LikeShare Malaysia Review : Adakah Benar atau Hanya Scam? Sudah Terkubur

22/11/2020

Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami sarankan anda meneruskan pembacaan anda. Bukan anda sahaja yang rasa ragu-ragu dengan platform ini. Anda bijak kerana anda mencari maklumat dan info berkaitan likeshare ini sebelum anda menyertai platform ini.

Ok, cukup dengan pengenalan, kita ringkaskan sahaja artikel ini kerana sebelum ini kami dah cover cerita tentang isharefans, yang mana modus operandi mereka adalah sama dan sebijik dengan likeshare. Nak baca sini : Adakah iShareFans Legit atau Scam? Hanya Like dan share boleh dapat duit

Apakah LikeShare

Jika anda telah membaca artikel di atas tersebut, konsep perniagaan likeshare adalah sama dengan isharefans iatu, mereka menjadi orang tengah antara influencer, pemilik akaun media sosial TikTok, instagram, youtube dan Facebook dengan ahli likeshare. Sebagai insentif, likeshare akan memberikan ganjaran RM1-RM3 bagi setiap task (like, view, share, follow,).

Adakah konsep perniagaan atau perkhidmatan ini adalah salah? Perkhidmatan ini adalah tidak salah, kerana terdapat juga perkhidmatan boost follower dan subscriber yang lain. Anda boleh lihat perkhidmatan lain seperti follower.com.my, Mr. Insta dan banyak lagilah, kat shopee pun ada juga.

Jadi apa yang tidak betul dengan platform ini? Teruskan pembacaan anda untuk mendapatkan jawapan.

Siapa Pemilik Likeshare Malaysia

Likeshare Malaysia dimiliki oleh Syarikat yang berpengkalan di Ibu Kota Kuala Lumpur, Revorits It Solution Sdn Bhd. Syarikat ini didaftarkan pada 27 Julai 2020 dan tarikh perbadanan (incorporation date) adalah pada 27 Oktober 2020. syarikat ini beralamat di BO3-A-13-01, MENARA 3A, 3, JALAN BANGSAR KL ECO CITY, 59200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA. Pada masa kini, berdasarkan kepada makluman dalam laman facebook rasmi, revorits, pejabat mereka ditutup disebabkan PKPB. 

Syarikat ini dimiliki oleh seorang penama warganegara Malaysia, yang berasal dari Muar Johor dan ditubuhkan dengan hanya modal capital RM 1,000 sahaja. Kami menghormati data peribadi pengarah, oleh yang demikian kami tidak akan mendedahkannya, anda boleh membuat carian di google. Sudah ada yang dedahkan siapa penama pengarah syarikat tersebut.

Laman Rasmi Revorits It Solution Sdn Bhd adalah di laman web https://revorits2u.com/. Laman web mereka juga baru diwujudkan pada 20 Ogos 2020. 

Namun kini SSL certificate mereka pula sudah expired. Anda mungkin akan mendapat amaran keselamatan sebelum ke laman web mereka. Tech Admin dorang ni tak buat kerja ke ni? atau nak save cost? jangan jejaskan kepercayaan client anda yang kini semakin menipis? Eh, napa cakap macam tu? Jawapan kat bawah, rajin skrol ye....

Laman Facebook mereka adalah Revorits It Solution Sdn Bhd.

Update Terkini : 

Laman Facebook Rasmi Revorits It Solution Sdn Bhd kini sudah ditutup. 

Pejabat Sudah Tutup

Laporan Polis terhadap LikeShare telah dibuat oleh mangsa

Video Rasmi@Promo Revorits telah dipadam dari laman Youtube.

latar Belakang Platform LikeShare Malaysia

Likeshare Malaysia ini menggunakan dua laman web atau platform bagi membolehkan ahli mereka melaksanakan task mereka iatu di income456.com dan income567.com. Income456.com diwujudkan pada 4 Ogos 2020 manakala income567.com pada 26 Ogos 2020.

Platform ini adalah masih baru dan berusia lebih kurang 2 bulan namun kerana strategi marketing dan tawaran ganjaran besar dengan tugas yang mudah menyebabkan ia menjadi kegilaan muda-mudi sekarang.

Bagaimana Syarikat Revorits Menjana keuntungan daripada Platform LikeShare

Sebuah syarikat ditubuhkan untuk menjana keuntungan bagi pihak berkepentingan atau pemilik share dalam syarikat, betul? kecuali syarikat alat cuci duit la. 

So berdasarkan kepada konsep perniagaan mereka, pendapatan syarikat adalah daripada pembayaran para influencer atau youtuber yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menaikkan follower, subs dan view. berdasarkan kepada upah yang diberikan kepada para ahli iatu RM1-RM3 bagi setiap task atau like, secara logiknya, syarikat revorits ini akan charges influencer lebih daripada harga upah tersebut jika mahu dapatkan keuntungan bukan? Contohnya jika saya mahu naikkan follower saya sebanyak 10,000 orang, saya perlu bayar RM10,000 atau lebih kepada revorits. betulkan? Namun saya tidak dapat melihat senarai harga perkhidmatan boost follower dan subs di laman web mereka ataupun testimoni mana-mana influencer yang sudah menggunakan perkhidmatan mereka. 

