Koleksi 10 Video Hari Raya Aidilfitri yang Gempak Tahun 2020 (PKPB)-Selamat Hari Raya!

24/05/2020

Kami dari Best Borneo Team mengucapkan Selamat Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir&Batin!!. Semoga Hari Raya pada tahun ini bermakna dan disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran. Walaupun kita menyambut Hari Raya semasa PKPB, namun kami percaya bahawa semangat sambutan perayaan ini terus kuat dan penuh kesyukuran di samping keluarga tercinta. 

Sambutan Hari Raya pada kali ini mungkin sedikit berbeza dan amat berserhana disebabkan kita masih dalam tempoh PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Kita tidak dibenarkan untuk balik kampung dan amalan ziarah-menziarah dan rumah terbuka tidak dapat dibuat. 

Kita masih dalam usaha untuk memerangi penyebaran wabak Covid-19, oleh itu langkah-langkah pencegahan dan amalan kebersihan jangan diabaikan semasa sambutan perayaan. Kami berharap Sambutan Hari Raya walau di mana anda berada tetap ceria dan dilimpahkan dengan berkat.

Kami sediakan Koleksi video-video iklan raya yang gempak dan sangat menarik untuk hiburan dan tontonan anda. Sekali lagi Selamat hari Raya! Teruskan Bersama kami untuk mendapatkan berita dan info terkini, tips percutian dan perjalanan. Jangan lupa ya jika nak melawat ke Sabah, boleh hubungi kami untuk perkhidmatan kereta sewa.

Video Pertama : Digi Raya 2020.

Kisah Seorang OKU yang memberikan sumbangan kepada Frontliner dengan menjahit baju. Walaupun serba kekurangan, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk turut serta dalam usaha menangani covid-19.

Video Kedua: Maxis Iklan Raya 2020 | Suasana Syawal Sempurna

Setiap Syawal pasti ada cabarannya. Namun dalam kesusahan ada keindahannya. Saksikan filem istimewa ini dari Maxis dan ketahui bagaimana Raya kali ini boleh memberikan keriangan walaupun dalam keadaan yang kurang sempurna. #RayaTetapRaya 

Video Ketiga: PETRONAS RAYA 2020 - ANTARA DUA JENDELA

Kebahagiaan yang dirindui sebenarnya ada di depan mata. Namun ia akan terlihat dengan hati yang dibuka. Saksikan kisah cinta yang merentasi jarak dan masa. Selamat Hari Raya Istimewa daripada PETRONAS. 

Video Keempat: IKLAN RAYA ADABI 2020 |#AdabiRayaTetapRaya

Apa pun jua keadaan, walau nikmat beraya bersama tak kesampaian, kebersamaan jangan dilupakan 

Video Kelima: TM RAMADAN / SYAWAL 2020

Ramadhan dan Syawal kali ini terasa berbeza, namun ia memberi penuh makna kepada kita semua. Kali ini, ia mengajar kita erti kepercayaan, kesabaran, kesyukuran, perkongsian serta pengorbanan yang sebenar. Kali ini, pengorbanan yang ditempuhi sangat berbeza. Kali ini, kepulangan yang dinanti jauh berbeza. Kali ini, kemaafan yang dipinta secara berbeza. Kali ini, ikatan perhubungan antara keluarga, rakan, serta yang tesayang menjadi lebih rapat, walau berjauhan. Kali ini, kita bangkit menyambut kemenangan bersatu dalam menentang musuh yang tidak disangka. Walaupun perayaan kali ini berbeza, tetapi pengertiannya lebih bermakna.  

Video Keenam: Dato Jamal Abdillah, Shiha Zikir, Peja & Friends - Moh Beraya (Official Music Video)

Lagu Raya 2020 yang trending #6ontrending di Youtube. L
Jom Saksikan.
Tajuk Lagu: Moh Beraya 

Penyanyi : Dato Jamal Abdillah, Shiha Zikir,Peja & Friends. 

Komposer: Harry Khalifah. 

Lirik : Ajim Maze. 

Arrangement: Harry Khalifah. 

Mixing & Mastering : Vincent. 

Penerbit : Tona Records Entertainment. 

Pengedar : MVM Production Sdn.Bhd. 

Promosi Media:Todak Music. 

Music video : Lokalab 

Pengarah : Syahir Ismail/Amer Eizwann 


Video Ketujuh: ADAKAH RAYA Untuk KITA -Mrkokom

Video yang dihasilkan oleh youtuber Malaysia yang terkenal,MrKokom. Kisah yang bikin air mata jatuh bercucuran. saksikanlah sendiri #sediakantisu


Video Kelapan: Cucu-cucu Tok Ucu: Filem Pendek Hari Raya daripada Celcom

Keeratan keluarga menjadikan apa jua resipi Raya lebih bermakna. Dan kami percaya, kemeriahan Raya dan jalinan kemesraan mampu dieratkan lagi dengan teknologi dan inovasi yang dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

Video Kesembilan: Etiqa Raya 2020 - Dunia Baru

Bila pengantin baru first time nak beraya, Banyaklah tukang nasihat nak bagi petua, Makin didengar, makin perit rasa telinga ya, Tak pelah, yang penting nasihat terbaik jangan dilupa.

Video Kesepuluh: #RayaStyleLain with vivo 2020

Video menarik yang disediakan oleh Vivo Malaysia. Anda pasti terhibur dengan gelagat nenek dan cucu-cucunya.

Semoga anda telah terhibur dengan kompilasi video-video Raya 2020 yang menarik dan mencuit hati serta memberikan pengajaran yang bernilai kepada kita. Jangan lupakan orang-orang yang susah di luar sana ya.

Latest posts in our blog

Read what's new this week
 


Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.

Trustpilot