Likeshare, Isharefans dan EZjob999: Ciri dan Persamaan Meragukan Yang Anda Perlu Tahu

08/11/2020

Baru-baru ini, kita dapat melihat kemunculan pelbagai aplikasi atau platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan hanya melakukan task secara dalam talian. Kemajuan teknologi dan peningkatan individu yang celik IT menyebabkan ia menjadi trending dan tular. Ia kelihatan menyasarkan golongan muda yang berumur antara 16 hingga 35 tahun atau yang kini dipanggil sebagai generasi Y dan Generasi Z.

Ciri-ciri generasi Y

  • Mereka yang lahir pada tahun 1980 - 1999
  • Generasi inilah yang sedang mempolopori negara kita dan mungkin seluruh dunia setakat ini
  • Generasi ini bergantung dan terpengaruh sepenuhnya kepada internet terutama sosial media dan bergantung sedikit kepada media mainstream.
  • Generasi ini juga lebih banyak membaca media online, film online, Whatsapp, Instagram dan Twitter

Ciri-ciri generasi Z pula adalah

  • Mereka yang lahir pada tahun 1995 - 2014
  • Tapi ada juga berpendapat generasi Z adalah mereka yang lahir pada 2004-2014
  • Inilah generasi yang bergantung sepenuhnya kepada internet dan percaya apa sahaja yang dilihat di internet

Kesempatan inilah yang digunakan oleh para scammer di luar sana untuk berevolusi dan mengubah konsep dan modus operandi mereka dengan beralih kepada tawaran-tawaran menarik secara dalam talian. Seperti yang kita nampak dalam ciri-ciri generasi Y dan Z dimana sangat terdedah dan mudah terpengaruh dan percaya apa sahaja yang dilihat di internet.

Admin dapat perhatikan kemunculan pelbagai platform yang menawarkan pendapatan lumayan dengan melakukan kerja secara dalam talian khususnya di Malaysia. Platform ini bermula pada awal bulan Ogos 2020. Semua platform ini mempunyai persamaan yang ketara dan menggunakan modus operandi yang sama. Antara platform berkenaan adalah seperti yang berikut.

Isharefans (Semak Review Kami di sini)

Likeshare (Review akan datang)

EZjob999 (Review akan datang)

Apakah yang menarik perhatian kepada platform-platform ini?  Tawaran pendapatan yang tinggi dengan usaha yang sedikit. Pasti dah ramai yang main bukan? Kami tidak menghalang anda untuk menyertai dan berusaha untuk mendapatkan sedikit duit. Kita semua faham akan desakan pada masa sekarang yang mana negara kita masih dalam keadaan pandemik Covid-19 dan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Namun kami ingin mengongsikan di sini beberapa perkara berkaitan dengan platform ini bagi meluaskan perspektif dan pandangan anda agar anda dapat membuat keputusan dengan lebih bijak.

Apakah persamaan ketiga-tiga aplikasi ini?

1. Baru diwujudkan dan Aktif di Malaysia

Persamaan yang pertama adalah semua platform ini adalah diwujudkan dan bergiat aktif di Malaysia. Isharefans mula timbul @ wujud pada 20 Ogos. Begitu juga dengan Likeshare iatu pada 4 Ogos 2020 dan Ezjob999 adalah yang paling baru iatu baru diwujudkan pada 27 Oktober 2020.

isharefans domain detail
isharefans domain detail
income456 domain
income456 domain
EZjob999 domain detail
EZjob999 domain detail


2. menawarkan task mudah dalam talian

Ketiga-tiga platform ini menawarkan seperti like, share, follow dan subscriber dalam empat saluran media sosial yang paling popular iatu TikTok, Instagram, Facebook dan Youtube. Keempat-empat gergasi platform media ini sangat popular dan hampir semua anak muda mempunyai akaun di semua atau salah satu media sosial berkenaan.

