Panduan Permohonan Geran Bantuan Perniagaan Kecil Facebook

07/10/2020

Wabak Covid-19 telah memberikan kesan yang buruk kepada perniagaan di seluruh dunia. Peniaga khususnya para peniaga kecil mempunyai kesukaran untuk mengekalkan perniagaan mereka. Insentif kerajaan Malaysia seperti Geran Khas Prihatin tidak dapat menampung semua peniaga kecil. Oleh yang demikian, para peniaga kecil terpaksa mencari alternatif lain.

Menyedari akan kesukaran yang dihadapi oleh peniaga kecil, Syarikat gergasi Facebook telah menawarkan suntikan kewangan sebanyak 100 juta USD geran tunai dan kredit pengiklanan sebagai bantuan.

Program ini akan membantu para peniaga kecil dalam memastikan tenaga kerja syarikat masih kuat, membantu dari segi kos sewa dan operasi, berhubung dengan lebih ramai pelanggan dan menyokong komuniti setempat.

Facebook Malaysia turut serta dalam program ini. Untuk para peniaga kecil Malaysia, Facebook akan memperuntukan lebih kurang RM 3,200,000 untuk kira-kira 300 perniagaan yang kecil. Setiap geran adalah berjumlah RM9,400 yang terdiri daripada RM5,900 wang tunai dan RM3,500 kredit iklan pilihan.

Adakah Perniagaan Saya Layak?

Untuk melayakkan anda memohon, perniagaan anda mestilah:

  • Mempunyai antara 2 dengan 50 Pekerja
  • Menceburi perniagaan lebih daripada setahun
  • telah mengalami cabaran COVID-19
  • Berada atau berhampiran lokasi di mana Facebook beroperasi.

Bagaimana cara Permohonan?

Perniagaan kecil di Malaysia boleh menghantar permohonan mereka antara 6-12 Oktober 2020. Perniagaan kecil tidak perlu hadir ke Pejabat Facebook Malaysia untuk memohon. Namun diingatkan bahawa anda mesti berada secara fizikal di dalam negara untuk mengakses borang permohonan.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk permohonan.

  1. Sila ke Laman Web : Geran Perniagaan Kecil Facebook
  2. Pilih Negara untuk melihat jika ia ditawarkan di negara anda
  3. Klik Butang "teruskan ke laman web Goodera"
  4. Daftar dengan masukkan alamat Email
  5. Masukkan Pasword yang telah diemail yang anda telah daftarkan sebentar tadi
  6. Isikan borang dan masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda. jangan lepaskan peluang dan cuba memohon hari ini. Semoga kita semua dapat menghadapi masa sukar dengan jaya.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot