MAS akan kekalkan Penerbangan terhad ke Sabah dan Sarawak dalam Tempoh PKP- Jadual dan Harga tiket

16/04/2020

Berita baik! Malaysia Airlines Berhad pada hari ini telah menyatakan bahawa syarikatnya akan meneruskan penerbangan terhad daripada Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu, minggu ini dengan kekerapan seminggu sekali.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata Malaysia Airlines akan memastikan penerbangan itu dihubungkan oleh MASWings bagi laluan Miri-Bintulu, Kuhcing-Sibu-Kuching dan Sibu-Bintulu.

Perkhidmatan kargo Malaysia Airlines, khususnya membawa makanan dan keperluan perubatan ke Sarawak tidak pernah dihentikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Jika terdapat peningkatan permintaan, kemungkinan besar jumlah penerbangan ke Kuching, Miri atau Kota Kinabalu, akan ditambah mulai minggu depan.

Malaysia Airlines sebelum ini telah memberhentikan penerbangan ke Sabah dan Sarawak kerana menghadapi kerugian yang akan memberi implikasi lebih buruk jika diteruskan. 

AirAsia Group Berhad dalam kenyataan sebelum ini, memaklumkan memberhentikan sementara operasi bagi penerbangan antarabangsa dan domestik, mulai 28 Mac lalu hingga 28 April ini. 

Kebenaran penerbangan MAS ini telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen sebab ia dibenarkan beroperasi. Pada 15 April 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa MAS mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.  Sebab utama mengapa ia dibenarkan adalah agar orang sabah dan sarawak yang masih dikuarantin di semenanjung boleh dibawa pulang ke negeri masing-masing selepas tempoh kuarantin 14 hari tamat. (Sumber petikan dari Sinar Harian-15 April 2020)


Berikut kami sediakan jadual penerbangan MAS dari Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu, Kuching dan Miri untuk rujukan anda. Penerbangan hanya sekali dalam seminggu dan hanya pada setiap hari Khamis untuk KL-Kota kinabalu dan KL - Miri, hari Jumaat untuk penerbangan KL-Kuching.

Bagaimana dengan harganya? 


Maklumat lanjut boleh ke laman web Malaysia Airlines Berhad 


ARTIKEL LAIN


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO LAIN? GUNAKAN RUANGAN SEARCH! ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA

Trustpilot