Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Senarai Tempat menarik di Kudat : 8 Pantai paling memukau yang anda wajib lawat
Negeri Sabah adalah salah satu negeri dalam negara Malaysia yang paling bertuah. Ini kerana Sabah mempunyai pelbagai tempat menarik yang anda boleh lawat. Pada perkongsian kali ini, kami ingin memperkenalkan daerah Kudat, Sabah. Kudat pun mempunyai banyak tempat menarik yang anda boleh lawat dan menikmati pengalaman percutian yang berbeza.
Latar Belakang Daerah Kudat, Sabah

Kudat ialah sebuah bandar dan daerah di negeri Sabah, Malaysia. Bandar Kudat terletak kira-kira 190 km dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu di bahagian utara negeri Sabah berhampiran dengan Tanjung Simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara pulau Borneo.
Sebagai bandar terbesar di kawasan yang didiami etnik Rungus, Kudat merupakan pusat kebudayaan utama untuk kumpulan etnik tersebut. Selain itu, Kudat merupakan antara kawasan pertama di negeri Sabah yang diduduki oleh orang Cina Malaysia, terutamanya daripada suku Hakka.
Sebelum kedatangan penjajah British, kawasan Kudat diberi nama 'Tomborungan' oleh masyarakat Rungus setempat. Nama tersebut diberi sempena Sungai Tomborungus yang tidak lagi mengalir pada zaman moden. Mengikut cerita orang tempatan, tatkala penjajah British bertanya tentang nama tempat tersebut, penduduk tempatan salah faham dan menganggap bahawa pihak British ingin tahu nama sejenis rumput lalang yang banyak didapati di kawasan tersebut. Rumput tersebut dikenali sebagai kutad dalam bahasa Rungus. Lama-kelamaan, perkataan ini telah menggantikan nama 'Tomborungan' sebagai nama tempat tersebut dan sebutannya berubah kepada 'Kudat. (sumber : wikipedia)
Anda sudah diperkenalkan dengan sedikit latar belakang dan sejarah daerah kudat kan. Kudat ada ke yang boleh dilawat? Hari ini Kami akan kongsikan senarai 8 pantai yang ada di kudat yang anda harus lawati.
Kudat pada hari ini menjadi semakin popular sebagai tempat pelancongan baik dari dalam negara dan luar negara. Daerah kudat akan menyajikan tempat menarik yang berbeza dan pengalaman percutian yang berlainan, so jika anda hendak ke Sabah, pastikan anda memasukkan daerah Kudat sebagai destinasi percutian anda. Kudat mempunyai pantai yang agak banyak. kita boleh lihat dalam peta di atas, daerah kudat dikelililing oleh laut. Admin senaraikan Pantai yang ada di kudat untuk rujukan anda.
1. Tanjung Simpang Mengayau.

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.
Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun. (sumber : wikipedia)
Yuran Masuk : percuma
Aktiviti Utama : Melihat Matahari Terbenam,
Sunset Music Fest (diadakan setiap Bulan Jun)
Rating : 4.6/5 (google Review)
2. Pantai Tindakon Dazang
Tempat ini adalah destinasi yang wajib anda lawati jika anda ke Kudat. Pantai Tindakon Dazang ini memang memiliki pemandangan yang indah, pantai yang bersih dan panjang sesuai untuk semua kegiatan riadah dan sukan.
Tindakon Dazang beach resort di Kudat ini adalah kawasan peranginan bertemakan budaya kaum Rungus yang tinggal di wilayah utara Sabah. Jika anda melawat Kudat, ambillah sedikit masa anda mengunjungi tempat ini, tentu anda akan merasa teruja dengan keindahan pantai Tindakon Dazang dengan pantai yang bersih, panjang dan juga air laut yang biru.
Yuran Masuk : RM 2 (dewasa) RM 1 (kanak-kanak) bagi yang tidak menginap
Aktiviti : Mandi, Kayaking, Picnic.
Tempat Tinggal Terdekat : Tindakon Dazang Beach Longhouse.
Rating: 4.4/5 (google review)
3. Pantai Kelambu, Kudat Sabah

