Pada hari ini, admin ingin kongsikan pelbagai bantuan yang anda boleh mohon. Rupanya, banyak jenis bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ketahui Adakah Anda Layak untuk Pergerakan Rentas Negeri dan Proses Permohonan

Adakah anda salah seorang daripada rakyat Malaysia yang telah terperangkap sepanjang tempoh PKP? berada di kampung atau di tempat kerja yang jauh daripada tempat tinggal anda? Mesti kita sangat rindu untuk bersama kembali dengan ahli keluarga kan.
Dalam perkembangan terbaru PKP iatu pada PKP fasa 5, beberapa peraturan telah dilonggarkan sesuai dengan nama baru PKP iatu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Antara kelonggaran yang diberikan adalah Pergerakan Antara Negeri.
Mungkin anda masih bingung dengan peraturan baru berkaitan Pergerakan Antara Negeri. Kami di sini akan membantu anda!.
Muat turun Aplikasi Gerak Malaysia
Seperti yang kita sedia maklum, Pihak Kerajaan Malaysia menggalakkan orang awam agar memuat turun dan memasang aplikasi Gerak Malaysia di telefon masing-masing untuk memudahkan proses anda semasa perjalanan nanti. Terdapat tingkap masa yang terhadp dan situasi tertentu yang perlu dinilai sebelum permohonan anda akan diluluskan.
Garis Masa Permohonan
- 4 Mei - 5 Mei 2020 - Sila kemaskini maklumat destinasi
- 6 Mei 2020 - Analisis Maklumat Perjalanan
- 7 Mei - 10 Mei 2020 - Masa Perjalanan antara negeri ( boleh rujuk jadual pergerakan mengikut Negeri )
Jika Permohonan anda telah diluluskan, Anda boleh memulakan perjalanan rentas negeri mengikut jadual berikut :




Adakah Saya Layak?
- Terperangkap di kampung dan ingin kembali ke rumah
- Perjalanan merentasi negeri untuk tujuan bekerja
- Pelajar yang kembali daripada Kampus Universiti di negeri lain
Walaubagaimanapun, menurut maklumat terkini, Anda juga layak untuk memohon Pergerakan Antara Negeri menggunakan Gerak Malaysia jika anda berada dalam situasi berikut:
- Ahli Keluarga (Ibu bapa atau saudara) yang terperangkap di Rumah sendiri tetapi ingin kembali ke kampung.
- Individu yang ingin menghantar ahli keluarga kembali ke kampung ketika PKP
- Individu yang ingin menjemput atau mengambil ahli keluarga yang terperangkap di negeri lain (contoh : Saya dari Petaling Jaya tetapi ingin mengambil isteri dan anak-anak yang terperangkap di Gerik, Kedah. Saya akan membuat perjalanan ke Gerik dan kembali ke Petaling Jaya)
- Individu yang terperangkap di Negeri lain tetapi ada ahli keluarga yang akan membawa mereka kembali ke kampung Halaman (contoh : Saya berasal dari Batu Pahat, Johor tetapi saya sekarang bekerja sambilan di Putrajaya sementara menunggu keputusan SPM. Saya hendak kembali ke kampung halaman, Jadi ayah saya akan mengambil saya di Putrajaya dan kembali ke Batu Pahat.)
- Ahli keluarga pergi ke percutian di negeri lain sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dan ingin kembali ke rumah (contoh : Anak saya pergi ke tempat Datuk di Senai sebelum PKP dan mereka ingin kembali ke Klang)
- Individu yang terperangkap di tempat rumah Mentua tetapi ingin kembali ke Rumah sendiri.
Mengapa saya tidak Layak Pergerakan Antara Negeri?
- Pensyarah atau Pembantu pengajar di institusi pengajian tinggi yang ingin kembali ke kampung halaman.
- Mereka yang mengambil kesempatan untuk pergi bercuti atau balik kampung
- Mereka yang kembali ke kampung untuk mengambil peralatan untuk tujuan kerja.
- Keluarga yang ingin pergi ke negeri lain hanya untuk bersama dengan ahli keluarga lain yang bekerja di negeri tujuan.
- Sebarang alasan peribadi yang tidak melibatkan situasi di mana anda adalah terperangkap di negeri lain.
Bagaimana untuk mohon tanpa aplikasi Gerak Malaysia?

Hubungi Balai Polis terdekat untuk penentuan tarikh temujanji. Hantar borang berkenaan ke balai polis agar mereka boleh memprosesnya untuk kelulusan.
Peraturan-Peraturan Semasa Perjalanan Rentas Negeri.
Jika permohonan anda diluluskan, anda harus sentiasa mengikut peraturan lalulintas dan SOP perjalanan. Rancang perjalanan anda dengan cermat dan Peka dengan keadaan sekeliling. Sentiasa amalkan kebersihan.

INFO TERKINI PERJALANAN RENTAS NEGERI
Pihak MKN telah mengumumkan bahawa kebenaran rentas negeri dibenarkan hanya untuk sebab-sebab kecemasan seperti kematian, perubatan dan tujuan bekerja serta pasangan suami isteri yang berjauhan sahaja.
Namun pergerakan ini bukanlah secara automatik melainkan pemohon perlu membuat permohonan kepada pihak polis sebelum melakukan perjalanan. Diingatkan bahawa mereka yang ingkar dengan larangan pergerakan antara negeri ini boleh didenda sehingga RM 1000.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
Latest posts in our blog
Read what's new this week
Malaysia memulakan tahun 2021 dengan cabaran gelombang kedua wabak Covid-19 dan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP di seluruh negara kecuali Negeri Sarawak.
Negara Malaysia sekali lagi dilanda gelombang kedua wabak Covid-19 yang mana hampir semua negeri dikenakan PKP kecuali negeri Sarawak. Malah kes jangkitan virus adalah sangat tinggi yang mencecah ribuan kes setiap hari.
Raiz Investment Review : Simpan dan Labur
Anda minat melabur? tetapi modal yang ada hanya sedikit? Kini anda boleh membuat pelaburan dengan jumlah pelaburan yang minimum serendah RM5 dengan RAIZ.
Penjawat Awam Akan Menerima Bantuan Khas Pada 25 Januari 2021 dan Kategori Layak dan Tidak Layak
Melalui Belanjawan 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan khas Kewangan Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah. Bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.
Anda telah memohon Geran Khas Prihatin 2.0 tetapi gagal? ketahui Alasan tidak lulus?
Baru-baru ini, Malaysia heboh dengan scam platform menjana pendapatan secara mudah dalam talian seperti isharefans dan likeshare. Kini platform ini telah ditutup menyebabkan ramai yang menjadi mangsa scam dan kerugian ribuan ringgit.
Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.
Kerajaan telah melancarkan program bagi membantu rakyat yang mengalami kesukaran ketika dalam wabak Covid-19 ini. Tekanan daripada rakyat akhirnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran pengeluaran KWSP Akaun 1 melalui program i-Sinar.