Hello guys..Selamat tahun baru 2022!! apa azam baru tahun 2022? nak mendaki gunung kinabalu? Syukur sekarang pelancongan domestik di Malaysia kini sudah dibuka. Sektor pelancongan di Sabah beransur kembali beroperasi.
Persamaan Likeshare Indonesia (Kini Tutup) dan Likeshare Malaysia yang anda perlu tahu

Ekonomi dunia pada hari ini semakin terjejas disebabkan oleh wabak Pandemik Covid-19. Hal ini menyebabkan ramai orang yang terkesan dan kehilangan punca pendapatan. Ramai yang terdesak untuk mendapatkan wang mudah atau secara dalam talian. Ini kerana ramai yang tidak dapat keluar dari rumah disebabkan perintah daripada pihak berkuasa.
Banyak pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan di atas keterjejasan ini. Kita dapat melihat kewujudan platform yang menawarkan pendapatan mudah dengan task yang mudah iatu hanya like, follow share akaun media sosial. Platform ini mensasarkan kepada golongan muda yang mana mudah percaya dan terpengaruh dengan hal dalam internet. Hampir setiap golongan muda mempunyai akaun media sosial.
Pada kali ini, kami akan mengupas tentang satu platform yang beroperasi di Indonesia yang kini sudah ditutup dan menyebabkan ramai yang telah kerugian dan kehilangan modal. Bagaimana mereka kerugian? Ikuti pencerahan selanjutnya. Jika anda dari Malaysia, anda juga harus membaca kerana terdapat kemiripan dengan likeshare Malaysia. Mungkinkah.............??
LikeShare (likeid567.com) dakwa apps penghasil uang.
Likeshare Indonesia telah mula beroperasi pada 23 Ogos 2020 berdasarkan kepada tarikh nama domain mereka dicipta. boleh rujuk di whois domain.

Pada pertengahan bulan september, pihak likeshare indonesia memaklumkan bahawa operasi mereka terpaksa diberhentikan atau ditangguhkan kerana pihak OJK Indonesia, (dalam Malaysia sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) sedang menjalankan siasatan. Berikut merupakan makluman yang telah dinyatakan dalam platform mereka.
Halo, karena sistem perbankan menerima tinjauan tahunan oleh dapartment manajemen keuangan yang relavan, platfrom "LIKESHARE" akan bekerja sama dengan dapartment yang terkait untuk meninjau, dan akan menghentikan fungsi pengisian dan penarikan dana, dan pengumpulan tugas. Setelah tinjauan tahunan selesai, platfrom akan beroperasi dengan normal kembali. Pemberitahuan akan di beritahukan segera mungkin. Terima kasih atas dukungan dan pengertian anda, maaf atas ketidak nyamanan yang di timbulkan-JakartaStudio
Tinjauan kami pada hari ini mendapati bahawa platform likeid567.com dan likeid456.com ini sudah tidak beroperasi malah nama domain ini available untuk pembelian. Kisah ini adalah sama dengan Midjobs yang menawarkan pendapatan dengan hanya menonton video yang akhirnya tutup juga dan menyebabkan kerugian.Adakah Midjobs Sahih atau Scam? Hanya Tonton Video Untuk Dapatkan Bayaran?
Jika aplikasi likeshare dari likeid indonesia yang masih berfungsi. Admin tak sempat daftar dulu, dah lingkup pula websitenya. Mohon respon ya di bahagian komen dan share aplikasinya.

Penutupan platform tanpa notis dan tiba-tiba menyebabkan ramai ahli yang tak sempat untuk withdraw duit dalam platform berkenaan. Tindakan untuk menuntut semula wang berkenaan juga amat sukar kerana ketiadaan maklumat syarikat yang mengoperasikan platform berkenaan. Malah akaun media sosial yang digunakan oleh Likeid567 juga ditutup terus menambahkan kesukaran untuk berhubung.
Mengapa Platform ini Ditutup/Tertutup?
Terdapat dua kemungkinan platform ini boleh ditutup. Yang pertama adalah kerana dikenakan tindakan undang-undang. Pemungutan deposit tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa kewangan adalah salah di sisi undang-undang. Platform ini juga dilihat menggunakan sistem MLM di mana setiap orang yang join digalakkan untuk mencari downline untuk mendapatkan pendapatan yang lebih. MLM di malaysia adalah tertakluk kepada Akta Jualan Langsung dan perlu mendapatkan Lesen. Namun kita tidak dapat pastikan jika penutupan disebabkan tindakan pihak berkuasa kerana setakat ini tiada kenyataan daripada pihak berkuasa indonesia mahupun pihak likeid567 itu sendiri.
Penutupan platform ini juga boleh berlaku apabila tiada pendeposit atau pembeli pakej yang ditawarkan. Apabila tiada deposit baru, maka tiada dana untuk membuat pembayaran kepada ahli terdahulu. Ini adalah Skim ponzi yang mana sistem akan runtuh apabila tiada kemasukan dana baru daripada ahli baru. Kenali skim piramid dan skim ponzi lebih lanjut di sini: Anda Perlu Tahu: Bagaimana Untuk Mengenali Syarikat MLM yang Sah atau Scam/Haram
Adakah platform ini akan kembali? Pasti ramai yang mengharap agar platform ini kembali dan dapat menuntut semula duit pelaburan mereka. Namun kami positif bahawa platform ini tidak akan dibuka semula dan yang pasti, operasi ini akan kembali dengan muka baru.
Penemuan terbaru: Pengganti likeid456.com iatu likesh456.com, Jika anda adalah ahli likeid456 sebelum ini, cuba login di likesh456.com ikut username dan login likeid456.com, jika berhasil maka terbukti ia adalah sama dan telah berpindah nama domain saja. www.likesh456.com baharu saja dicipta pada 14 September 2020.
Persamaan Ciri LikeID (likeshare indonesia) dan LikeShare Malaysia yang Anda Harus Perhatikan
Di malaysia, platform yang mirip atau hampir sama juga wujud iatu LikeShare yang dikendalikan oleh syarikat Revorits It Solution Sdn Bhd. Malah ada yang mendakwa bahawa kemungkinan besar platform ini didalangi oleh kumpulan yang sama. Berikut persamaan berkenaan.
Template apps dan platform yang 98% Sama
Jika kita perhatikan, template likeshare Indonesia dan Likeshare Malaysia adalah hampir sama. yang membezakan hanyalah bahasa dan nama pakej berkenaan. Logo yang digunakan malah sama. Ada yang mendakwa bahawa likeshare indonesia hanyalah copycat Likeshare Malaysia. Kebenarannya kita tidak diketahui, jika benar terdapat peniruan, syarikat revorits It Solution Sdn Bhd harus mengeluarkan kenyataan penafian terlibat dengan Likeshare Indonesia.
-perasan nama-nama domain ni mereka sangat suka dengan nomor 456 dan 567 ya.


Tawaran Pakej yang sama
Pakej yang ditawarkan juga sama. Pakej ini menawarkan peningkatan (ugrade) yang mana akan membolehkan ahli mendapat semula keuntungan yang lebih tinggi dengan jumlah task yang lebih banyak dan harga yang tinggi. Malah ahli VIP akan memperolehi komisen jika downline mereka turut membuat upgrade.

Tarikh Dicipta adalah hampir sama
Kewujudan Likeshare Indonesia dan Like Share Malaysia adalah hampir serentak. LikeShare Indonesia menggunakan domain www.likeid567.com dan likeshare Malaysia menggunakan domain income456.com dan income567.com. likeid567.com diwujudkan pada 23 Ogos 2020, manakala income456.com pada 4 Ogos 2020, income567.com pada 26 Ogos 2020.
Kata Akhir: Apa yang Saya Perlu Buat?
Jika anda sudah terlanjur join, kami nasihatkan agar anda kekalkan posisi anda. Jangan lagi bersifat tamak dengan membuat upgrade yang lebih besar. Mengapa? Jika likeshare indonesia boleh tutup, tidak mustahil likeshare Malaysia juga akan tutup. Takut selepas anda upgrade, anda tak sempat mendapatkan modal anda semula.
Perkara kedua adalah berhenti mencari downline. Jika platform ini tutup, Anda akan menganiaya donwline anda. Downline anda pula akan mencari anda dan mempersalahkan anda. Maka berakhirlah sebuah persahabatan berharga yang mungkin telah dibina sejak dari bangku sekolah.
Jika anda belum join, dan masih tertanya-tanya, kami nasihatkan anda jangan join. Mungkin anda akan jadi orang terakhir dan duit pelaburan anda akan hilang. Nak rasa ingin tahu? Ada yang offer ambil yang pakej free sahaja? jika hati anda kuat, boleh, takut nanti bila dah join free, tak tahan hati pula nak upgrade. kalau pakej free anda perlukan kira-kira 2 bulan baru anda boleh capai minimum withdrawal iatu RM199. Pakej ordinary pula tidak akan dapat apa-apa komisen walaupun donwnline anda upgrade, malah akan anda risiko akaun diban pula tu.
Akhir Sekali bacalah Fatwa di bawah yang telah dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berkaitan skim Cepat Kaya dan Skim Ponzi ni.
Ini Pula Peringatan semula dari Pihak Polis Diraja Malaysia.
Terdapat 5 tanda-tanda untuk mengenalpasti skim pelaburan Ponzi:
1. Skim ini menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan kecil tanpa sebarang risiko
2. Ahli dijanjikan komisyen apabila membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur
3. Skim ini selalunya memerlukan bayaran pendahuluan
4. Syarikat mereka mendaftar tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
5. Mereka menawarkan pulangan lebih tinggi jika anda tidak membawa pulang produk
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau email kepada bnmtelelink@bnm.gov.my.
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.