LOKASI BERSEJARAH BORNEO : TINGGALAN KOLONIAL BRITISH SEKITAR KOTA KINABALU

29/09/2017

Borneo Sabah mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan menarik untuk dilihat dan dilawati. di Bandaraya Kota kinabalu sendiri, terdapat beberapa tempat bersejarah yang anda harus lawati untuk melengkapkan lawatan anda ke Sabah. Kota kinabalu yang menjadi pintu masuk utama ke Sabah memudahkan anda datang ke tempat bersejarah sekitar Sabah. Semua ini anda boleh lawati melalui program Tour Kota Kinabalu Heritage Walk.

KK heritage Walk menawarkan perkhidmatan tour untuk membawa ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar pusat bandar kota kinabalu. perjalanan secara berjalan kaki akan memberikan anda kepuasan dan perasaan yang unik sambil menikmati keindahan persekitaran. tempat pertama yang akan anda lawati adalah ;

1. Padang Merdeka.

PADANG MERDEKA KOTA KINABALU (google image)
PADANG MERDEKA KOTA KINABALU (google image)

Padang Merdeka Merupakan lokasi yang digunakan semasa pengisytiharaan Kermerdekaan  Sabah pada 31 Ogos 1963 sebelum menyertai gabungan Persekutuan Malaysia pada 16 September 2017. padang merdeka ini telah menjadi lokasi rekreasi semenjak tahun 1900

2. Atkinson Clock Tower

ATKINSON CLOCK TOWER  (WIKIPEDIA)
ATKINSON CLOCK TOWER (WIKIPEDIA)
ATKINSON CLOCK TOWER  (ILOVESABAH)
ATKINSON CLOCK TOWER (ILOVESABAH)

Atkinson Clock Tower merupakan satu struktur bangunan Praperang dunia II yang masih wujud sehingga kini. Menara jam ini dibina bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson, pegawai daerah pertama Jesselton yang meninggal dunia kerana penyakit malaria atau "Demam Borneo" ketika berusia 28 tahun pada Disember 1902. Ibunya, Puan Mary Edith Atkinson memperkenalkan jam bermuka dua di bandar Jesselton sebagai satu penghormatan sebagai ingatan terhadap anaknya. Struktur ini akhirnya berjaya disiapkan pada 20 April 1905.

3. Tugu Peringatan Malaysia

TUGU PERINGATAN MALAYSIA (google image)
TUGU PERINGATAN MALAYSIA (google image)

Tugu Peringatan Malaysia telah didirikan oleh Chinese Chamber of Commerce bagi memperingati sabah menyertai gabungan Malaysia pada 16 September 2017.

4. NORTH BORNEO WAR MEMORIAL

NORTH BORNEO WAR MEMORIAL (borneotip)
NORTH BORNEO WAR MEMORIAL (borneotip)

Tugu Peringatan Perang North Borneo diperkenalkan pada tahun 1923 sebagai peringatan kepada 13 orang askar yang telah kehilangan nyawa ketika mereka berjuang untuk Empayar British semasa perang dunia pertama. Ia juga bagi mengenang Pasukan Pembebasan Australia dan Pasukan Tentera Malaysia semasa Perang Dunia Kedua dan Konfrontasi Indonesia.

5. CITY HALL BUILDING

Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dinaik taraf kepada status bandar pada 02 Februari, 2000. Lembaga Sanitari Jesselton yang asal telah ditubuhkan pada tahun 1902. 

6. GAYA STREET

Nama asal Gaya Street adalah "Bond Street" yang mana adalah terletak di tengah-tengah kawasan pusat Perniagaan utama di Kota Kinabalu yang telah beroperasi lebih daripada 100 tahun. kedai kayu dengan atap nipah sudah tiada tetapi terdapat juga perniagaan warisan generasi dari awal yang masih beroperasi sehingga kini.

 Pada setiap hari Ahad, Lorong-lorong di gaya street ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada Tamu. terdapat pelbagai gerai yang menjual pelbagai barangan antik, kebudayaan malah haiwan peliharaan yang merupakan destinasi terbaik keluarga pada hujung minggu.