Bantuan Prihatin Nasional: Tarikh Keputusan Semakan status BPN bagi permohonan baru dan rayuan pada 9 Mei 2020

Adakah anda adalah salah satu daripada pemohon Bantuan Prihatin Nasional BPN yang masih menunggu keputusan sehingga hari ini? Anda tertanya tanya bilakah keputusan boleh diperolehi. Semakan anda sebelum ini masih menunjukkan keputusan "DALAM PROSES" atau "DALAM PROSES RAYUAN".
Tarikh Keputusan bagi Permohonan Baru dan Rayuan
Mengikut Maklumat terkini daripada Pihak LHDN, Keputusan permohonan BPN anda akan dikeluarkan pada 9 Mei 2020. So anda boleh menyemak esok ya.
Sebelum itu Jom kita ketahui beberapa perkara atau fakta berkaitan dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Apakah Maksud status permohonan "DALAM PROSES" atau "DALAM PROSES RAYUAN"?
Status "DALAM PROSES" atau "DALAM PROSES RAYUAN" adalah bermaksud permohonan baru dan rayuan BPN yang telah diterima dan sedang dalam proses semakan bagi menentukan kelayakan.
Jadual Tarikh Pembayaran bagi Permohonan Baharu dan Rayuan BPN yang telah lulus akan dibuat pada 15 Mei 2020 dengan pengkreditan terus ke akaun penerima secara berperingkat.
Jadual Pembayaran boleh rujuk di sini.
Jika paparan di BPN anda menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Penerima hanya perlu membawa kad pengenalan dan Nombor siri yang boleh didapati di Maklumat Pembayaran di Portal BPN.
Penunaian BPN boleh dilakukan selewat-lewatnya 31 Disember 2020.
Bagaimana Jika status semakan saya adalah tidak lulus. Apakah sebabnya?
- Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur memohon
- Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM 8000 (Isi rumah)
- semakan Rekod Agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM 4000 (bujang)
- Semakan mendapati bahawa pemohon merupakan pelajar
- Tidak layak kerana pemohon/Pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Boleh cuba mohon untuk Geran Khas Prihatin (GKP) jika berkelayakan.
Keputusan yang dipaparkan nanti adalah muktamad dan akan kekal, Rayuan semula belum dibuka dan bergantung kepada keputusan kerajaan.
Jika Status permohonan baru anda adalah lulus, telah mendaftarkan akaun baru tetapi status Gagal Kredit, Tarikh Penunaian bagi tuntutan Bayaran BPN akan dimaklumkan kelak.
Anda hanya perlu bersabar sehingga esok ya, 9 Mei 2020, dan anda boleh menyemak keputusan bagi Permohonan Baru dan Rayuan.