Jom Travel : Airasia akan menyambung semula operasi Penerbangan domestik pada 29 April 2020 

17/04/2020

Menurut Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia Bo Lingam, dalam satu kenyataan memberitahu penyambungan semula perkhidmatan tersebut adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih sahaja. 

Ia akan bermula dengan Malaysia pada 29 April 2020, diikuti oleh Thailand (1 Mei 2020), Filipina (1 Mei 2020), India (4 Mei 2020) dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

"Penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan," jelas kenyataan tersebut pada Jumaat.

Bo Lingam pada masa sama memberitahu bahawa pihaknya berbesar hati untuk menyambung semula penerbangan dan perkhidmatan kepada para tetamu bermula dengan laluan domestik, dan berharap untuk kembali beroperasi sepenuhnya secepat mungkin. 


"Kami telah mengemas kini prosedur pengendalian tetamu secara menyeluruh daripada perlepasan sehingga dalam penerbangan berikutan pandemik COVID-19.


"Kami juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan bahawa semua langkah pencegahan yang disarankan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua.


Jelas Bo Lingam lagi, syarikat penerbangan tambah murah itu turut mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan yang bertugas.


"Justeru, kami bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan.
"Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan" jelasnya lagi.


Dalam pada itu, penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang dan para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.
Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.


Bagaimanapun, para tetamu juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini secara langsung berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.w


Sumber : astroawani.com



LAGI ARTIKEL MENARIK

Kini, Platform iShareFans telah ditutup dan menyebabkan ramai ahli kerugian sehingga ribuan ringgit. Sebelum ini kami sudah telah memberikan amaran bahawa operasi isharefans ini meragukan dan adalah scam. Kami adalah yang terawal memberikan review tentang platform ini iatu pada awal bulan oktober.


TIPS DAN PANDUAN PERCUTIAN

Selepas pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, dimana percutian terpaksa ditangguhkan, kini mulai pulih. Sempadan negara mulai dibuka dan pelancongan mulai rancak semula. Walaupun pandemik ini telah berakhir, namun langkah-langkah pencegahan penyebaran virus ini tidak patut diendahkan.

Anda pasti sangat rindu untuk pergi bercuti dan travel bersama keluarga tersayang? Jom bercuti di Sabah, SOP PKPB yang bermula 7 disember hingga 20 Disember telah dilonggarkan dimana rentas negeri di Malaysia telah dilonggarkan. Ini bermaksud anda boleh bercuti ke seluruh negeri di Malaysia kecuali kawasan yang masih dalam status PKPD.

Ada yang sudah pernah ke Semporna Sabah? Jika belum, mari kami kongsikan cerita-cerita travel ke semporna yang dikongsikan oleh traveller. Dengan cerita ini, mungkin anda boleh mendapat tips dan gambaran bagaimana anda hendak merancang percutian anda ke Semporna Sabah pada masa akan datang.


MASIH MENCARI INFO ? GUNAKAN RUANGAN SEARCH DI BAWAH. ANDA MUNGKIN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN ANDA!

Trustpilot