Mengapa Status BSH fasa 3 2020 Masih Dalam Proses? Ini Jawapan LHDN

02/08/2020

Bantuan Sara Hidup adalah satu inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat dan merancakkan peningkatan ekonomi domestik negara dengan memberikan kuasa beli kepada rakyat.

Fakta menarik : Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah berbeza dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

tahun 2020 adalah tahun yang mencabar kerana dunia menghadapi pandemik Covid-19 yang telah bermula pada awal tahun. Wabak Covifd-19 telah menjejaskan ekonomi negara secara global. Aktiviti ekonomi terpaksa dihentikan bagi menghalang penularan Virus Covid-19. 

Negara Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020. Kini ia telah memperlihatkan hasil yang positif. Negara Malaysia adalah antara 5 negara terbaik dalam menangani wabak ini. Kini, Malaysia sudah memasuki fasa PKP pemulihan dimana aktiviti ekonomi telah mula beroperasi semula dengan SOP yang ketat.

Bantuan Sara Hidup Fasa 3 tahun 2020

Kerajaan komited untuk menjaga kebajikan dan kesusahan rakyat. Majoriti rakyat telah terkesan disebabkan wabak ini. Ramai yang telah kehilangan punca pendapatan dan pekerjaan. 

BSH 2020 dibahagikan kepada 3 fasa dalam tempoh setahun. Bantuan Sara Hidup fasa 1 dan fasa 2 bagi tahun 2020 telah diagihkan kepada penerima yang layak. 

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran BSH fasa 3 akan dibuat bermula pada 24 Julai 2020. Bayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima dan baucer akan diberikan kepada penerima yang tidak mempunyai atau tidak mendaftarkan akaun bank. Baucer berkenaan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional. Rujukan : Berita Harian, Harian Metro.

Anda juga boleh membaca siaran Media LHDN untuk rujukan lanjut.


Baca juga : Terkini: Tarikh Bayar dan Jumlah  Sebenar Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa 3 2020-Ada Tambahan RM100?

Namun sehingga ke hari ini, menurut tinjauan admin, masih ramai yang belum menerima bantuan berkenaan. Penerima BSH fasa 1 dan 2 juga masih mendapat status permohonan masih dalam proses. Proses pembayaran BSH fasa 1 dan 2 tiada masalah dan berjalan dengan lancar, namun fasa 3 ini kelihatan terdapat sedikit kelewatan.

Jawapan LHDN Berkenaan Bayaran BSH 3 Fasa 3

Berdasarkan kepada respon pihak LHDN melalui laman facebook rasmi mereka, Ini jawaban yang telah diterima.

Salam Sejahtera,

Untuk makluman puan, kelulusan BSH 2020 adalah secara berperingkat. Puan dinasihatkan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa. Semakan Status Permohonan atau MyBSH (perlu ID Pengguna dan Kata Laluan) atau di portal rasmi BSH di pautan berikut : https://bsh.hasil.gov.my > semakan satus permohonan.

Terima kasih 


Antara dapatan lain tinjauan kami adalah, terdapat beberapa penerima yang mendapat jumlah bayaran yang berbeza seperti dalam jadual pembayaran.

Ini jawapan dan respon pihak LHDN berkaitan dengan jumlah bayaran BSH yang diterima tidak sama seperti dalam jadual pembayaran.

Untuk makluman tuan/puan, kelulusan jumlah bantuan adalah berdasarkan semakan silang dengan agensi-agensi yang di tetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Terima kasih.

LHDN menyatakan bahawa mereka telah melaksanakan pemeriksaan silang dengan agensi kerajaan yang lain dan memberikan jumlah kelulusan berdasarkan semakan berkenaan.

Admin juga mendapat makluman tidak rasmi bahawa keputusan permohonan BSH fasa 3 akan diketahui pada 3 Ogos 2020. so kita sama-sama nantikan pengumuman daripada agensi berkaitan dengan persoalan-persoalan yang timbul berkaitan dengan pembayaran BSH 2020 fasa 3 ini.

sementara itu, jika pembaca ingin maklumat lanjut dan kepastian, anda boleh menghubungi terus pihak LHDN di talian 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang). atau pihak MOF di talian 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi - 5.00 petang). Anda juga boleh menghantar email ke alamat email : bsh@treasury.gov.my

Diharapkan akan ada jawapan yang lebih lanjut berkaitan dengan pembayaran BSH fasa 3 tahun 2020 oleh pihak kerajaan pada masa terdekat ini. Rakyat tertanya-tanya dan terdesak untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Niat untuk menggunakan bantuan berkenaan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha bagi sesetengah orang tidak tercapai dan agak mengecewakan. Yang pasti pihak kerajaan pasti telah berusaha sebaik mungkin agar bantuan ini dapat diberikan kepada penerima yang benar-benar layak dan memerlukan.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot