Adakah Midjobs Sahih atau Scam? Hanya Tonton Video Untuk Dapatkan Bayaran?

13/05/2020

Pada waktu pandemik Covid-19 ini, semua orang merasakan kesusahan. Banyak syarikat yang tidak dapat beroperasi dan menjana pendapatan. Untuk Survival Syarikat, mereka terpaksa mengurangkan kos dengan memotong gaji pekerja atau lebih teruk mengurangkan pekerja@pemberhentian pekerja.

Ramai yang cuba berusaha mencari punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pegerakan/Lockdown, ramai yang tidak dapat keluar mendapatkan pekerjaan. 

Kerja dari rumah (work from home) menjadi trend dan signifikan semasa wabak ini. Mereka yang kehilangan kerja mencuba mencari kerja secara online atau dalam talian. Kesempatan ini telah diambil oleh beberapa syarikat scam yang menawarkan kerja secara talian dan mendapat bayaran lumayan dengan hanya kerja yang sedikit dan mudah.

Pada hari ini, Penulis mendapat kongsian daripada seorang rakan di Laman Facebook berkaitan dengan kerja yang ditawarkan dalam Midjobs. Anda akan mendapat bayaran dengan hanya menonton beberapa video yang ada di dalam website berkenaan.

Penulis tergerak hati untuk melihat sendiri bagaimana syarikat ini berfungsi dan bagaimana boleh mendapatkan bayaran. Saya telah pergi sendiri ke google search dan mencari keyword Midjobs.

Baca Juga :Adakah iShareFans Legit atau Scam? Hanya Like dan share boleh dapat duit


Dengan rasa was-was, saya mendaftar@signup kerana rasa ingin tahu bagaimana operasi dan adakah benar syarikat ini membayar dengan hanya menonton video. (Rasa agak bimbang selepas signup sebab takut data dijual (email dan No telefon. huhu). Takpa, Jom kita find out sama-sama.

Selepas selesai mendaftar, anda akan dibawa ke papan pemuka @dashboardd seperti yang berikut:

Apakah Midjobs?

Midjobs menyebut mereka sebagai satu portal kandungan video dalam talian. Mereka berjanji untuk menyediakan Pengiklan dengan platform terpusat di mana pengguna dapat berinteraksi dengan jenama mereka dalam format Audio, Video dan Teks. Dengan kata lain, Midjobs mendorong penonton ke iklan video dan akaun media sosial.

Pengiklan seharusnya membayar Midjobs untuk pengguna melihat kandungan mereka.

Ahli midjobs pula akan dibayar untuk melakukan aktiviti seperti menonton video berbayar, membuat soal selidik, ulasan Facebook, ulasan Aplikasi Mudah Alih dan banyak lagi. Syarikat mengatakan bahawa rata-rata ahli menghabiskan 2-4 jam setiap hari dan menghasilkan $ 100- $ 287 setiap minggu.

Midjobs membawa pengiklan dan penonton ke platformnya dan memperoleh bayaran untuk menghubungkan kedua-dua belah pihak. Mereka menjadi orang tengah antara Pengiklan dan pengguna.

Siapakah Pemilik MidJobs?

Menurut dalam laman web syarikat, Midjobss mula beroperasi pada tahun 2015 di Slovenia. Baru-baru ini berkembang ke Timur Tengah dan Asia mencari pasaran yang lebih luas.

Namun begitu, tidak ada nama pengasas atau eksekutif yang disebutkan di laman web. Hmmmm...Misterinya.

Berapakah Ahli MidJobs?

Berikut adalah beberapa statistik yang diterbitkan di Midjobs.com pada 5/13/2020:

- 9,319,300 Juta Jumlah Ahli

- RM 15,778,248.82 Juta Pendapatan oleh ahli

Tidak ada cara untuk mengesahkan ketepatan data ini. Secara purata setiap ahli hanya akan mendapat RM 1.69 sahaja. Kedengarannya rendah, berbanding RM400 - RM 1200 yang dijanjikan setiap minggu. Mungkin sebahagian besar ahli baru? Tetapi adalah pelik jika syarikat ini benar-benar beroperasi sejak tahun 2015. Adakah terdapat halangan yang menghalang ahli untuk menjana seperti yang dijanjikan?

