Nak Bercuti Di Sabah Masa PKPP? Ini Perkara Yang Anda Harus Tahu

13/06/2020

Pelancongan di Sabah telah dibuka semula!. Betul, Anda sudah boleh pergi bercuti-cuti semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Sebelum ini, Pelancongan telah ditutup sepanjang tempoh PKP dan PKPB yang telah bermula pada awal pertengahan bulan Mac 2020. Sepanjang tempoh berkenaan, semua orang tidak dibenarkan untuk keluar rumah kecuali untuk urusan pembelian barang keperluan dan urusan penting. Semua orang hanya duduk di rumah bagi membendung penularan Covid-19.

Mungkin anda sudah merancang percutian anda tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan wabak Covid-19 ini. Kini anda boleh pergi bercuti semula tetapi terhad di dalam Malaysia sahaja. Perjalanan ke Luar Negara masih tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran pihak Polis.

Apa kata jika anda mengambil peluang ini untuk bercuti di Sabah? Kami mempunyai pelbagai tempat menarik dan keistimewaan yang anda tidak akan dapat rasai di tempat lain. 

Namun sebelum anda membeli tiket penerbangan anda ke Sabah untuk percutian bersama kawan-kawan atau keluarga, ketahui beberapa perkara penting agar percutian anda menjadi lebih mudah, bermakna, menyeronokkan dan yang paling penting selamat.

Situasi Wabak Covid-19 di Sabah Terkini

Kita masih dalam tempoh berjaga-jaga kerana vaksin untuk Virus Covid-19 belum dihasilkan. Oleh itu, risiko penularan wabak Covid-19 ini masih ada. Pasti anda nak tahu kan bagaimana situasi atau statistik kes Covid-19 di Sabah sebelum anda nak datang bercuti.

Setakat minggu ini, kes jangkitan Covid-19 di Sabah adalah terkawal. setakat 11 Jun 2020, tiada kes jangkitan baru di Sabah termasuk kematian dan kes sembuh. Kes jangkitan Covid-19 di sabah adalah rendah iatu hanya 356 kes, dengan 5 kematian dan 341 orang telah sembuh. Untuk bahagian Daerah Kota Kinabalu pula, hanya 62 kes jangkitan dengan 3 kematian dan 60 orang telah sembuh.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan kes Covid-19 di Sabah di Portal Covid19Sabah.

Tiket Penerbangan Ke Kota Kinabalu

Harga tiket penerbangan adalah sangat penting kerana ia adalah faktor yang mempengaruhi bajet percutian anda. Ramai yang mengeluh kerana rata-rata harga tiket penerbangan domestik khususnya ke Kota Kinabalu sangat mahal. 

Anda boleh melihat sendiri harga tiket dua syarikat penerbangan popular di Malaysia iatu MAS dan AirAsia. Kami sediakan sedikit tinjauan harga tiket.

Harga tiket MAS Berhad boleh tahan harganya. Harga tiket bermula RM 1,300 hingga RM 2,000 untuk penerbangan dua hala Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu.

Gambar di atas pula adalah harga tiket AirAsia bagi satu hala daripada Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu iatu RM404.30. Jika anda adalah ahli AirAsia Big Loyalty, anda boleh mendapat harga rendah sedikit iatu RM399 atau RM798 untuk penerbangan dua hala Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

AirAsia telah melanjutkan promosi Cuti-Cuti Malaysia sehingga 15 Jun 2020. Dalam promosi ini, AirAsia menawarkan harga tiket serendah RM399. So jom ambil peluang bercuti ke sabah dengan promosi Airasia ini, Boleh Jimat Banyak!

Prosedur@ SOP Kemasukan Pelawat Ke Sabah

Kita sedia maklum bahawa kita masih dalam tempoh PKPP dan terdapat SOP yang perlu dipatuhi. Kami kongsikan panduan SOP pelawat ke Sabah yang disediakan oleh MKN Sabah. Jika tidak berapa faham ayat sabahan admin facebook MKN, boleh tanya kami juga ya..sporting habis MKN Sabah.

Perkhidmatan Kereta Sewa Di Kota Kinabalu

Anda nak jalan-jalan di Sabah mesti memerlukan kenderaan kan. Sekarang rata-rata penyedia perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu memberikan harga istimewa sempena PKPP. 

Anda boleh dapatkan perkhidmatan kereta sewa daripada kami, Best Borneo Car Rental. Kami memberikan harga istimewa sepanjang tempoh PKPP ini iatu sehingga 31 Ogos 2020. Harga sewa kereta bermula serendah RM80 sehari dengan Deposit Confirmation hanya RM50 Sahaja.

Kami menyediakan pelbagai jenis kenderaan yang sesuai untuk anda iatu daripada kereta kecil axia hingga ke Van 14 seater. Semua kenderaan kami adalah jenis auto kecuali kenderaan jenis Van.

Jangan bimbang kerana kami akan menyediakan perkhidmatan terbaik iatu penghantaran terus ke hotel atau ke airport sejurus anda selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Anda boleh melihat sendiri testimoni pelanggan kami yang berpuas hati di sini: Testimonies

Nak tengok senarai kenderaan dan senarai harga? boleh rujuk di sini: Price list

Senarai Tempat Menarik Di Sabah Yang Sudah Dibuka

Dalam tempoh PKPP ini, aktiviti pelancongan di Sabah sudah mula dibuka. So anda tidak perlu bimbang lagi. Anda hanya perlu pilih mana satu destinasi dan tempat menarik yang anda mahu lawat. Mungkin artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan : TIPS DAN PANDUAN BERCUTI : TOP 'BUCKETLIST' DI SABAH BAGI TAHUN 2020

Namun ada beberapa aktiviti lagi yang berkaitan dengan pelancongan yang tidak dibenarkan Jika anda masih ragu-ragu apakah aktiviti tersebut, anda boleh merujuk Senarai Aktiviti yang dilarang oleh MKN sepanjang tempoh PKPP.

Promosi Pakej Murah Gunung Kinabalu 2020

Jika anda berhasrat untuk naik gunung kinabalu, inilah masa yang sesuai. Sabah Park menawarkan harga istimewa kepada warga sabahan dan juga Via Feratta. Promosi ini terhad sehingga 31 ogos 2020 dan 15 September 2020. 

Slot pendakian adalah terhad kerana hanya 100 orang dibenarkan untuk mendaki dalam satu hari. Jika anda berminat untuk mendaki gunung kinabalu, anda boleh menghubungi terus Sabah Park untuk tempahan atau pertanyaan berkenaan pakej mendaki gunung kinabalu.

So nak apa lagi? tempah tiket anda, tempah kereta sewa dan tempat tinggal dan kemaskan beg anda. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang percutian di Sabah, tak tahu mana nak lawat, nak tinggal mana yagn bagus, anda boleh menghubungi kami di bahagian chat. Kami benar-benar ingin berjumpa dengan anda!

Lagi Panduan dan Tips Percutian

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Trustpilot