MITI: Ini Senarai Pekerja Yang Perlu Bekerja Dari Rumah

21/10/2020

Berikutan kenyataan Media Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri pada 20 Oktober 2020, pihak MITI telah mengeluarkan senarai dan panduan@dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH). 

Ramai majikan dan pekerja tertanya-tanya jika mereka tergolong dalam pekerja yang diarahkan untuk bekerja dari rumah. Dasar ini adalah satu perintah atau arahan yang perlu diikuti oleh setiap majikan@syarikat.

MITI telah mengeluarkan siaran media hari ini berkaitan dengan arahan Bekerja Dari Rumah ini seperti yang berikut.

Siaran Media Miti 1
Siaran Media Miti 1
Siaran Media MITI 2
Siaran Media MITI 2

Namun kelihatan orang ramai masih lagi keliru dan masih kurang faham tentang kenyataan media pihak MITI. kita boleh melihat pada komen-komen netizen dalam posting MITI di laman facebook mereka.

Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara, dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) adalah...

Posted by Ministry of International Trade and Industry, Malaysia on Selasa, 20 Oktober 2020

Pada lewat petang, pihak MITI sekali lagi mengeluarkan infografik berkaitan dengan arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi membantu menjelaskan lebih lanjut kepada majikan, syarikat, pekerja dan Netizen. berikut merupakan gambar infografik berkenaan.

Adakah anda masih lagi keliru? kami cuba berikan penjelasan tambahan bagi membantu anda.

Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) ini adalah diwajibkan bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan di kawasan yang menjalani PKPB iatu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Labuan dan Selangor. Ini bermaksud setiap Jabatan atau syarikat dari sektor awam dan sektor swasta harus melaksanakan arahan ini.

Siapakah yang dimaksudkan dengan kakitangan pengurusan dan penyeliaan? bahasa mudahnya adalah mereka yang bekerja dari pejabat. sama ada ketua pengurus, penyelia atau ketua jabatan. 

Pekerja pengurusan dan penyeliaan dalam skop tugas yang dibenarkan untuk datang bekerja dengan jumlah yang minimum iatu 10% dari jumlah pekerja syarikat Jika ada keperluan mendesak dan mengikut keperluan. Skop Tugas yang dibenarkan untuk datang bekerja dengan kehadiran yang minimum adalah Perakaunan, Perundangan, Kewangan, Perancangan, Pentadbiran dan ICT. 

Masa bekerja di pejabat telah dihadkan kepada 4 jam bekerja sahaja iatu bermula jam 10 pagi hingga 2.00 petang dan datang bekerja 3 hari seminggu sahaja bagi seorang. Maksudnya pengiliran datang bekerja boleh dilakukan bagi membolehkan minimum 10% itu dipatuhi. 

Syarikat-syarikat tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini. Majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB. Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

Pekerja operasi adalah dikecualikan daripada Arahan Bekerja dari rumah. Mereka perlu datang bekerja seperti biasa. Siapakah yang dimaksudkan dengan pekerja operasi? Kakitangan operasi adalah pekerja yang secara langsung menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk perniagaan dan tidak mengawasi kerja orang lain. ( Eastern Illinois University Lumpkin College of Business and Applied Sciences School of Technology ). Contohnya adalah pekerja buruh kilang, pemandu lori, pekerja buruh binaan dan sebagainya. 

Tidak dinafikan kenyataan daripada pihak MITI masih lagi tidak jelas. Syarikat-syarikat kecil yang mempunyai jumlah pekerja yang kurang masih tidak faham bagaimana atau siapa dan berapa yang terlibat dalam arahan bekerja dari rumah. Contohnya jika syarikat itu adalah hanya 3 orang, iatu pengurus, seorang admin dan seorang kerani akaun, adakah hanya seorang yang datang ke pejabat dalam sehari? jika dilihat, admin dan kerani adalah pekerja operasi jika melihat kepada definisi pekerja operasi, dan hanya pengurus yang bekerja dari rumah. 

Ia bergantung kepada kebijaksanaan pengurus/ketua/pemilik syarikat bagaimana ia membuat penjadualan kerana tujuan utama arahan ini adalah untuk mengurangkan jumlah orang yang berada di pejabat dalam satu-satu masa bagi mengelakkan penularan Wabak COVID-19 ini. Jika dirasakan sesuatu kerja itu boleh dilakukan dari rumah, maka adalah baik jika pekerja itu diarahkan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Perkembangan Terkini BDR

Perkembangan terbaru berkaitan BDR yang telah disampaikan oleh Menteri Kanan, Ismail Sabri pada persidangan media petang hari ini menyatakan bahawa hanya sektor awam dan industri di bawah MITI yang terkesan dengan arahan Bekerja Dari Rumah. Lihat Harian Metro.

Jika merujuk kepada SOP PKP Pemulihan dalam laman Rasmi MKN, industri di bawah MITI adalah Perkhidmatan Ikhtisas & Profesional, Sektor Pembuatan dan Pusat Muzik & Guru Muzik.

Sebaliknya, Pekerja dalam perkhidmatan perlu (essential Services), sektor peruncitan, makanan, perladangan, pertanian, penjaja, gerai makan, restoran, medan selera, kedai runcit, kedai serbaneka dan lain-lain dibenarkan bekerja seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pekerja bagi perkhidmatan pengangkutan seperti pengangkutan awam, bas ekspres, LRT, teksi, e-hailing dan khidmat penghantaran makanan juga boleh bekerja seperti biasa.

Dharapkan pihak MITI dan MKN akan memberikan penjelasan yang lebih lanjut dan panduan yang lebih khusus dan mengikut sektor kerana setiap sektor mempunyai struktur dan cara kerja yang berbeza. 

Untuk Maklumat lanjut anda boleh menghubungi pihak MITI di:

laman facebook MITI

Laman Web MITI

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pencerahan berkaitan dengan Dasar Berkerja Dari Rumah (BDR). Kita sama-sama memberikan kerjasama dengan mengurangkan pergerakan luar rumah yang tidak perlu. Patuhi setiap SOP yang telah ditetapkan agar penyebaran wabak Covid-19 ini dapat dikurangkan. 


Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Nepal sebut sahaja sudah terbayang kawasan pergunungan dan tempat dimana everest terletak. Siapa tak kenal gunung yg terkenal dalam kalangan pendaki dan bukan pendaki juga mengenali gunung itu. Justeru itu, ia terus menaikkan industri mendaki di nepal. Nepal merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan Himalaya. Dan Nepal juga tempat dimana 8...