COVID-19.
YAB Perdana Menteri pada 6 April 2020 telah mengumumkan pakej tambahan bernilai RM10 bilion bagi membantu meringankan beban kewangan PKS termasuk Program Subsidi Upah, Geran Khas Prihatin, pembiayaan mikro tanpa faedah dan inisiatif lain yang memberikan impak yang positif untuk merancakkan perniagaan terutamanya pasca COVID-19.
Ia juga antara lain mampu untuk menjamin 2/3 daripada pekerja negara ini terus mendapat pekerjaan dan majikan juga wajib mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya selama 6 bulan melalui Program Subsidi Upah.
Kerajaan juga bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka secara berperingkat. Namun persoalan yang timbul, siapa yang akan mengisi kekosongan pekerjaan pasca COVID-19 yang tentunya telah berkurangan kesan daripada COVID-19?
Sekiranya kita amati apa yang berlaku semasa PKP ini, dalam keadaan begitu ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh berkerja dan tinggal di rumah serta ada yang tidak memperolehi pendapatan khususnya di sektor swasta, masih ramai pekerja asing yang masih berkerja di sektor kritikal termasuk di Kedai Runcit dan Serbaneka serta Stesyen Minyak di Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia dan masih memperolehi pendapatan seperti biasa.
Pada hemat saya, Kerajaan PN perlu bertindak drastik dan segera dalam menyelesaikan isu peluang pekerjaan pasca COVID-19. Usaha kerajaan untuk membantu PKS tidak akan membuahkan hasil sekiranya pekerjaannya masih diisi oleh pekerja asing.
Sudah sampai masanya Kerajaan bertindak tegas untuk mengurangkan bilangan pekerja asing secara berperingkat untuk diisi oleh ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan terutamanya pekerjaan yang ringan. Jumlah pekerja asing di Malaysia adalah terlalu ramai jika dicampur pekerja asing yang sah dan tidak sah.
Pada ketika ini, keutamaan Kerajaan PN hanya perlu memberikan fokus dan penumpuan kepada rakyat Malaysia sahaja yang ramai telah kehilangan pekerjaan. Zaman untuk bergantung pada pekerja asing terutamanya dalam pekerjaan yang ringan telah berakhir dan peluang perlu diberikan kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan ini.
Masing-masing negara luar pada ketika ini hanya melindungi pekerjaan rakyat mereka sahaja sebagai contoh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberikan perhatian dan perlindungan pekerjaan kepada 22 juta rakyatnya sahaja yang kehilangan pekerjaaan dan menyekat kehadiran pendatang asing.
Inilah masa yang terbaik bagi Kerajaan PN untuk memberikan fokus untuk menjaga, melindungi dan mengisi pekerjaan daripada kalangan rakyat Malaysia sahaja terutamanya dalam perkerjaan yang ringan untuk pasca COVID-19 dan tiada pilihan kecuali menghantar pulang secara berperingkat pekerja asing. Kerajaan juga perlu memperketatkan kawalan sempadan negara sepanjang masa daripada dilolosi dengan mudah sebelum ini oleh pendatang asing.
Sekiranya perkara ini tidak dilakukan maka Malaysia berkemungkinan bakal berhadapan dengan Bom Jangka iaitu krisis sosial dan konflik yang serius dan runcing dalam keadaan pekerja asing di Malaysia masih bekerja dan memperolehi pendapatan manakala pekerja tempatan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan untuk menyara hidup sendiri dan keluarga serta mengharapkan bantuan kerajaan.
Rakyat Malaysia juga perlu menerima dan mengisi pekerjaan yang dikosongkan oleh pekerja asing dan sekurang-kurangnya mempunyai pendapatan dalam jangka masa pendek untuk menyara hidup seterusnya dapat menjana ekonomi keluarga, masyarakat dan negara pasca COVID-19.
Hanya dengan cara rakyat Malaysia memperolehi pekerjaan dan mempunyai pendapatan sahaja yang akan dapat membantu untuk mengangkat semula ekonomi negara pasca COVID-19.
Peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia dan ekonomi negara berpisah tiada.
Tulisan oleh : Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed (Awani : 27 April 2020)
*Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed merupakan seorang pensyarah dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
IKUTI KAMI DI LAMAN FACEBOOK UNTUK INFO TERKINI
ARTIKEL MENARIK LAIN
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.
Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Perkembangan Terkini IshareFans dan LikeShare, Besar Kemungkinan Akan Tutup. Scam Era Media Sosial
Anda salah seorang yang telah join LikeShare dan Isharefans? pasti ketika ini anda sangat bimbang dan takut melihat perkongsian dan pertanyaan daripada rakan-rakan lain. Kini masalah withdrawal daripada kedua-dua platform ini sudah bermula.
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.
Anda pasti pernah mendengar gunung kinabalu, bukan? gunung kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara dan terletak di negeri Sabah, Malaysia. Gunung kinabalu menjadi destinasi utama para peminat Hiking sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Gunung kinabalu adalah menjadi kebanggaan sabahan dan mempunyai cerita lagenda...
Choosing a car rental in Kota Kinabalu, Sabah can be very tough, isn't it? There are so many providers here and you don't even know how to choose for the best. Worry not, let us help you with your problem.