Perkara Penting@Meragukan tentang Likeshare Malaysia

Oklah, kita direct terus la kan. kami ringkaskan seboleh mungkin, mengapa kami tidak sarankan anda menyertai platform atau skim ini. Nak panjang lebar boleh rujuk di sini sebab lebih kurang jak sama : Adakah iShareFans Legit atau Scam? Hanya Like dan share boleh dapat duit

1. Operasi Sama seperti Midjobs dan Likeshare Indonesia

Rujuk sini untuk Midjobs : Adakah Midjobs Sahih atau Scam? Hanya Tonton Video Untuk Dapatkan Bayaran?

Rujuk sini Pula untuk Likeshare Indonesia yang kini sudah Tutup Juga : Persamaan Likeshare Indonesia (Kini Tutup) dan Likeshare Malaysia yang anda perlu tahu

Jadi adalah tidak mustahil jika LikeShare Malaysia ini boleh tutup. Berdasarkan kepada makluman Revorits di Laman Facebook, Withdrawal adalah Seminggu sekali sahaja. 

Malah pada ketika ini, ramai ahli yang mengeluh dan merungut kerana proses withdrawal semakin lambat, ada yang mohon withdrawal dari last week, namun sehingga kini duit belum masuk ke dalam akaun bank walaupun dalam platfom sudah berstatus paid.  Anda bacalah sendiri komen user kan laman facebook revorits tu. Dengan masalah withdrawal, mereka masih lagi promo pembelian upgrade pakej. Jika masalah withdrawal pun problem, anda masih nak Join atau Upgrade? Fikir dengan bijak.

2. LikeShare Seperti Skim Ponzi

Anda tahu apa itu skim ponzi? skim ponzi dah lama berlaku masa zaman datuk ayah kita lagi, cuma ia beroperasi dengan medium yang berbeza. Semua Skim ponzi ini mempunyai pengakhiran yang sama ia akan tutup dan meninggalkan ramai ahli yang kerugian. Dulu-dulu lagi hebat, kerugian wang ringgit lagi besar.

Apakah ciri-ciri skim ponzi yang ada pada LikeShare? Ia terdapat pada penjualan pakej yang ditawarkan. Ini adalah pendapatan utama syarikat ini, kerana, saya tidak pendapatan daripada perkhidmatan mereka iatu boost follower dan subs adalah tidak meyakinkan. Malah kebarangkalian untuk orang menggunakan services seperti ini adalah rendah kerana facebook dan youtube tidak membenarkan malah akan ban account youtube yang menggunakan perkhidmatan seperti ini. Ditambah lagi dengan harga yang tidak masuk akal.

Peserta awal pasti akan dibayar terlebih dahulu, di mana sumber syarikat akan membayar peserta pula? daripada peserta lapisan kedua dan seterusnya yang membeli pakej. 

Alirannya boleh diringkaskan seperti ini.

1. Peserta awal- Akan dibayar oleh modal syarikat

2. Peserta awal akan mewar-warkan kepada dunia pakej ini kerana tertarik dengan komisen downline dan telah mendapat bayaran.

3. Peserta lapisan kedua akan tertarik dengan promosi rakan-rakan peserta awal dan join.

4. Peserta Lapisan Kedua akan dibayar oleh dana yang masuk (pembelian pakej oleh peserta lapisan ketiga)

5. dan kitaran ini akan berterusan sehinggalah tiada lagi peserta yang membeli pakej. Tiada pembelian pakej, maka tiada modal untuk pembayaran peserta awal. 

Sekarang mereka giat mempromosikan upgrade pakej walau dengan masalah withdrawal. Ada sesuatu yang busuk di sebalik batu itu.

Ahli LikeShare akan dibayar RM 1 hingga RM2.50 untuk satu tugasan mengikut pakej yang dilanggan. Namun terdapat had tugasan yang diberikan mengikut pakej tersebut iatu 1 task sehari (Pakej free) hingga 160 kali untuk sehari. Mereka menjanjikan bahawa duit modal (pembelian pakej) akan kembali semula hanya dalam masa sebulan dan menjana keuntungan. Selain itu, mereka juga menawarkan komisen refferal (downline anda) mengikut level (mengikut jumlah downline) anda.

Anda perlu screenshot bukti task anda telah selesai dan upload@hantar dalam apps berkenaan. Task anda akan disemak dan pembayaran akan dikreditkan ke akaun isharefans anda jika berjaya.

