Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Panduan Mohon Rayuan GKP 2.0 dan Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin

Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Berita baik, anda boleh membuat rayuan semula GKP 2.0 bermula 7 disember hingga 21 Disember. kami sediakan panduan proses permohonan rayuan GKP 2.0.
7 sebab GKP 2.0 anda gagal dan tidak lulus
Sebelum itu, ketahui 7 sebab dan alasan mengapa permohonan GKP 2.0 anda telah gagal dan tidak lulus.
Kod Alasan 01
Alasan Tidak LULUS-TIDAK BEROPERASI 2020
Keterangan - Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang
Kod Alasan 02
Alasan Tidak LULUS-JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300K
Keterangan -Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
Kod Alasan - 03
Alasan Tidak LULUS- JUALAN >= 300K
Keterangan - Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
Kod Alasan -04
Alasan Tidak LULUS-TIDAK WUJUD DI AGENSI
Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
Kod Alasan -
05
Alasan Tidak LULUS- PEKERJA >= 5 ORANG
Keterangan -Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
Kod Alasan -06
Alasan Tidak LULUS-PEKERJA >= 5 ORANG
Keterangan - Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
Kod Alasan -
07
Alasan Tidak LULUS- ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1
Keterangan -Perniagaan melebihi satu permohonan
Prosedur Permohonan Rayuan GKP 2.0 dan Dokumen Sokongan
Permohonan Rayuan GKP 2.0 perlu dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP
. Tiada permohonan Rayuan GKP 2.0 secara manual di cawangan-cawangan LHDNM.
Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang
bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG,
JPG, PDF dan PNG sahaja.
Sebarang permohonan rayuan secara manual tidak akan dilayan. Hanya pemohon yang telah mendapat status gagal boleh membuat rayuan semula. Tiada permohonan baru akan diproses setakat ini.

Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?