Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Moratorium Lanjutan dan Bantuan Bank Bersasar: Golongan yang layak dan cara mohon
Moratorium bayaran pinjaman atau penangguhan bayaran semula pinjaman adalah salah satu inisiatif daripada pihak kerajaan dalam Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN. Ini bagi membantu dan meringankan beban rakyat semasa wabak Covid-19 ini.
Sebelum ini, Moratorium telah diberikan oleh Bank-Bank Konvensional yang merangkumi pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli selama 6 bulan iatu bermula pada bulan April 2020 sehingga September 2020. moratorium bayaran pinjaman adalah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat serta cabaran aliran tunai yang dihadapi perniagaan khususnya pada fasa-fasa awal dan pertengahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.

Pada 29 Julai 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman penting berkaitan dengan Moratorium ini. Mungkin ramai yang masih kurang faham tentang moratorium lanjutan ini. Kami sediakan ringkasan dan isi penting bagi memudahkan pemahaman anda.
Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar
Tidak dinafikan bahawa masih terdapat golongan yang tidak akan dapat survive selepas moratorium pertama ini tamat. Ini kerana masih ramai golongan yang masih belum mendapat pekerjaan dan gaji telah dikurangkan dan terjejas. Begitu juga dengan golongan PKS yang masih belum pulih dan belum mampu untuk membuat bayaran balik. Oleh yang demikian, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar.
Siapakah yang akan mendapat Moratorium Lanjutan?
- Individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu - mereka akan mendapat lanjutan Moratorium selama 3 bulan selepas bulan September iatu sehingga Bulan Disember 2020. Moratorium ini boleh dilanjutkan oleh bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.
- individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19 - bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman. Contoh jika pengurangan gaji adalah RM 300, maka bayaran pinjaman bulanan akan dikurangkan sebanyak RM 300 sahaja. Lanjutan ini adalah selama 6 bulan dan bergantung kepada keadaan gaji semasa.
- Peminjam individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19 - terdapat tiga jenis faedah moratorium yang boleh diterima iatu: a) Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan; atau b) Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau c) Memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.
Cara Memohon Lanjutan Moratorium
Jika anda mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti yang disebutkan di atas, Anda boleh memohon lanjutan moratorium ini. Permohonan perlanjutan Moratorium ini akan mula dibuka pada 7 Ogos 2020. Setiap pemohon yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan lanjutan ini.
bagi memudahkan anda, kami sediakan nombor perhubungan HOTLINE bank seperti yang berikut:
- CIMB BANK - 03-6204 7788
- MAYBANK - 1-300-88-6688
- BANK RAKYAT - 03-55269000
- ALLIANCE BANK - 03-5516 9988
- BANK SIMPANAN NASIONAL - 1-300-88-1900
- PUBLIC BANK - 1-800-22-5555
- AFFIN BANK - 03-8230 2222/03-2055 9000/1 800 88 3883
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam pencarian jawapan kepada persoalan anda. kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain.
Psstttt.....Nak Ke Sabah? Hubungi kami untuk dapatkan harga kereta sewa terbaik. CAR RENTAL IN KOTA KINABALU
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?