Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.
Guru Di Sabah Pula Bermesyuarat Online di Atas Bukit
Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star
Disebabkan PKP, pembelajaran di dalam sekolah tidak dibenarkan bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. Institusi Pendidikan digalakkan untuk menggunakan pembelajaran dalam talian bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan pelajar.
Namun kita tidak tahu bahawa terdapat banyak guru di Sabah juga turut mengalami masalah yang sama iatu akses kepada internet yang terhad khususnya sekolah yang berada di pedalaman.
Kisah Guru Meeting Online Di atas Bukit
Pada hari ini, kami mendapat perkongsian daripada rakan lama admin berkenaan isu ini.
Cerita dia begini,
Guru data kami ada online meeting,
Line internet di dalam sekolah mmg xda, ada pn kena naik pokok la
Di bukit line ok sikit, jadi kami drive naik bukit, cari kawasan yg lapang bru pasang meja
Menurut Cikgu Edmond Eric, beliau bersama seorang lagi rakan gurunya menemani rakan mereka yang merupakan seorang guru data pergi ke atas bukit bagi membolehkan guru data berkenaan mengikuti mesyuarat secara dalam talian.
Menurut beliau lagi, mereka terpaksa pergi ke atas bukit berkenaan sejauh 4-5 kilometer dari sekolah mereka. Mereka bertiga adalah bertugas di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya, Beluran.
Spot online ini juga turut digunakan oleh para guru lain sekolah berkenaan jika mereka ingin akses kepada internet. Liputan internet di dalam sekolah tiada dan mereka terpaksa keluar jika ingin menggunakan talian internet.

Cabaran Para Guru Di Pedalaman Sabah
Untuk pembelajaran secara dalam talian, ia amat sukar dan boleh dikatakan tidak mungkin kerana rata-rata penduduk kampung di sekolah tersebut tidak mempunyai akses kepada internet. Para guru terpaksa mencari alternatif pembelajaran yang lain iatu para guru akan mencetak bahan pembelajaran dan diberikan kepada para pelajar seminggu sekali.
Sebanyak 52 peratus pelajar di Sabah tidak mempunyai akses internet dan telefon pintar, komputer atau peranti mudah alih lain untuk memastikan sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam talian berjalan lancar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sumber : Berita Harian
Kawasan pekan yang terdekat adalah di pekan Beluran adalah 200KM. Jalanraya yang tidak berturap turut menyukarkan para penduduk untuk keluar ke pekan. Jalanraya ini juga akan menjadi lebih teruk dan licin jika hujan. Menurut Edmond, jika musim hujan, para guru dan penduduk kampung terpaksa menaiki bot untuk datang ke sekolah.
Pengorbanan para guru yang bersusah payah untuk meneruskan tanggungjawab harus dipuji dan diambil iktibar. Walaupun berdepan dengan cabaran sukar, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkhidmat dan menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.


Penutup
Kita kini sudah lebih dari setengah abad telah merdeka daripada penjajahan dan menjadi negara yang berdaulat. Malah kita akan semakin menghampiri wawasan 2020 yang mana kita dijangka akan menjadi negara maju. Mungkin kita boleh berkata "Jauh Panggang Dari Api".
Kita melihat terdapat kadar pembangunan yang tidak seimbang. Jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar semakin jauh. Tidak dinafikan bahawa pembangunan di bandar adalah penting, dan perlahan-lahan akan membawa kemajuan kepada kawasan pinggir bandar.
Namun, pihak berkuasa perlu melihat kepada keperluan dan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan raya yang bagus dan kemudahan akses internet. Pada masa kini, kemudahan internet adalah semakin penting dan menjadi keperluan asas.
Agensi kerajaan sekarang beralih ke perkhidmatan dalam talian seperti Permohonan pekerjaan dalam talian, permohonan biasiswa, permohonan ke Universiti dan sebagainya. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet? adakah terdapat peluang bagi mereka untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut secara dalam talian?
Agensi kerajaan harus memastikan setiap syarikat telekomunikasi memberikan perkhidmatan dan meningkatkan tahap akses internet di luar bandar khususnya pedalaman. Kini dunia sudah naik setapak dalam teknologi komunikasi iatu teknologi 5G, namun capaian internet paling basic "E" pun sukar di kawasan pedalaman.
Mungkin masih banyak tempat pedalaman di Malaysia yang mempunyai masalah seperti ini. Kita boleh turut serta dalam membuka mata pihak berkuasa dengan menyalurkan permasalahan ini. Kuasa viral adalah sangat berkuasa, kita boleh melihat kepada contoh kisah adik veveonah yang telah menjadi viral dan pihak MCMC akan mengambil tindakan bagi menambah baik capaian dan akses internet di kawasan tersebut.
Mungkin ada yang beranggapan "ah, ini adalah perkara biasa, di kampung pun sama juga". Sampai bila kita "stuck" dengan pemikiran "tidak mengapa". Kita harus memikirkan masa hadapan anak-anak kita. Adalah kurang adil jika kita bersaing dalam larian dengan hanya sebelah kaki, berlumba dengan arnab yang lengkap tubuh badan. Fikir-fikirkanlah.
Jika anda mempunyai masalah capaian internet atau coverage, anda boleh membuat aduan di sini : Aduan SKMM
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Pada awal pagi ini, admin melihat video rusuhan di Indonesia yang berlaku hari kelmarin. Demonstrasi ini dilihat agak besar dengan kehadiran ramai pendemo walaupun Indonesia pada masa kini turut berhadapan dengan wabak COVID-19.
Pada hari ini, Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kawalan pergerakan di seluruh Negeri di Sabah. Berikut merupakan kandungan kenyataan Media tersebut.
Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.
Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star
Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?
Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?