Bagaimana Midjobs Menjana Pendapatan?

Suatu syarikat beroperasi dalam perniagaan tentunya ingin mendapatkan keuntungan. betul?. Bagaimana pula dengan Midjobs? bagaimana operasi mereka boleh mendapatkan duit?. 


Midjobs menyatakan bahawa ia membayar dari RM 0.87 hingga RM 2.60 setiap video yang ditonton. Saya menganggap bahawa ia pasti mengenakan cas yang lebih tinggi kepada pengiklan lebih banyak daripada jumlah yang mereka bayar kepada ahli untuk mendapatkan keuntungan, logik kan?

Sebagai komen tambahan: terdapat banyak syarikat yang menjual Facebook Like dengan harga kurang dari RM 0.22 . Bayaran biasa untuk menonton video adalah sekitar RM 0.04 atau kurang setiap video. Berbanding dengan harga yang jauh lebih rendah dalam industri ini, tawaran Midjobs agak lari dari realiti, malah tidak mempunyai nilai atau tidak menawarkan ciri tambahan seperti penapisan sasaran lanjut atau ciri lain.

Sebagai tambahan, Midjobs mengenakan yuran keahlian untuk Pelan ekslusif, yang berbeza-beza mengikut had harian video berbayar yang dibenarkan untuk ditonton oleh ahli dan dengan potensi pendapatan refferal.

Berikut adalah ringkasan pelan yang ada:

Anda boleh melihat pelan yang ditawarkan dikatakan hanya memerlukan sebulan untuk mendapatkan semula duit yuran langganan Pelan. Sound too good to be true.

Bagaimana untuk membuat Duit dengan Midjobs?

Ahli Midjobs dijanjikan akan dibayar dari RM 0.87 (3 peringkat pertama Pelan berbayar) hingga RM 2.60 (tahap tertinggi) untuk setiap video yang mereka tonton di platform. Anda seharusnya dapat menonton sejumlah had video harian tertentu, mengikut pelan keahlian anda.
Ahli dalam pelan percuma mendapat RM 0.65 setiap video. Sekiranya anda tidak Upgrade pelan anda, anda akan kehilangan pendapatan.
Di samping itu, Midjobs menawarkan program rujukan yang lumayan. Anda akan mendapat komisen untuk setiap pengguna baru yang dibawa melalui pautan rujukan anda. Komisen adalah Rm 0.22 untuk sebarang aktiviti ahli yang anda bawa(seperti menonton video, suka dan tweet) setelah ahli yang diperkenalkan oleh anda upgrade ke pelan berbayar.
Pilihan ketiga untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran adalah dengan menjadi wakil negara dan terlibat dalam urus niaga anggota lain, membantu membiayai akaun baru mereka dan menjual baucar.

Bagaimana Untuk Mendapat Bayaran Daripada MidJobs?

Untuk membolehkan anda dibayar, baki utama akaun anda harus mencapai RM 86.65.

Cara utama untuk menerima pembayaran adalah menggunakan Perfect Money, Payeer & Bitcoins. Paling baru tambahan cara pembayaran adalah menggunakan coins.ph bagi ahli daripada filipin. Setakat ini, PayPal atau Western Union tidak disokong. Saya rasa, syarikat Midjobs ini lebih selektif dalam meluluskan bayaran pelanggan.

Analisis Model Perniagaan Midjobs

Sekiranya Midjobs sentiasa percuma untuk pengguna yang menonton kandungan video (tentu saja bukan untuk pengiklan), saya katakan ini adalah peluang yang baik untuk menjana pendapatan tambahan dengan menonton video.

