Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
BSH 2020 Tidak lulus? Alasan dan Panduan Mudah Rayuan

Bantuan Sara Hidup BSH 2020 fasa 3 telah mula diagihkan bermula 24 Julai 2020. Tahniah kepada semua penerima yang layak. Adakah anda tidak berjaya mendapat bantuan BSH berkenaan? jangan risau kerana Permohonan Rayuan BSH 2020 telah pun dibuka.
Terdapat juga kes dimana penerima menerima BSH 2020 untuk fasa 1 dan fasa 2 namun tidak lulus untuk fasa 3. Pihak kerajaan mengetatkan pemeriksaan kelayakan penerima BSH agar ia benar-benar sampai kepada mereka yang berkelayakan dan bersasar.
Permohonan rayuan BSH 2020 akan dibuka bermula pada 7 ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Permohonan ini adalah dibuka kepada mereka yang tidak berjaya mendapat bantuan ini. Bagaimana untuk membuat permohonan rayuan BSH 2020 ini? Kami sediakan panduan mudah untuk anda.
Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online ataupun secara manual. Permohonan rayuan secara online atau dalam talian dibuka kepada pemohon yang berstatus tidak lulus sahaja dengan kod-kod tertentu. Pemohon boleh membuat rayuan di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my
permohonan rayuan secara manual pula adalah dengan datang sendiri ke mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre - UTC).
Anda perlu membawa beberapa dokumen sokongan semasa proses rayuan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan mendapat bantuan ini. Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan Mykad Pasangan
- Penyata gaji terkini
- Dokumen Status perkahwinan terkini
KOD TIDAK LULUS BSH 2020
Anda boleh merujuk Jenis Kod Tidak Lulus BSH dan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis KOD untuk permohonan rayuan BSH.

Anda boleh merujuk syarat kelayakan BSH 2020 sebagai panduan permohonan rayuan BSH.
Mahu ke Sabah Bro/Sis?
Jom dapatkan kenderaan sewa terbaik daripada Best Borneo. Gunakan KOD BBCR2020 dan dapatkan diskaun RM 20. Contact Us
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.