Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Anda Perlu Tahu : Mengapa Permohonan BPN saya Tidak Lulus dan tidak layak? Ini Jawapan LHDN

Pada 9 Mei 2020 lalu, keputusan Semakan bagi Permohonan baru dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional telah dibuka. Para pemohon boleh membuat semakan keputusan di Website BPN. Anda salah satu daripada pemohon berkenaan?
Namun begitu, ramai pemohon yang kecewa kerana keputusan semakan permohonan mereka adalah "TIDAK LULUS". Pasti sangat mengecewakan apabila mendapat keputusan seperti itu. Ramai pemohon kurang puas hati dan mempersoalkan keputusan LHDN berkenaan. Adakah anda masih tertanya-tanya dan kurang pasti mengapa permohonan BPN anda TIDAK LAYAK/TIDAK LULUS? kami senaraikan jawapan di sini untuk anda.
Di sini terdapat beberapa alasan oleh LHDN mengapa permohonan anda boleh gagal dan tidak lulus.
Jawapan kepada Persoalan Mengapa BPN saya Tidak lulus.
- Pasangan telah memohon sebagai IBT/ Bujang (AB VS B) - Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon sebagai Ibu Bapa tunggal / bujang dan telah diluluskan.
- Kahwin Dengan Maklumat Yang Sama (AB) vs (BA) - Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon BPN sebagai status kahwin dan meletakkan pemohon sebagai pasangan.
- Kahwin Dengan Maklumat Yang Berbeza (AB) vs (BC) - Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN telah memohon BPN sebagai status kahwin dengan mengemukakan maklumat pasangan yang lain.
- Kahwin Dengan Maklumat Pasangan Yang Sama (AB) vs (CB) - Semakan mendapati pasangan yang dikemukakan semasa permohonan baharu atau rayuan BPN wujud sebagai pasangan di permohonan lain.
- Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap - Status yang dikemukakan semasa mengisi permohonan BPN adalah status kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.
- Pasangan meninggal dunia - Maklumat pasangan yang dikemukakan telah meninggal dunia berdasarkan semakan semula dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon - Semakan mendapati pemohon tidak melepasi syarat kelayakan umur untuk memohon BPN. Syarat kelayakan memohon BPN adalah berumur 21 tahun dan ke atas bagi bujang, manakala bagi Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda adalah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM8,000 - Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai pendapatan melebihi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu pendapatan melebihi RM8,000 dan ke atas berdasarkan data daripada: i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), ii. Jabatan Akauntan Negara (termasuk Polis Diraja Malaysia), iii. Bendahari Negeri Seluruh Malaysia, iv. Angkatan Tentera Malaysia (ATM), v. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), vi. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan vii.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) .
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM4,000 - Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai pendapatan melebihi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu pendapatan melebihi RM4000 dan ke atas berdasarkan data daripada: i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), ii. Jabatan Akauntan Negara (termasuk Polis Diraja Malaysia), iii. Bendahari Negeri Seluruh Malaysia, iv. Angkatan Tentera Malaysia (ATM), v. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), vi. Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan vii.Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar - Semakan dengan data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapati pemohon merupakan pelajar dan tidak 3 menepati syarat kelayakan memohon.
- Maklumat Pengenalan Pemohon Berbeza Dengan Semakan Data Agensi - Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati pemohon telah memohon dengan menggunakan maklumat pengenalan yang tidak tepat.
- Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi - Semakan dengan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat. Semakan dibuat berdasarkan data terkini yang dikemukakan oleh agensi iaitu aktif sehingga 31 Disember 2019. Pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.
APA TINDAKAN YANG SAYA BOLEH LAKUKAN? BAGAIMANA KEMUKAKAN RAYUAN BPN
Apakah sebab atau alasan BPN anda "tidak layak"?. Jangan bimbang, jika anda bukan dalam situasi seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh membuat rayuan semula. Kelulusan BPN adalah berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data agensi kerajaan. Jadi kemungkinan maklumat anda pada agensi yang berkaitan tidak dikemaskini.
Oleh yang demikian, Sekiranya ada kekhilafan, pemohon boleh datang ke cawangan LHDNM atau mengemukakan soalan melalui e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my mulai 11 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020 untuk pencerahan.
Sebelum anda datang ke kaunter LHDN untuk Rayuan, Anda perlu mengisi borang Rayuan/Pengakuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Anda juga dikehendaki untuk membawa dokumen sokongan sebagai pembuktian. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan? Antaranya adalah Penyata Pendapatan, bukti kehilangan kerja dan sebagainya. Anda boleh rujuk di sini : dokumen sokongan untuk Rayuan BPN.
Anda boleh membuat rujukan lanjut di sini : FAQ Rayuan BPN
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.

Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.
Pada awal pagi ini, admin melihat video rusuhan di Indonesia yang berlaku hari kelmarin. Demonstrasi ini dilihat agak besar dengan kehadiran ramai pendemo walaupun Indonesia pada masa kini turut berhadapan dengan wabak COVID-19.
Pada hari ini, Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kawalan pergerakan di seluruh Negeri di Sabah. Berikut merupakan kandungan kenyataan Media tersebut.
Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.
Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star
Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?