Pada awal pagi ini, admin melihat video rusuhan di Indonesia yang berlaku hari kelmarin. Demonstrasi ini dilihat agak besar dengan kehadiran ramai pendemo walaupun Indonesia pada masa kini turut berhadapan dengan wabak COVID-19.
Benarkan 4 orang Dalam Satu Kereta dalam Pergerakan antara negeri dan daerah, Sabah Bagaimana?

Perjalanan antara Negeri telah pun berlangsung bermula kelmarin dari 7 mei sehingga 10 Mei 2020. Jadual perjalanan mengikut hari telah pun ditentukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Terdapat persoalan daripada orang ramai dengan jumlah orang yang boleh berada di dalam kereta. Ini kerana sebelum ini, Peraturan PKP menghadkan hanya 2 orang dalam satu kenderaan satu-satu masa.
Kerajaan telah memberikan pengecualian dengan membenarkan lebih daripada 4 orang dalam satu kenderaan semasa perjalanan antara negeri yang berlangsung dari 7 Mei sehingga 10 Mei seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jika kenderaan anda adalah 6 seater, anda dibenarkan untuk mempunyai 6 orang dalam kenderaan, dengan syarat adalah semua penumpang adalah ahli keluarga.
Perjalanan antara negeri ini dibuka kerana terdapat ramai orang yang terperangkap di kampung sebelum Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Terdapat pejabat kerajaan dan syarikat yang telah dibuka dan beroperasi, jadi mereka harus kembali ke Bandar untuk bekerja.
Anda boleh rujuk Jadual Perjalanan Antara Negeri dan Syarat serta kelayakan yang membolehkan anda melakukan perjalanan rentas negeri.
Bagaimana dengan Sabah?

Kerajaan Sabah tiada halangan untuk sebarang pergerakan antara daerah di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbuat demikian disebabkan Sabah sudah tidak merekodkan kawasan zon merah. Namun kawalan PDRM di kawasan yang pernah menjadi kawasan merah mungkin akan ditingkatkan. Sementara itu, Kerajaan Sabah juga tiada mempunyai halangan atau masalah mengenai kebenaran empat individu berada dalam satu kenderaan.
MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!
CERITA KOPI HARI INI
Pada hari ini, kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kawasan Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dilanjutkan sehingga 25 dan 26 Oktober 2020.
Pada hari ini, Pejabat YAB Ketua Menteri Sabah telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kawalan pergerakan di seluruh Negeri di Sabah. Berikut merupakan kandungan kenyataan Media tersebut.
Hello Guys, Apa khabar semua. Harap semuanya baik-baik sahaja. Sentiasa kekalkan penjagaan kebersihan dan SOP berada di luar ya. Kita masih lagi #belummenang dan pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam, kalau tak melayang RM1000.
Sebelum ini, kisah seorang pelajar Sabah yang terpaksa bermalam di dalam hutan bagi membolehkan beliau mengikuti peperiksaan dalam talian. Veveonah mengambil keputusan untuk tidur di hutan pinggir kampungnya bagi membolehkan beliau mendapat akses internet yang lebih baik. The star
Siapa yang belum pernah dengar JAA Lifestyle? pada bulan Mei, JAA Lifestyle ini menjadi viral. Group Whatsapp dipenuhi dengan iklan-iklan berkenaan JAA Lifestyle. Dalam iklan berkenaan, mereka mengatakan dengan hanya daftar, boleh dapat potential income USD1000?
Para Peniaga khususnya PKS dan Mikro telah terjejas teruk semasa dalam tempoh PKP kerana semua aktiviti ekonomi terhenti. Mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi sebagai langkah untuk membendung penularan Wabak Covid-19.
PKPB : Akan Disambung atau Tidak?
Pada 5 Jun 2020, ramai rakyat Malaysia menyaksikan siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ucapan beliau mengambil masa hampir sejam dan bermula pada jam 3.00 petang.
Rentas Negeri dan Aktiviti Keagamaan Mungkin akan Dibenarkan Selepas Tamat PKPB 9 Jun 2020
Seperti yang kita sedia maklum, PKPB akan tamat pada 9 Jun 2020. Tidak dapat dipastikan jika PKPB ini akan dilanjutkan atau tidak, Dijangka kita akan mengetahui keputusannya jumaat ini melalui pengumuman Perdana Menteri.
Apabila kita sudah nekad untuk melakukan sesuatu, kita pasti boleh melakukan perkara yang dilihat agak mustahil bagi orang ramai. Inilah yang berlaku di India di mana seorang budak perempuan yang hanya berumur 15 tahun membawa ayahnya yang merupakan seorang OKU sejauh 745Km hanya dengan menggunakan basikal. Perjalanannya itu menarik perhatian Media...
Setiap tahun, Pesta Kaamatan diraikan pada setiap bulan Mei, khususnya di Negeri Sabah. Perayaan ini disambut dengan meriah setiap tahun kerana ia adalah pesta kebudayaan salah satu etnik di Sabah iatu KadazanDusun. Perayaan ini turut diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
Kami dari Best Borneo Team mengucapkan Selamat Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir&Batin!!. Semoga Hari Raya pada tahun ini bermakna dan disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran. Walaupun kita menyambut Hari Raya semasa PKPB, namun kami percaya bahawa semangat sambutan perayaan ini terus kuat dan penuh kesyukuran di samping keluarga...
Pada 9 Mei 2020, Keputusan semakan bagi permohonan baru dan Rayuan Bantuan Prihatin Nasional telah dikeluarkan. Permohonan baru dan rayuan telah ditutup pada 30 April 2020.
Seramai 396 penumpang pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua penerbangan berasingan diminta tampil untuk menjalani saringan kesihatan kedua dengan segera.
Syarikat Proton Holding Bhd hari ini telah menawarkan tawaran promosi kepada pemandu E-Hailing, Iatu beli kereta proton dan dapatkan kad hadiah Minyak Percuma daripada Petronas yang berharga RM500.