Panduan Bercuti di Sabah Ketika PKPB (Dec 2020)

10/12/2020

Yeah!. Sektor pelancongan di Sabah telah dibuka semula untuk kedua kalinya yang mana telah bermula pada awal bulan disember 2020. Bah apa lagi, jom kita ronda-ronda Sabah!.

Sebelum ini, Pelancongan di Sabah telah ditutup semula lantaran kenaikan kes jangkitan Covid-19 selepas proses pilihanraya kecil di Sabah pada 26 September 2020.

Sektor pelancongan adalah sektor yang paling terjejas disebabkan oleh pandemik ini. Walaupun kes positif pandemik di Malaysia masih lagi berlaku, namun beberapa sektor ekonomi Malaysia dibuka bagi mengurangkan kesan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. SOP yang ketat adalah sangat perlu bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. Terdapat sinar harapan dengan penghasilan vaksin yang dijangka akan berlaku pada awal tahun 2021.

Sebelum anda nak tempah tiket penerbangan ke Sabah, kami sediakan beberapa panduan bagi membantu perjalanan dan percutian anda berjalan dengan lancar,mudah, menyeronokkan dan yang paling penting, selamat.

Situasi Kes Covid-19 di Sabah Terkini ( Dec 2020)

Kita masih dalam tempoh berjaga-jaga kerana vaksin untuk Virus Covid-19 belum dihasilkan. Oleh itu, risiko penularan wabak Covid-19 ini masih ada. Pasti anda nak tahu kan bagaimana situasi atau statistik kes Covid-19 di Sabah sebelum anda nak datang bercuti.

Anda boleh rujuk panduan yang kami sediakan di sini: Bercuti Di Sabah Ketika PKPB? Ini Panduan Masuk Rentas Negeri Ke Sabah

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan kes Covid-19 di Sabah di Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Harga Tiket Penerbangan ke Sabah Disember 2020

Tiket Kapal terbang adalah salah satu faktor penting dalam perancangan budget percutian anda. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda membuat tinjauan harga terlebih dahulu bagi membolehkan anda menyediakan peruntukan dan jadual perjalanan. 

Kami sediakan tinjauan harga tiket kapal terbang daripada Kuala Lumpur ke Kota kinabalu bagi dua syarikat penerbangan terkemuka Malaysia iatu AirAsia dan MAS.

Tiket Penerbangan AirAsia 

Pada minggu panas ( cuti dua minggu terakhir bulan dec) harga tiket airasia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu agak murah iatu hanya RM144.30 atau RM 288.60 pulang balik bagi seorang dewasa.

Anda boleh mendapatkan Stimulus Baucer Cuti-Cuti Malaysia sebanyak RM50 dengan hanya beberapa langkah mudah iatu dengan kemaskini No IC anda. Kempen ini adalah dari tempoh tarikh 30/11/2020 sehingga 13/12/2020 tengah malam (tinggal 2 hari lagi!!!), dan untuk perjalanan bermula 7 Disember sehingga 31 Mac 2020. Tempoh sah laku voucher ini adalah bermula 30 November 2020 sehingga 13 Disember 2020. ini bermaksud anda perlu membeli tiket atau claim voucher ini dalam tempoh berkenaan. 

Oyaa...Baucer ini terhad tau, untuk 24,000 orang sahaja, kalau dah habis melepas, so cepat-cepat booking penerbangan anda. Maklumat lanjut dan panduan penebusan, anda boleh rujuk di Laman web AirAsia

Harga Tiket Penerbangan MAS

Bagi harga tiket penerbangan MAS pula, ia agak sedikit mahal berbanding AirAsia. Harga paling rendah untuk penerbangan daripada kuala lumpur ke Kota kinabalu adalah RM 300.29. Harga ini adalah untuk one way sahaja. Kos perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu juga adalah hampir sama iatu lebih kurang RM300.

MAS tiada voucher atau diskaun ke? pastinya ada juga. MAS turut serta dalam stimulus cuti-cuti Malaysia. MAS menawarkan penebusan diskaun bermula RM 50 sehingga RM 200. 