Malangnya, ini tidak berlaku. Anda hanya boleh menggunakan laman web ini secara percuma selama 10 hari sebelum diminta untuk menaik taraf ke salah satu pelan premium. Selepas 10 hari anda mesti membayar untuk mendapat bayaran menonton video. Semakin mahal keahlian yang anda beli, semakin banyak wang yang anda boleh perolehi dari video dan rujukan.

Secara peribadi, saya tidak menyukai konsepnya. Kedengarannya seperti anda membayar majikan untuk mengekalkan pekerjaan. Seseorang mungkin berpendapat bahawa Midjobs bukan majikan, tetapi jenis perniagaan di mana anda dikehendaki melabur untuk menjana wang. Saya tidak bersetuju. Tidak ada perniagaan untuk dikembangkan di sini, kecuali menonton klip dan mempromosikan pautan orang lain menjadi refferal.

Beberapa Tanda MidJobs Kelihatan Seperti Scam.

Terdapat banyak ciri yang dapat membantu anda memutuskan apakah tawaran "bekerja dari rumah" sah atau penipuan.

Lebih daripada itu, Midjobs kelihatan sangat mirip dengan Workmines.com yang sangat popular dulu sekitar April-Mei 2019 dan ditutup pada bulan Jun, menyebabkan ribuan ahli kerugian wang mereka. Saya rasa pasukan penipu yang sama berada di sebalik laman web baru ini, Midjobs.

Inilah sebab-sebab mengapa, pada pendapat saya, Midjobs adalah penipuan.

1. Midjobs Kelihatan seperti Skim Piramid

Pelan keahlian Midjobs adalah peningkatan bertahap yang memikat anda untuk membayar lebih banyak untuk mendapatkan pembayaran yang lebih tinggi dari rujukan(Refferal) dan lebih banyak video yang tersedia untuk ditonton.

Untuk membuat purata pendapatan RM 400-RM 1200 setiap minggu di laman web Midjobs, anda memerlukan sama ada untuk menaik taraf ke rancangan peringkat tertinggi atau merekrut banyak ahli baru yang mesti turut menaik taraf pelan mereka juga.

Mengandalkan yuran rujukan (refferal) sebagai komponen utama pendapatan anda adalah ciri skim piramid utama.

Di bahagian Soalan Lazim, syarikat memberikan contoh purata pendapatan ahli dengan 40 rujukan. Tawaran yang banyak yang kepada orang biasa, yang mana tidak perlu menceburkan diri dalam perniagaan penjualan.

2. Anda Tidak Akan Dibayar Sekiranya Anda Adalah Ahli Percuma

Sebagai ahli percubaan iatu selama 10 hari percuma, anda boleh menjana maksimum RM39 (6 video sehari x 10 hari x RM 0.65) dan anda tidak akan mendapat bayaran untuk rujukan@refferal. Dengan syarat pembayaran minimum yang ditetapkan pada RM86.65, ini bermaksud bahawa anda TIDAK AKAN dibayar apa-apa selagi anda adalah ahli percuma. Anda harus membayar sekurang-kurangnya RM195.30 untuk Pelan Pekerja Asas untuk memenuhi syarat untuk sebarang pembayaran.
Berdasarkan peraturan syarikat, anda tidak boleh menggunakan baki pendapatan untuk membayar naik taraf keahlian. Adakah kerana baki itu bukan wang sebenar dan Midjobs hanya mahu anda membayar wang sebenar kepada mereka?
Saya akan mengatakannya sekali lagi untuk memastikannya ia jelas kepada anda - anda perlu membuat pembayaran kepada Midjobs sebelum mendapat bayaran daripada mereka.

3. Midjobs Kelihatan seperti Skim Ponzi

Model perniagaan ini memberi saya petunjuk bahawa Midjobs bukan sahaja merupakan piramid tetapi juga skim Ponzi. Ringkasnya, ini bermaksud bahawa wang yang dibayar oleh ahli baru digunakan untuk pembayaran kepada peserta awal. 