3. mempunyai template apps/platform yang hampir sama

Jika diperhatikan, template apps ini hampir sama, dan mungkin hanya diubahsuai sedikit. Contohnya seperti nama mengikut jenis keahlian. Untuk isharefans mereka suka gunakan nama logam seperti silver, gold, Platinum dan Diamond .... Manakala likeshare pula seperti seorang celebrity iatu anchor, internet celebrity, Oscar, star, actor dan superstar. Ezjobs999 pula setakat ini hanya ada dua task, iatu social media, dan youtube.

4. Menawarkan peningkatan ahli untuk mendapatkan lebih banyak task(high rank,more task, more money).

Pada permulaan ahli ditawarkan untuk mendaftar sebagai ahli biasa namun akan ada beberapa restriction seperti jumlah task yang kurang, tidak boleh withdrawal atau minimum withdrawal yang tinggi. Bagi mendapatkan keuntungan yang lebih cepat dan minimum withdrawal yang rendah, mereka dicadangkan untuk membuat upgrade member. Kelihatannya agak meragukan dan mempunyai ciri-ciri money game dan skim Ponzi. So anda harus berhati-hati kerana biasanya skim seperti ini tidak akan bertahan lama.

iShareFans Package
iShareFans Package
LikeShare Package
LikeShare Package
EZjob999 Upgrade package
EZjob999 Upgrade package

5. Tawaran Ganjaran Harga Task tidak munasabah.

Mengapa? Task yang diberikan akan diberikan ganjaran antara RM 1 hingga RM 3.20 mengikut jenis pakej yang telah diambil. Namun begitu, harga pasaran untuk boost follower atau atau like di pasaran adalah sangat murah iatu antara RM 0.05 - RM 0.20 bagi satu like atau follow. Secara logiknya, jika mengharapkan penjanaan pendapatan daripada influencer atau syarikat yang menggunakan khidmat mereka, ia tidak mencukupi untuk membayar semua ahli. Kita boleh melihat sendiri bahawa revorits hanya menawarkan harga RM0.15 untuk satu follower atau like. Boleh lihat di sini: Instagram Ri.Socialgrow (team sales revorits) . Yang pastinya modal atau penjanaan pendapatan paling besar adalah daripada pungutan yuran upgrade ahli. Ini menunjukkan salah satu ciri utama skim ponzi ya. kenali ciri skim ponzi dan skim piramid di sini: Anda Perlu Tahu: Bagaimana Untuk Mengenali Syarikat MLM yang Sah atau Scam/Haram

6. Tiada Terma dan syarat dan dasar privasi

Setakat ini, pada hari ini, kita belum menemui terma dan syarat yang disediakan oleh syarikat. Mengikut pengumuman dalam platform like share, mereka akan kemaskini system pada 6 Nov 2020 untuk mengemaskini beberapa perkara termasuk terma dan syarat. Namun sehingga pada hari ini, terma dan syarat tersebut belum lagi boleh diakses. Mengapa terma dan syarat itu sangat penting bagi sebuah syarikat dan individu?

Terma dan syarat adalah peraturan yang mesti dipersetujui seseorang untuk menggunakan laman web, aplikasi mudah alih, dan platform dalam talian yang lain. Pertimbangkan terma dan syarat perjanjian anda sebagai kontrak yang mengikat antara anda dan pengunjung laman web anda dan sertakan semua pendedahan yang anda perlukan untuk menjauhkan laman web atau aplikasi mudah alih anda dari penyalahgunaan atau penyalahgunaan, termasuk spam atau aktiviti penipuan lain. Perjanjian ini merangkumi panduan untuk tingkah laku yang boleh diterima, peraturan terhadap pengguna yang menyalahgunakan laman web atau aplikasi mudah alih anda dan banyak lagi bahagian yang berguna.

Dasar Privasi adalah dokumen undang-undang yang mendedahkan beberapa atau semua cara pemilik laman web mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan, dan mengurus data pengguna. Dasar privasi memenuhi syarat undang-undang untuk melindungi privasi pengunjung laman web. Dasar privasi adalah suatu keharusan bagi setiap laman web atau perniagaan dalam talian. Secara umum, dasar privasi menjelaskan kepada pengguna laman web dan pelanggan dengan tepat bagaimana maklumat mereka akan digunakan.

