Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.
Panduan Cara Mudah Daftar MySejahtera Check-In Untuk Premis Perniagaan
Adakah anda seorang peniaga dan mempunyai premis perniagaan? Anda ingin mengetahui panduan cara daftar aplikasi MySejahtera Check-in untuk premis? anda di tempat yang betul. Anda boleh teruskan pembacaan.
Pada hari ini, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Peguam Negara mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis di seluruh negara dengan pengecualian dibenarkan di kawasan luar bandar, bandar kecil yang tidak mempunyai capaian internet. Rujukan: Sinar Harian
Ini bermaksud anda sebagai peniaga yang mempunyai premis atau kedai diwajibkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera Check-In. Ikuti Panduan cara pendaftaran mudah seperti yang berikut.
- Daftarkan premis perniagaan anda di https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/
- Masukkan nombor telefon dan alamat email anda dan tekan "daftar"
- Masukkan OTP (jika daftar menggunakan nombor telefon) atau klik pautan yang diemel (jika berdaftar dengan e-mel)
- Isikan butiran pendaftaran premis dan tekan butang "hantar"
- Anda akan menerima kod QR Mysejahtera Premis untuk dimuat turun dan dicetak. Kod QR tersebut perlu ditampal di pintu masuk premis untuk diimbas oleh pelawat.

Premis yang berada di luar bandar atau mempunyai capaian internet yang terhad, anda boleh dikecualikan tetapi masih perlu membuat rekod pelawat ke dalam premis secara manual.
PANDUAN DAN INFO
Read what's new this week
Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.