Dengan cara ini pemilik dapat mengekalkan skim ini untuk sementara waktu tanpa ada ahli yang bising bahawa mereka tidak mendapat bayaran wang yang dijanjikan. 

Memperolehi pembayaran pertama meyakinkan anggota pertama bahawa ini adalah perniagaan yang sah, jadi mereka ingin menaik taraf pelan dan membawa lebih banyak orang untuk masuk menjadi refferal mereka.

Oleh itu, akan lebih banyak wang mengalir ke dalam sistem dan ia terus bertambah, sehingga suatu hari pemiliknya hilang dengan semua wang, seperti yang berlaku dengan Workmines sekitar setahun yang lalu.

4. Terma dan Syarat MidJobs

a. Tiada Polisi Pengembalian Wang
Bahagian XXII dalam Syarat Perkhidmatan menyatakan dengan jelas bahawa TIADA polisi pengembalian dana. Dengan membuat pembelian, anda mengesahkan bahawa anda memahami dan menerima polisi ini.

Anda mendapat petunjuk, bukan?

Tidak akan ada gunanya untuk komplen atau bising meminta dana anda semula - syarikat telah mengelak daripada pengembalian semula dengan polisi ini.

b. Pembatalan Keahlian

Menurut bahagian IX FAQ, Midjobs berhak untuk membatalkan keahlian anda "dengan alasan apa pun", mengikut budi bicara mereka sendiri.

Bayangkan keadaannya: anda telah membayar keahlian, menonton video berjam-jam, telah mengumpulkan baki material dalam akaun Midjobs anda, meminta pembayaran dan...

.. tiba-tiba akaun anda ditutup dan pembayaran tidak pernah tiba.

pasti sangat menyedihkan!

c. Pemilik MidJobs Rahsia dan Tidak Diketahui

Tidak ada nama di laman web Midjobs. Pemiliknya jelas tidak mahu didedahkan. Tidak ada juga nombor telefon. Laman web yang sah dengan senang hati akan menceritakan kisah mereka, berkongsi nama dan pengalaman orang-orang penting dalam syarikat itu.

Saya juga mencuba mencari di Linkedin, tetapi tidak ada yang muncul. Adalah mencurigakan bahawa tidak ada pekerja syarikat yang berdaftar di Linkedin. Nama Midjobs sama sekali tidak ada di Linkedin. Bagaimana mungkin untuk syarikat yang wujud sejak 2015?

Tidak ada artikel perniagaan yang muncul di carian Google untuk nama syarikat juga.Alamat pejabat yang diberikan di Midjobs.com adalah 12, Majorja Lavriča ulica. 1000 Ljubljana, Slovenia.

Di peta Google, kelihatan seperti bangunan kecil di zon perindustrian. Terdapat spa pergigian dan salon kecantikan, penyewaan kereta, syarikat tekstil, dan perniagaan lain di alamat ini. Tidak ada yang menyerupai syarikat dalam talian yang besar.

Pautan Facebook dan twitter dalam laman web mereka juga kosong dan tidak berfungsi. 

Saya ragu-ragu bahawa syarikat ini benar-benar wujud. Domain midjobs.com sememangnya dibuat pada tahun 2015, tetapi dapat dibeli dan dijual semula  kepada penipu dan digunakan untuk skema ini. 

d. Tiada Maklumat Pengiklan

Siapa pengiklan utama mereka? Tidak ada cerita dari klien yang menunjukkan peningkatan yang mereka dapat dengan menggunakan perkhidmatan Midjobs.

Semasa saya masuk ke akaun saya, semua video yang saya ada untuk menonton adalah treler filem lama (seperti 2011-2014) di YouTube. Mereka tersedia dan percuma untuk tontonan orang ramai. Siapa yang akan membayar untuk menontonnya?