Contohnya: Dari Pulau Pinang ke Kelantan melalui Kuala Lumpur, ia merupakan dua laluan dengan diskaun RM100. Sekiranya penerbangan termasuk perjalanan pergi balik, anda boleh menebus diskaun penerbangan sehingga RM200.

Tempoh penempahan bermula sekarang dan berakhir pada 20 Disember 2020 manakala tarikh perjalanan adalah hingga 30 Jun 2021​. Untuk langkah-langkah penebusan dan maklumat lanjut boleh rujuk di laman web MAS Berhad.

Prosedur Kemasukan Pelancong Ke Sabah

Kini kita masih lagi dalam tempoh PKPB dan terdapat SOP kemasukan pelawat ke Sabah yang perlu dipatuhi. Kami kongsikan Prosedur dan langkah-langkah kemasukan Pelawat sosial@pelancong ke Sabah yang telah dipetik daripada MKN sabah.

Yang paling penting adalah anda lakukan swab test covid-19 tiga hari sebelum perjalanan, dan jika keputusan anda adalah negatif, maka anda boleh datang ke Sabah dan tak perlu kuarantin.

Pergerakan individu masuk ke Sabah: • Kemasukan individu ke negeri Sabah adalah DIBENARKAN untuk tujuan lawatan sosial...

Posted by Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah on Selasa, 8 Disember 2020

Senarai Tempat Pelancongan di Sabah yang telah dibuka dan beroperasi.

Anda mungkin tertanya-tanya, jika nak jalan-jalan bercuti di sabah, Apa yang boleh dilawat? tempat tu sudah buka atau belum? Kami sediakan beberapa senarai tempat menarik di Sabah yang kini sudah dibuka.

1. Ibu Pejabat Taman-Taman Sabah, Kota Kinabalu

2. Taman Kinabalu, Ranau

3. Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu

4. Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu

5. Taman Banjaran Crocker, keningau

6. Taman Bukit Tawau, Tawau

7. Taman pulau-pulau penyu, Sandakan

8. Taman Marin Tun Sakaran, Semporna

9. Taman Pulau Sipadan, Semporna

10. Taman Tun Mustapha, Kudat

11. Desa Dairy Farm, Kundasang (Kekal Tutup Sehingga Notis Pemberitahuan)

12. Poring Hotspring

13. Fish Spa Kg Luanti, Ranau

14.  Sabah Tea Farm

Dan senarai ini bertambah-tambah. Hampir semua tempat pelancongan utama di Sabah sudah dibuka. Untuk kepastian sama ada tempat menarik yang anda ingin lawati buka atau tutup, anda boleh chat kami atau cari maklumat laman facebook tempat menarik berkenaan. 

Pengangkutan Sesuai Semasa Percutian di Sabah Dalam Tempoh PKPB

Apakah jenis pengangkutan yang paling sesuai di Sabah sekarang ketika dalam tempoh PKPB ini? Pada masa ini, semua jenis pengangkutan di Sabah sudah dibuka seperti perkhidmatan bas ekspress, bas pelancong, teksi, e-hailing dan kereta sewa. bagi perkhidmatan bas, teksi dan e-hailing, ia masih tertakluk kepada SOP 50% kapasiti penumpang sahaja. E-hailing pun terhad kepada 2 orang penumpang sahaja. So option yang paling sesuai jika anda adalah berkeluarga atau lebih daripada 3 orang, adalah lebih sesuai jika anda menggunakan kereta sewa. 

Kebetulan, kami juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Anda boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa daripada kami, Best Borneo Car Rental. Kami memberikan harga istimewa sepanjang tempoh PKPB ini iatu sehingga 31 Disember 2020. Harga sewa kereta bermula serendah RM80 sehari dengan Deposit Confirmation hanya RM50 Sahaja. 

CAR RENTAL IN KOTA KINABALU, hubungi kami saja terus untuk dapatkan harga istimewa!.

akhir sekali, kami alu-alukan kedatangan anda ke Sabah! jom lepaskan gian anda untuk bercuti di sabah. Namun SOP jangan diabaikan, dan kebersihan diri harus diutamakan. 

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Trustpilot