Kerajaan Sabah membuka Sektor Tambahan Lagi Semasa PKP 5

Kerajaan Negeri Sabah pada hari ini telah membenarkan beberapa sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 5 (PKP 5).
Dalam kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah pada 9 Mei 2020, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi sektor untuk beroperasi mulai 09 Mei 2020.
Antara Sektor berkenaan adalah :
SEKTOR PERUNCITAN DAN MAKANAN
- Aktiviti Peruncitan meliputi Kompleks membeli belah, Pasaraya/Pasaraya Besar, Departmental Store, Farmasi/Penjagaan Diri, Butik/Kedai Pakaian, Kedai Serbaneka/Mini Mart, Dobi (termasuk layan diri), Kedai Pakaian dan Aksesori Fesyen, Kedai Perabot, Kedai Emas, Kedai Elektrik dan Elektronik, Kedai Buku dan Alat Tulis, Kedai Handphone, Kedai Komputer, Kedai Hardware, Kedai Makanan Haiwan, Bengkel Kenderaan dan alat ganti, Kedai Cermin Mata dan Alat Optik dan lain-lain kedai/premis perniagaan runcit.
- Aktiviti Makanan meliputi Perniagaan Berpremis merangkumi Restoran, Medan Selera / Pusat Penjaja, Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) / Kiosk, Perniagaan / Penjajaan Tanpa Premis merangkumi Kenderaan Saji (Food Truck), Penjaja Beredar, Penjaja Tepi Jalan, Pasar Berbangunan merangkumi Pasar Awam Berbumbung, Pasar Tanpa Premis merangkumi Pasar Borong, Pasar Malam dan Tamu, Peruncitan / Serbaneka Makanan dan Minuman merangkumi Pasar Raya Mini, Kedai Runcit, Kedai Serbaneka dan lain-lain
SEKTOR PENGANGKUTAN AWAM
- Aktiviti Pengangkutan Awam Darat dan Logistik meliputi perkhidmatan teksi, kereta sewa, grab, e-hailing, bas, keretapi, terminal (bas & teksi) dan logistik darat pelabuhan.
- Aktiviti Pengangkutan Awam Maritim meliputi perkhidmatan pelabuhan, jeti persendirian, jeti awam (penumpang dan barangan), feri penumpang/ro-ro domestik (Menumbok/Labuan & Kudat/Pulau Bangi), dan bot penambang; (Menumbok/Labuan).
- Semua aktiviti sokongan yang berkaitan dengan Sektor Pengangkutan Awam adalah dibenarkan.
REKREASI DAN RIADAH KESIHATAN DI TAMAN AWAM
- Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri juga membenarkan aktiviti rekreasi dan riadah Kesihatan di Taman-Taman Awam.
Kerajaan Negeri juga ingin memaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk aktiviti dan
rangkaiannya di peringkat luar bandar telahpun dibenarkan beroperasi
sejak 07 Mei 2020.
Pelaksanaan semua aktiviti dalam Sektor Ekonomi yang dibuka dan aktiviti hendaklah mematuhi Standard Operating Procedure
(SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan peraturan yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
LAGI CERITA KUPI MENARIK
MENCARI KERETA SEWA DI KOTA KINABALU ? SERVIS TERBAIK