Saya ragu-ragu ada pengiklan yang membayar Midjobs untuk sebarang perkhidmatan pengiklanan seperti yang mereka dakwa.

e. Tiada Testimoni 

Tidak ada testimoni daripada ahli. Baiklah, walaupun penipu membuat usaha untuk menyiarkannya, mereka mungkin palsu. kita boleh melihat ada beberapa usaha mereka untuk menyiarkan testimoni di laman Trustpilot. Kita dapat melihat aktiviti testimoni Midjobs hanya bermula pada awal bulan februari di trustpilot dengan review-review yang meragukan. Katanya sudah bermula tahun 2015, tetapi hanya testimoni yang dikatakan itu baru bermula bulan Februari?

Malah Midjobs yang dikatakan menerima review berkenaan tidak dituntut atau tiada penama individu mahupun syarikat yang claim bahawa Midjobs adalah milik mereka. 

saya juga menjumpai beberapa artikel yang kononnya menyatakan Midjobs adalah betul tetapi saya melihat ia hanya sekadar penulisan dan tiada bukti pembayaran. Malah blog yang dibuat turut meragukan dengan hanya satu penulisan dan baru diterbitkan pada awal bulan May.

Sekiranya anda melihat di bahagian Bukti pembayaran di menu paling bawah laman web, anda akan melihat senarai pembayaran (andaikan ianya betul) kebanyakannya ke Filipina, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia dengan satu rekod negara lain di sini dan di sana. 

f. Pilihan Pembayaran tidak Memudahkan

Tidak ada pilihan pembayaran yang popular seperti PayPal, Kad Hadiah Amazon, Cek atau Deposit Langsung. Anda harus membuka akaun dengan salah satu penyedia lain untuk meminta pembayaran.

Adakah ini bermaksud bahawa pemproses pembayaran terbaik atau penyedia kad hadiah tidak mahu untuk bekerjasama dengan Midjobs?

g.Maklumat Perhubungan Tidak Mencukupi

Sokongan pelanggan boleh dihubungi melalui e-mel sahaja. Katakan anda telah menghantar beberapa e-mel tetapi permintaan sokongan anda tidak diendahkan.

Bagaimana anda akan mengadu? Tidak ada nombor telefon, tidak ada alamat pejabat.

Adakah anda akan terbang ke Slovenia untuk mendapatkan wang anda?


Pendapat Akhir-Adakah MidJobs adalah Palsu dan Scam?

Pada pendapat saya, Midjobs mempunyai tanda-tanda yang terlalu banyak sebagai skim piramid berbanding sebagai syarikat sebenar dengan potensi pendapatan serius bagi ahlinya. Sekurang-kurangnya, terdapat persamaan dengan Workmines yang amat membimbangkan.

Semasa saya menyemak syarikat, saya biasanya lebih suka mencuba perkhidmatannya untuk mendapatkan maklumat secara langsung. Dalam kes ini, saya tidak selesa menghabiskan wang saya untuk naik taraf akaun dan saya tidak akan mengesyorkan laman web ini kepada sesiapa pun.

Terutama sekali, saya tidak mengesyorkan menjadi wakil negara, kerana anda boleh dianggap bertanggungjawab atas penipuan semasa laman web ini ditutup dan ahli akan mencari cara untuk mendapatkan semula wang mereka, dan tentunya mereka akan mencari anda.

Sekarang terserah kepada anda jika anda masih mahu mencubanya. 

Saya sangat faham mengapa anda juga seperti saya turut mencari kaedah mudah untuk menjana pendapatan tambahan dalam talian. Semua orang ingin mendapatkan wang dari rumah. Namun anda perlu berhati-hati dalam membuat pilihan kerja secara dalam talian ini. 

Update Terkini Midjobs. 

Pemeriksaan pada laman web Midjobs hari ini adalah laman web berkenaan sudah tidak dapat diakses. Malah media social midjobs juga tidak dapat diakses. Ramai yang telah membuat pembelian atau upgrade keahlian dan pada akhirnya kerugian. Lihat respon para pengguna yang telah tertipu. TrustPilot Midjobs


Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Trustpilot