7. Pembayaran kepada ahli menggunakan pelbagai Akaun bank

Berdasarkan beberapa pemerhatian kongsian-kongsian ahli tentang pembayaran platform ini, terdapat sedikit keganjilan iatu, pembayaran semula kepada ahli menggunakan pelbagai akaun yang berbeza malah berbeza daripada akaun yang diberikan untuk pembayaran pembelian pakej. Pembayaran itu datang daripada akaun peribadi dan akaun syarikat atau perniagaan yang berbeza. Ada yang memberikan hujah bahawa ini adalah bertujuan untuk pengelakan cukai. Tahukah anda, bahawa pengelakan cukai adalah salah di sisi undang-undang? Adakah syarikat ini tidak tahu tentang itu? Biasanya ini kemungkinan bagi tujuan pengubahan wang haram. Bukankah adalah lebih baik jika satu syarikat sahaja yang digunakan untuk mendapatkan bayaran dan memberikan bayaran, tak pening akauntan nak buat buku lejarnya tu. Dah tu bolehlah pakai statement bank itu untuk buat loan naikkan modal.

Kesimpulan

Soalan yang akan sering ditanya oleh pengguna adalah adakah platform ini scam? Adakah ia selamat? Berapa lama ia akan bertahan?

Soalan pertama adalah agak sukar dijawab kerana biasanya anda akan mengetahuinya apabila ia sudah terlambat. Maksudnya, anda hanya akan mengetahui bahawa ia adalah scam apabila operasinya ditutup dan anda mengalami kerugian. Namun anda harus bijak dan berilmu agar anda dapat mengenalpasti ciri-ciri scam atau skim pyramid, skim Ponzi atau money game. Jika terdapat ciri-ciri dalam sesuatu operasi tersebut, maka anda harus lebih berhati-hati dan dicadangkan agar anda mengelak, kerana cabaran dan godaan yang ditawarkan amatlah berat untuk ditolak. Siapa yang tidak mahu ganjaran besar dengan usaha yang sedikit kan. Tetapi itulah ciri utama yang anda harus lihat, jika ia menawarkan ganjaran yang besar dengan modal atau usaha yang sedikit, maka anda harus meneliti dengan lebih lanjut. Untuk kenali sesuatu skim itu skim Ponzi atau skim pyramid, lanjutkan pembacaan di sini: Anda Perlu Tahu: Bagaimana Untuk Mengenali Syarikat MLM yang Sah atau Scam/Haram

Adakah Platform ini selamat?

Berdasarkan kepada beberapa ciri, saya kira semua platform ini menyebabkan rasa kurang selesa dan selamat. Mereka mempunyai pelbagai nama domain yang digunakan. Contohnya isharefans menggunakan isharefans.net, isharefans.com, isharefans.vip, aikecity.com, manakala likeshare pula menggunakan laman web income456.com, income567.com, dan terbaru lssv.net. ezjob999 masih baharu dan belum banyak maklumat yang diperolehi. 

Dasar privasi tiada disediakan oleh platform ini. Dasar privasi adalah satu pernyataan daripada laman web bagaimana ia akan menguruskan data anda ( no telefon, no akaun bank, akaun media sosial). dasar privasi menjelaskan kepada pengguna laman web dan pelanggan dengan tepat bagaimana maklumat mereka akan digunakan. Jika tanpa dasar privasi ini, terdapat kemungkinan bahawa data anda mungkin akan djual kepada pihak ketiga dan mungkin akan disalahgunakan.

Teringat akan satu kata keramat generasi zaman sekarang, bet what you can afford to lose,! risiko adalah tanggungjawab sendiri!. So jika begitu, risiko itu anda tanggung sendiri, jangan promosi dan bawa orang lain untuk ikut serta terjun ke dalam perigi yang anda belum ketahui dan ukur kedalamannya. Setiap orang tidak mempunyai kepanjangan tali yang sama. Ada yang tengelam dahulu dan mungkin ada tali yang putus. 

Akhir kata, renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah. Tanyalah mereka yang terlebih dahulu makan garam. Scam itu seawal manusia, Cuma ia bertukar topeng mengikut zaman. 

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 

Trustpilot