Pantai Kulambu adalah destinasi yang cantik dan agak asing kepada para pelancong. Ia tidak mempunyai fasiliti kecuali 3 pondok dan beberapa tempat barbaque. Pantai di sini agak luas iatu lebih kurang 200 meter dan kelebaran 20-30 meter. Pasir yang lembut mengundang ingin berjalan atas pasir dengan kaki ayam sahaja. Air yang cetek dan jernih pasti menarik hati anda untuk mandi atau merendamkan kaki anda ke laut.
satu rahsia yang ramai tidak tahu adalah keajaiban pantai ini berlaku pada waktu malam. apabila anda menyentuh air laut pada waktu malam, cahaya biru/hijau akan kelihatan mengikut pergerakan sentuhan anda. Cahaya adalah reaksi kimia semula jadi yang dipanggil bioluminescence yang dipancarkan oleh fitoplankton (organisme kecil) apabila terganggu. Cahaya lebih jelas semasa bulan baru. Walau bagaimanapun, tidak ada lampu di sekeliling pantai, jadi harap bawa lampu obor jika anda ingin meneroka di sini pada waktu malam, dan jangan pergi sendirian.
Yuran Masuk : Percuma
Aktiviti : Mandi, Menikmati pemandangan
Rating : 3.5/5 (Tripadvisor Review)
4. Pantai Bak-Bak
Penduduk Cina setempat memanggil tempat ini sebagai " 石码头海滩" yang bermaksud Jetty Batu. Tempat ini memang pantai yang berbatu, tetapi tidak melihat jeti di mana-mana. Mungkin sudah runtuh atau pun rosak. Air laut di sini juga jernih dan cetek. Anda boleh berjalan kaki 100 meter ke depan dari pantai jika air surut.
tempat ini juga mempyunyai pondok dan tempat memanggang, yang mana menjadikannya tempat yang sesuai untuk berpiknik bagi pasangan dan keluarga. terdapat juga beberapa gerai yang menjual makanan dan minuman.
Yuran Masuk : Percuma
Aktiviti : Mandi, Menikmati pemandangan
Rating : 4.1/5 (google review)
5. Pantai Bavang Jamal
Pantai Bavang Jamal merupakan tempat pemuliharaan penyu selain mempunyai pantai yang panjang dan cantik.
Tempat ini menjadi tumpuan pelancong asing disebabkan di sini, mereka boleh melihat dengan jelas lagi mengenai pemuliharaan penyu bermula daripada telur hinggalah anak penyu dilepaskan di laut.
Namun begitu amatlah sukar untuk anda melihat penyu naik ke tepi pantai untuk bertelur, ini kerana penyu tersebut akan datang pada masa-masa tertentu sahaja.
Yuran Masuk : Percuma
Aktiviti : Mandi, Menikmati pemandangan, Melihat penyu bertelur
Rating : Tidak Tersedia
6. Pantai Kalampunian
Pandangan pertama Pantai Kalampunian adalah benar-benar nyata. Batu dan batu pantai berpasir putih yang dilengkapi dengan lautan biru dan kristal jelas mungkin tidak cukup untuk menggambarkan pemandangan luar biasa yang dipersembahkan kepada saya dalam perjalanan ke Petua Borneo.
Perairan di tepi pantai benar-benar sangat jelas, sifat yang sering dikaitkan dengan pulau-pulau di luar Semporna. Tidak silap lagi, Pantai Kalampunian adalah pantai daratan tetapi ia mempunyai kualiti yang indah yang dapat dengan mudah meletakkan pantai pulau mana-mana.
Pada masa ini, tidak ada struktur yang dibina di sepanjang pantai. Sebuah pembinaan untuk esplanade kecil sedang dijalankan di bahagian pantai untuk menyediakan bangku, pavilion dan mungkin beberapa kedai hadiah. Sebenarnya, sudah ada beberapa gerai tepi jalan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan yang menjual kerang laut yang dikumpulkan dari kawasan sekitarnya dan sangat bagus untuk cenderamata untuk dibawa pulang.
Yuran Masuk : Percuma
Aktiviti : Mandi, Menikmati pemandangan,
Rating : 4.3/5 (google Review)
7. Pantai Tanjung Bangau
Merupakan pantai yang cantik dan bersih, dengan ombak yang beralun perlahan. Terdapat muara sungai yang tenang dan jernih! Jika anda bercadang untuk beriadah bersama keluarga, melihat matahari terbenam, mungkin ini tempat yang sesuai. Pantai yang cantik dan jernih? Anda boleh bermandi-manda di sini, tambahan lagi air laut pesisiran pantai yang agak tenang dan pantai yang luas!
Yuran Masuk : Percuma
Aktiviti : Mandi, Menikmati pemandangan,
Rating : 4.4/5 (google Review)
8. Pantai Kimihang, Kudat
Pantai kimihang ini merupakan pantai yang luas dan cantik! suasana sunset di sini sememangnya yang terbaik! Jika anda ingin menginap di sini, Ada rumah panjang berdekatan, anda boleh menginap di rumah panjang bersama keluarga. Anda juga boleh membawa khemah dan memasang khemah sendiri di rumah panjang tersebut.
Yuran Masuk : Percuma
Aktiviti : Mandi, Menikmati pemandangan,
Rating : 4.2/5 (google Review)
Bagaimana Hendak ke Kudat?
kami sediakan peta setiap pantai berkenaan di bawah untuk rujukan anda.
Kesimpulan
Jika nak cari kereta sewa yang trusted di sabah dengan harga yang murah, jom lihat sini.
Follow dan like page facebook @bestborneocarrental untuk perkongsian tips dan panduan bercuti terkini.
TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.
Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.
Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.
Negeri Sabah atau lebih dikenali sebagai Borneo Sabah mempunyai kekayaan alam yang mempunyai keindahan yang unik dan setaraf dengan tempat-tempat menarik di negara luar. Anda boleh sebutkan apa sahaja yang anda mahu, nak hiking? ada gunung kinabalu, Nakkan suasana nyaman dan sejuk? ada kundasang dan Bukit Kokol. Nak pantai ? sabah dikelilingi oleh...
Ada yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu? Anda perlu ketahui tips dan peralatan yang sesuai untuk mendaki. Persediaan yang betul dan tepat dapat memudahkan pendakian anda nanti. Kami berikan anda tips bonus iatu langkah keselamatan atau SOP mendaki gunung kinabalu semasa PKPP dan wabak Covid-19.
Bagaimana Bercuti Dengan Selamat Semasa PKPP
Sektor pelancongan di Malaysia sudah mula dibuka pada 11 Jun 2020. Pembukaan semula pelancongan ini menjadi berita baik kepada para pengusaha pelancongan dan pemilik hotel dan homestay. operasi sektor Pelancongan menjadi lumpuh sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ARTIKEL MENARIK
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!