Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Panduan Rentas Negeri Masuk Ke Semenanjung Malaysia

Ramai yang bertanya mengenai status perjalanan kami, maka dengan itu saya kongsikan bersama perjalanan kami pada 26/11/2020 melalui penerbangan MAS MH2112 bagi tujuan KUL melalui TWU.
Persediaan yang anda perlu lakukan sebelum melakukan Perjalanan Rentas Negeri.
1. Sila mohon surat kebenaran merentas negeri di Balai Polis berhampiran anda. Nyatakan sebab dan tujuan merentas negeri.
2. Check in di Airport dan sila tunjukkan surat kebenaran merentas negeri di kaunter Imigresen sebelum BERLEPAS. Pastikan bawa pen masing2 bagi memudahkan pengisian borang ataupun pengesahan dokumen dalam kapal dan semasa di terminal nanti.
3. Sebelum masuk kapal terbang, pihak penerbangan akan memberikan beberapa borang untuk di isi. Sila lengkapkan semasa dalam penerbangan.
4. Setibanya di Klia, para penumpang akan di minta turun meninggalkan kapal mengikut barisan tempat duduk dan secara berkala. Masuk terminal pun sama, di minta beratur dan bergerak mengikut barisan kecil ke arah KKM. Kepada yang belum melakukan swab test sebelum berlepas, penumpang akan di asingkan dan diminta untuk melakukan swab test di Airport.
Swab Test adalah PERCUMA namun harus menunggu keputusan dalam masa 2 jam dan duduk di ruangan khas yg disediakan. Nasihat saya, sila bawa extra makanan(roti, biskut@keropok) dan juga air terutamanya kepada mereka yang membawa anak anak kecil. Kepada yang tidak tahan sejuk boleh pakai baju tebal sikit dan pakai Stokin. Mau charge phone jgn risau, ada tempat khas di sediakan. Cuma mau ke toilet agak jauh sedikit dan perlu melalui kawasan Swab Test bagi penerbangan Antarabangsa.
Kepada yang sudah buat swab test pula, keputusan akan di teliti terlebih dahulu oleh pihak KKM dan disahkan. Kalau ok, boleh keluar dan tidak perlu menunggu. Maksudnya boleh ambil bagasi masing2 dan terus keluar.Mana2 penumpang keputusan negatif, akan di benarkan meninggalkan Airport TANPA PERLU DI KUARINTIN. Tapi mana2 yang positif akan di bawa terus ke Hospital Sungai Buloh.
Peringatan mesra ; SOP mungkin berubah dari masa ke masa, maka sentiasalah update dengan KKM. Saya cuma share perjalanan kami pada masa dan tarikh seperti yg tertera di atas. Untuk penerbangan masuk ke Sabah pula, saya masih tidak pasti. Kena tanya mereka yang datang dari luar Sabah. Apapun, sentiasa jaga diri, jaga kebersihan dan beringatlah demi orang tersayang.Sekian, terima kasih.
Credit: Puan Hjh Dieycka Aliakbar
#Covid19
#DomesticFlight
#BKItoKUL
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.