3. LikeShare Seperti Skim Piramid

Apa pula Skim piramid ni? Menurut KPDNHEP pula, Ciri-ciri Skim Piramid adalah seperti yang berikut. Dimana pula LikeShare ini kelihatan seperti skim piramid? rujuk Clue

  • Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata atau terutamanya perekrutan atau pengenalan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta. <<<< Clue 1
  • Bonus dibayar kepada peserta atau mana-mana faedah lain diterima oleh peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta atau orang lain.<<< Clue 2
  • Suatu kontrak bertulis atau pernyataan yang memperihalkan terma material perjanjian tidak disediakan kepada peserta yang menyertai skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.<<< Clue 3
  • Pembelian barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan bagi penyertaan atau pembayaran bonus atau faedah lain dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. <<< Clue 4
  • Peserta dikehendaki untuk membeli barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah. Peserta tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi mereka didesak untuk membeli pakej barang-barang terpilih untuk memenuhi kehendak jualan untuk melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid. <<<Clue 5
  • Dasar bayar balik bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.<< Clue 6
  • Dasar beli balik oleh pengendali skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang boleh dipasarkan pada masa ini atas permintaan peserta dalam terma atau perjanjian yang munasabah tidak dibenarkan atau disediakan. <<< Clue 7
  • Kehendak struktur skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid yang ketat atau tidak munasabah bagi kelayakan peserta untuk dibayar bonus atau faedah lain.<<< Clue 8
  • Pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid tidak dibenarkan. <<<< Clue 9
  • Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pengendalian atau proses berantai piramid. <<< Clue 10

Semua ciri-ciri tersebut ada pada LikeShare ini, tapau habis. Kebanyakkan syarikat MLM yang tidak sah ini akan cuba berselindung di sebalik sijil pendaftaran syarikat iatu SSM. Kebiasaannya mereka akan menyatakan syarikat ini ada sijil SSM pada awal taklimat mereka.

Anda jangan tertipu dengan mudah. Sijil SSM bukanlah kebenaran untuk menjalankan perniagaan jenis MLM. Sijil SSM hanyalah sijil pendaftaran syarikat yang menyatakan bahawa syarikat itu dibenarkan untuk berniaga, tetapi untuk pelan perniagaan MLM, syarikat berkenaan perlu mendapatkan lesen AJL daripada pihak KPDNHEP. Contoh Nombor lesen AJL adalah AJL93001 (AVON COSMETIC (M) SDN. BHD.)

Dalam Akta Jualan Langsung 1993 menyatakan "Tertakluk kepada seksyen 14 dan 42, tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung melainkan jika ia suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan memegang lesen yang sah yang diberikan di bawah seksyen 6".

PENTING!!!!!

Red Alert Tambahan bolehlah Rujuk di sini ya. Likeshare, Isharefans dan EZjob999: Ciri dan Persamaan Meragukan Yang Anda Perlu Tahu. Modus operandi mereka ini hampir sama sahaja semua, jadi nak tulis ulang-ulang di sini nanti google cakap kita plagiat. So jangan tak baca ya sebagai panduan anda untuk buat keputusan. 

Adakah Platform Likeshare ini Scam? konsep undang-undang di negara kita adalah "tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah". jadi adalah sukar untuk menjatuhkan hukum sebelum tiada laporan atau terdapat kes pengguna@ahli tidak kerugian dan kehilangan wang pelaburan. Kita boleh melihat kepada scam-scam yang berlaku sebelum ini seperti monspace, midjobs, likeshareindonesia dan banyak lagilah.

Ini hanyalah saranan dan pandangan kami, terserah kepada anda untuk membuat keputusan. Ciri-ciri awal yang kami senaraikan anda boleh jadikan panduan untuk anda membuat tindakan. Kami percaya dengan pendidikan dan penyebaran maklumat bagaimana dan ciri sesuatu skim ponzi/piamid, masyarakat khususnya golongan muda dapat menghindar dari skim seumpama ini pada masa akan datang.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak Covid-19 seperti kehilangan pendapatan atau terjejas sebahagian pendapatan. Kerajaan Malaysia prihatin dengan kesusahan rakyat. Sebelum ini, terdapat cadangan agar duit caruman Akaun 1 KWSP boleh dikeluarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Nepal sebut sahaja sudah terbayang kawasan pergunungan dan tempat dimana everest terletak. Siapa tak kenal gunung yg terkenal dalam kalangan pendaki dan bukan pendaki juga mengenali gunung itu. Justeru itu, ia terus menaikkan industri mendaki di nepal. Nepal merupakan pintu masuk ke kawasan pergunungan Himalaya. Dan Nepal juga tempat dimana 8...

Akhir-akhir ini, banyak aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hany like,share, follow, view akaun media sosial. antaranya adalah LikeShare, Isharefans, Ezjob99 dan WeMediaa.

Anda pernah melihat iklan atau post orang di media sosial, whatsapp yang mengajak anda untuk menjana pendapatan secara mudah dalam talian? Likeshare? Jika anda pernah dan ingin mencari maklumat tentang likeshare Malaysia, mungkin artikel ini akan membantu anda untuk pemahaman anda? Jika anda mempunyai rasa was-was tentang likeshare ini, kami...