Panduan Permohonan Bantuan PRIHATIN untuk Pemandu Bas Pelancongan/Persiaran

Sektor Pelancongan di Malaysia menerima kesan yang paling tinggi disebabkan sekatan perjalanan dan Lockdown. Bukan sahaja di Malaysia tetapi industri pelancongan seluruh dunia dijangka mengalami kemerosotan sebanyak 58% hingga 80% bagi tahun 2020.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini telah mengumumkan mereka telah mengujudkan Portal sistem bagi memudahkan proses permohonan bantuan PRIHATIN pemandu bas Pelancong/Persiaran.

Bantuan ini dijangka akan memberikan manfaat kepada hampir 100,000 orang pemandu bas pelancong dan 1,000 syarikat yang mempunyai bas persiaran yang telah terjejas oleh pandemik Covid-19.
Apakah Syarat Kelayakan Memohon Bantuan Prihatin Pemandu Bas Pelancongan?
Terdapat empat kriteria yang membolehkan anda mendaftar untuk bantuan ini. antaranya adalah:
- Pemandu adalah Warganegara Malaysia
- Pemandu berstatus lantikan tetap oleh Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran dan mempunyai caruman Perkeso
- Memiliki Lesen Vokasional (PSV), Lesen E atau lesen memandu yang berkenaan yang masih dalam tempoh sah laku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Syarikat Bas Pelancongan/Persiaran memiliki lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sah laku dengan MOTAC pada 31 Disember 2019
Maklumat Pemandu yang diperlukan untuk mendaftar adalah :
- Nama,
- Nombor MyKad,
- Emel
- Akaun Bank,
Siapa dan Bila boleh Memohon?
Permohonan ini adalah diisi oleh syarikat pelancongan tersebut selama dua minggu iatu bermula 8 Mei 2020.
Dimana Boleh memohon?
MAKLUMAT INFOGRAFIK BANTUAN PRIHATIN PEMANDU BAS PELANCONGAN DAN PERSIARAN.

MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!